Friday, January 13, 2012

Re: RG2011... Respons RG: Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 

 
Pendapat saya, Allah & empunya diri saja yang tahu segalanya. Kita hanya mendengar, tapi tak tahu dan tak melihat perkara sebenar..
 
Hakim buat keputusan mengikut bukti dan hujah-hujah. Jika bukti kurang cukup  dan pihak pembela bijak berhujah & meyakinkan, pihak itulah akan menang. 
 
Contoh kes bunuh , pembunuh boleh terlepas juga jika kurang bukti dan lawyer pandai membela... walaupun mangsa dah sah mati.
 
Perogol boleh terlepas juga kalau kurang bukti, walaupun mangsa sudah sah hamil atau melahirkan bayi.
 
Pesalah boleh terlepas di dunia saja... yang jadi mangsa hanya boleh berusaha minta pembelaan.
 

From: Mohd Yusof <modysof@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 13 January 2012, 17:52
Subject: Re: RG2011... Respons RG: Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 
To : Nor Azlin Mohd NordinB-) cool
 
Pertuduhan di mahkamah bukan melibatkan bukti dan alibi sahaja tetapi keseluruhan kes itu tanpa diragui sama ada terdapat elemen kukuh sebagai fakta menyokong keputusan hakim dan tanpa diragui barulah dijatuhkan hukuman. Sekali pun ada saksi dan bukti kes untuk membela diri namun yang berhak memberi keputusan tetap hakim...so, no body is above the law. Malah kriteria bagi mensabitkan kesalahan 'orang kena tuduh' pun bukan kekal sebab boleh dipertikaikan dan memohon hukuman ditangguhkan. Di sinilah terletaknya fungsi Mahkamah Rayuan! Contoh: orang politik yang didapati bersalah pun diberi peluang membuat rayuan sekali pun telah dijatuhkan hukuman melakukan rasuah.

Bayangkan harimau menyimpan taringnya dan bisa ular tidak hilang bila menyusur akar... Pada hakikatnya jika DNA boleh menolong membuka kes-kes berprofail tinggi, hmm, maka tidak hairanlah jika melibatkan pemimpin dalam kerajaan pula. Dokumen bukan sahaja dipalsukan malah boleh lenyap terus: asalkan tujuan menghalalkan cara.

Sebagai rakyat biasa pun kita juga terlibat dengan pelbagai kes termasuk cerai, perebutan harta dan fitnah/saman malu. Ironinya ialah ada individu yang sanggup menaikkan imej 'harga diri'(?) dengan meletakkan saman melebehi RM1 juta! Tetapi bila episod ini berakhir dengan orang 'kena saman' menang kes maka timbul kes counter sue for slander pula nanti!

Saya percaya anda pasti yakin bahawa mahkamah telus tetapi jika setakat anda berani dan cukup bukti sahaja belum tentu ada kes yang boleh dibawa ke mahkamah sebab bukan kita yang berhak menentukannya. Maka tinggallah berita hangat menjadi gosip liar dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Cukup sekadar renungan: akta kebebasan berdemo dan ISA tetap menjadi isu politik yang tiada noktahnya.

Saya tidak terperanjat nanti kes Liwat II DSAI dibawa ke Mahkamah Rayuan namun jika ditakdirkan DSAI menang lagi(?), hmm, rasanya 'tiada maaf' bagimu, MSBA!;) winking...Saman, jangan tak saman, he he.

 
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
From: Azizul_Sukses 13.1 <azizul.juan@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, January 12, 2012 4:08 PM
Subject: Re: RG2011... Respons RG: Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

 
To : nor azlin mohd nordin,

Kalau setakat baca paper or dapat maklumat dari satu hala je macam tu je la jawapan yang awak boleh bagi. Saya pon keje kat sana jugak. Saya pon tahu yang mana fakta dan auta.

2012/1/12 <>
 
From: "Mohd Hilmi" hilmi@sspsb.com.my
Ramainya lawyer2 kat sini..nak berhujah biar ada pengetahuan…tak tau, duduk diam bagi org yg arif…org pro-Anwar akan terus mempertahan..org yg pro-kerajaan pun begitu…sudah2 lah…masing2 jgn duduk tuduh apa2..Hakim pun manusia jugak…bukan Allah…dia bagi keputusan based on apa yg dipersembahkan/perogatif/penilaian dia…di pihak penuduh, masih ada proses rayuan yg boleh dibuat..tunggu dan lihat..di pihak yg menang jgn dok suka sgt…
Klu di dunia tak boleh percaya, esok di akhirat tengok sendiri sapa yg betul2 dajal…
 
From: "A. Bakar Attan" a.bakar@smebank.com.my
Tak bersalah kata mahkamah tak bererti peristiwa tak berlaku...
Hakim kata bukti tak cukup kuat nak sabitkan dia berdasrakan standard kehakiman...'BEYOND REASONABLE DOUBT".. So lepas on teknikal ground jer..
 
From: Hasno bin Hashim Hashim hasno.hashim@yahoo.com
Moga pembuat, penyampai & penyebar fitnah disambar petir. Amin
 
From: nor azlin mohd nordin azlin8@yahoo.com
Namanya pun pakcik xstream....so tak hairan la ekstreme sampai beruk marikh pun semua nak disebutnya...
Tapi part 'saiful cakap apa pun, korang percaya'...tu yang kelakarnya. Mengata orang dia yang lebih...'DSAI cakap apa pun dia percaya gak....Najib berzina dengan Altatunya la...Rosmah ada di tempat kejadian letupan la....hakim Mohamad Zabidin berkonspirasi dan makan rasuah la.....' tapi sampai hari ni bukti apa pun tarak...mengarut ala-ala delusional disorder.
azizul.juan, Pembetulan sikit...hospital swasta yang mula2 saiful pergi tu tak buat ujian DNA pun...Doktor yang check dia hari tu suruh Saiful buat pemeriksaan di HKL....so mana ada DNA result negatif...
Dan untuk makluman,walaupun HKL hospital kerajaan, penyokong DSAI ramai kat dalam tu....macam biasa je depa terima gaji, tak ada kena sekat pun..markah prestasi pun ok je...Saya tau la sebab saya kerja sana lama....Jadi jangan la ada-adakan cerita..
 
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment