Sunday, January 15, 2012

RE: RG2011... Fw: HP Galaxy yang ditempah, lesung batu yg sampai

 

Entahlah…so far alhamdulillah staked ni jual-beli adalah sempurna seperti yg diorder.

Even saya sendiri pon menjual di dalam internet cuma tu lah….for me utk gadget I prefer to directly ke centre @ telco sbb anything happen I boleh ke telco tersebut utk complaint. Yup saya admit, kat telco is more expensive but for long safety purpose, I prefer to buy from them.

Just sharing only J

-ILA_

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Ahmad Radzali Sarman
Sent: 13 Januari 2012 10:52
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: HP Galaxy yang ditempah, lesung batu yg sampai

 

salam,

setahu saya biz internet ini adalah trend sekarang, saya lihat anak-anak saya dari yg besar hingga yang kecil kalau ingin beli harga murah mealui internet, dari jersi hingga ke mp3, jam tangan walupun mama mereka terpaksa keluar diuit melalu internet banking, mama dia juga berurusan melalui internet untk beli pakaian so far tiada penipuan dan saya juga gunakan internet untk jual beli pelbagai produk so far ok je, anak saya juga beli jam dan mp3 dari bukan melayu, tapi rakyat malaysia juga. mingkin saudara beli melalui rakyat asing kot. medium jual beli internet saya rasa tak salah dan malah mudah. terpulang pada pengguna, jual beli tak on line pun boleh kena tipu, yang penting semua kena jujur dlm setiap transaksi

terima kash

 


From: Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 12 January 2012 8:28 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: HP Galaxy yang ditempah, lesung batu yg sampai

 

Salam to all bro and sis,

 

ISLAM TIDAK MENGGALAKKAN MALAH MELARANG PEMBELIAN YANG TIDAK TELUS / LANGSUNG KERANA SETIAP PEMBELIAN PERLU ADA AKAD SUPAYA PEMBELI DAN PENJUAL BERPUAS HATI. MAKA FIKIRKANLAH...APATAH LAGI DIZAMAN MUTAKHIR INI MENCARI ORANG YANG AMANAH ADALAH SULIT BERBANDING ORANG AYNG SEBALIKNYA. KADANG KADANG PEMBELIAN AYNG DIRECT SAJA PUN MASIH BERLAKU PENIPUAN.

 

HBI


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 10 January 2012 10:20 PM
Subject: RG2011... Fw: HP Galaxy yang ditempah, lesung batu yg sampai

 

 

----- Original Message -----

 

Dicatat oleh Tuk Kiyai

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.


Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan

 

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/01/telefon-galaxy-yang-ditempah-lesung.html#ixzz1j3Isrkch

 

WASPADA: Beli Handfon Dapat Lesung. Baca Tips Untuk Membeli Secara Online

Posted by greenboc

Gambar: KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.


Ulasan GB

Dengan semakin banyaknya penipuan yang terjadi di alam siber untuk kes urusniaga jual beli barang, maka kini tidak dapat di hindari lagi tentang perlunya kita berhati-hati apabila membuat trasaksi di internet.

Berikut ialah tips yang dapat GB kongsikan bersama:

1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah
2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang senegeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara fizikal.
3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau senegeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan.
4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC)
5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran
6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah
7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet.

Semuga tips di atas berguna membantu anda.

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment