Thursday, January 19, 2012

Re: RG2011... Fw: 'Ops parasit’ bakal gegar parti politik

 



heheheheheh, org luar pas cakap pasal pas hehehehe
sapa zul bakar ni, umno ni.
umno jahat, suka bikin kecoh
----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 19, 2012 3:52 PM
Subject: RG2011... Fw: 'Ops parasit' bakal gegar parti politik

 

 

Ops parasit' selamatkan Pas!

Oleh ZULKIFLEE BAKAR


Dr.Hasan Ali


''Ketika saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, ramai yang datang bersalam dan memeluk saya, mereka memberi sokongan terhadap perjuangan saya.'' Itulah yang dikatakan oleh Datuk Dr.Hasan Ali kepada penulis sebaik sahaja selesai sidang akhbar beliau di kediamannya, Isnin lalu.
Sememangnya sokongan seumpama itulah yang menguatkan semangat Hasan yang muncul pada sidang akhbar berkenaan penuh ketenangan.
Di wajah beliau tidak ada keresahan apatah kegelisahan, beliau membaca satu persatu kenyataan akhbarnya dengan tenang dan disusuli dengan soal jawab.
Walaupun Hasan mengulangi kenyataan bahawa beliau sedih dengan pemecatan dari Pas yang dianggap drastik, namun jiwa perjuangannya dalam mempertahankan agama Islam, orang Melayu dan institusi raja tidak pernah luntur.
Malahan Hasan memberi amaran kepada Pas mengenai kewujudan golongan parasit yang dikatakan semakin menguasai parti tersebut.
Sememangnya kita tidak pasti siapakah golongan parasit itu yang dikatakan berusaha menukar haluan perjuangan asal Pas tetapi seperti mana kata Hasan mereka ini sudah menguasai jawatan-jawatan strategik dalam parti berkenaan.
''...Pengaruh golongan parasit dalam Pas begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam Pas. Golongan parasit dengan jumlah yang lebih besar dan menggunakan strategi licik telah mengubah hala tuju Pas termasuk dalam pemecatan saya,'' kata Hasan.
Namun kita percaya, Pas tidak akan menerima apatah lagi mempercayai kata-kata Hasan, biar pun semua orang tahu bagaimana keadaan parti tersebut ketika ini.
Sebaliknya, Hasan akan diserang habis-habisan oleh golongan parasit tersebut yang sudah pasti antara hujah mereka, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkenaan telah terpengaruh dengan agenda UMNO.
Apa pun Hasan berpegang kepada prinsip kebenaran kerana Rasulullah SAW telah berpesan, katakanlah yang benar biar pun pahit. Bagaimanapun dalam keghairahan Pas memburu kuasa, mereka tidak akan mempedulikan semua itu dan akan menganggap Hasan hanyalah orang kecewa akibat dipecat.
Bagi Pas, mereka tidak perlu menjaga hati insan-insan perjuangan seperti Hasan kerana apa yang lebih penting ialah menjaga hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Sebab itulah, Hasan dipecat, beliau menerima nasib berkenaan bukannya kerana mengecam atau memperlekehkan Pas tetapi hanya disebabkan beliau menentang Himpunan 901, bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan kepada hujah itu, jelaslah Pas sudah dikuasai oleh parasit atau makhluk perosak yang matlamat perjuangan mereka hanyalah untuk memburu kuasa politik.
Kita tidak perlu bertanya dan mengetahui siapa parasit berkenaan kerana seperti mana kata Hasan kalau hendak tahu, ikutilah road show beliau yang dianggap akan mendedahkan segala-galanya mengenai perjuangan politik Pas.
Apa pun Pas perlu faham, mereka tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan Hasan dalam meneruskan perjuangan murninya. Ia kerana sudah ada tanda-tanda bahawa di dalam Pas sendiri ramai yang menyokong Hasan.
Keadaan itu berlaku kerana Hasan bukannya ingin menghancurkan Pas tetapi ingin menyedarkan parti itu supaya kembali kepada perjuangan asal.
Hasan tidak mahu Pas hanya menjadi 'pak turut' atau 'kuda tunggangan' kepada mana-mana pihak sehingga terpaksa mengorbankan perjuangan Islamnya.
''Kepada ahli dan penyokong Pas, kembalikanlah Pas ke landasan asalnya iaitu membangunkan masyarakat berlandaskan al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.'' itulah pesanan Hasan pada sidang akhbar tersebut.
Keikhlasan Hasan untuk memperbetulkan Pas jelas apabila beliau mempertegaskan bahawa beliau masih sayangkan Pas terutama perjuangan asal parti itu.
Sebab itulah, kepimpinan Pas terutamanya golongan ulama perlu bersama menyokong Hasan, tidak kiralah sama ada secara terbuka atau tertutup. Mereka tidak boleh memandang serong apatah lagi 'meminggirkan' Hasan hanya kerana semata-mata beliau memperjuangkan Islam.
'Musuh' golongan ulama Pas bukan Hasan tetapi golongan parasit yang semakin menguasai parti itu. Tiada gunanya mereka melihat Hasan sebagai 'musuh' sedangkan beliau hanya memperjuangkan apa yang seharusnya diperjuangkan oleh Pas.
Puak-puak yang tidak mahu bersama Hasan kerana bimbang ia akan menjejaskan sokongan politik kepada Pas sepatutnya berasa malu. Mereka perlu tampil menyatakan kebenaran demi menyelamatkan Pas daripada golongan parasit.
Sikap bermain politik secara selamat dengan menafikan kebenaran yang diperjuangkan oleh Hasan adalah tindakan 'jahil'.
Seharusnya kesanggupan Hasan mempertaruhkan jawatan dan kedudukannya demi menegakkan kebenaran disokong dan bukannya dipecat tanpa sempat beliau mengemukakan pembelaan.
Tindakan Pas untuk terus meminggirkan Hasan berikutan ketegasan beliau hanya akan menyebabkan parti itu kehilangan sokongan, walaupun mungkin tidak banyak tetapi lambat-laun ia boleh melemahkan Pas.
Sama ada hendak diakui atau tidak, Hasan bukan sahaja mempunyai pengikut dan penyokong sendiri malahan Pas juga perlu sedar bahawa di kalangan ahli parti itu ramai yang bersimpati dan bersetuju dengan perjuangan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.
Mereka ada sebahagiannya sudah menyatakan komitmen untuk bersama Hasan melancarkan 'ops parasit' sama ada berada di dalam parti mahu pun di luar parti.
Justeru Pas jangan memandang remeh kepada perjuangan Hasan jika tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang sanggup tunduk dan patuh kepada arahan rakan sekutunya sehinggakan pemimpin sendiri pun sanggup dikorbankan.
Jika kenyataan Hasan dikaji adalah jelas beliau sudah tawar hati untuk berada di dalam Pas buat masa ini, biar pun masih sayang parti itu, namun ini tidak akan menghalang misi beliau menghapuskan ancaman parasit.
Dalam keadaan sekarang dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh beliau untuk melaksanakan 'ops parasit' sudah pasti mereka yang tergolong dalam kelompok itu tidak akan duduk diam. Dengan kedudukan yang dianggap strategik dalam Pas, sudah pasti Hasan akan dihalang untuk 'diampunkan'.
Puak-puak parasit ini tidak mahu agenda mereka bagi mencapai cita-cita politik kekuasaan bersama-sama dengan PKR dan DAP terhalang. Tidak kira apa pun yang Hasan pejuangkan, bagi mereka semua itu tidak penting, yang mustahak sekarang ialah menawan Putrajaya.
Dalam soal ini, hanya ahli dan penyokong Pas sahaja yang mampu menghalang penguasaan golongan parasit dalam parti itu melalui kerjasama dengan Hasan demi memastikan agenda untuk kepentingan peribadi dan kelompok puak itu terhalang.
Ia juga sekali gus akan dapat menyelamatkan Pas daripada bahana menang sorak kampung tergadai dalam pilihan raya umum akan datang.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment