Saturday, January 14, 2012

RG2011... kumpulan pro gay gembira keputusan mahkamah.

 



 

Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan

Published by AIDC on January 14, 2012 | 1 Comment

AIDCNews – 14/01/12 – Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) gembira dengan keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kenyataan ProGay disiarkan dalam tempo.com.ph pada 11 Januari, 2 hari selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selaras dengan keputusan mahkamah itu, organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina itu menyeru agar undang-undang yang menyekat kebebasan aktiviti liwat di Malaysia iaitu 377 Kanun Keseksaan perlu dihapuskan kerana dianggapnya sudah ketinggalan zaman.

"Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadapnya," kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia pertubuhan pembela kaum gay itu.

ProGay yang ditubuhkan pada tahun 1993 itu merupakan satu organisasi sekumpulan lelaki gay yang bermatlamat untuk mendapatkan pengiktirafan penuh daripada masyarakat berkaitan dengan kebebasan melakukan aktiviti seks songsang, dan menuntut hak agar tidak diskriminasi oleh keluarga, komuniti, kerajaan, gereja dan media.

Pada 26 Jun 1994, kumpulan gay ini telah menganjurkan perarakan Gay (pride parade) pertama di Asia yang dinamakan 'Gay March' untuk mengetengahkan isu-isu mereka berkaitan dengan kesaksamaan sosial yang mereka percaya bahawa perjuangan untuk pembebasan (liberation) gay adalah perjuangan untuk kebebasan negara (national freedom).

ProGay bukan sekadar menjadi pembela kumpulan gay di Filipina, tetapi juga menjadi pembela individu gay yang tertindas disebabkan sekatan undang-undang di luar negaranya.

"Untuk memperkukuhkan rangkaian kumpulan gay tempatan dengan pergerakan gay antarabangsa", kenyataan dari facebook ProGay.

Menurutnya, dengan pembebasan Anwar itu, ia merupakan satu langkah positif kepada perjuangan hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Malaysia.

Seksualiti Merdeka

Sehari selepas keputusan mahkamah membebaskan Anwar, Seksualiti Merdeka yang merupakan kumpulan LGBT Malaysia telah mencabar keputusan kerajaan mengharamkan program tahunannya di mahkamah.

Ini juga merupakan satu rekod keberanian LGBT Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Keberanian LGBT Malaysia mendapat liputan meluas di media antarabangsa.

asiancorrespondent.com yang memetika berita dari The Associated Press melaporkan ktivis hak gay Malaysia telah melancarkan satu cabaran undang-undang terhadap larangan polis terhadap pesta tahunan mereka yang bertujuan untuk membendung homophobia.

Portal pro Anwar, Malaysiakini melaporkan cabaran itu dilakukan oleh Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean dan Chew Siew Ting.

Mereka menamakan timbalan ketua polis negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar sebagai responden.

Desak 377 Kanun Keseksaan Dimansuh

Dalam laman rasmi seksualitimerdeka.org, kumpulan LGBT Malaysia itu menuntut agar undang-undang anti-liwat dimansuhkan.

Katanya, Seksualiti Merdeka mengutuk kerajaan Malaysia yang telah menggunakan Kanun keseksaan 377 kepada dua orang lelaki dewasa yang melakukan seks secara suka sama suka kerana dianggapnya sebagai mendiskriminasi kumpulan seks minoriti melalui undang-undang kuno.

"Penindasan terbaru ke atas Anwar Ibrahim dengan menggunakan undang-undang ini telah mewujudkan suasana takut di kalangan golongan minoriti seksual dan terus menggalakkan stigma, diskriminasi, keganasan dan kebencian ke arah kami",katanya.

Seperti satu grand design yang dicatur secara rantaian, badan pro LGBT antarabangsa, Amnesty Internationalmengeluarkan kenyataan yang senada dengan desakan Seksualiti Merdeka.

"Pembebasan Anwar adalah satu langkah yang dialu-alukan. Mujurlah, pihak berkuasa Malaysia telah tidak menjadikan pemimpin pembangkang di negara ini sebagai a prisoner of conscience", kata Donna Guest, Timbalan Pengarah Asia Pasifik di Amnesty International.

Katanya lagi, "(Sekarang masanya) Kerajaan perlu memansuhkan undang-undang liwat, satu undang-undang yang menindas yang membolehkan penganiayaan yang bermotifkan politik ini".

Menurutnya, undang-undang jenayah terhadap aktiviti seks songsang di antara dua lelaki yang suka sama suka bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

"Undang-undang liwat melanggar hak-hak gay rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi, ia telah digunakan sebagai alat penindasan politik terhadap Anwar", katanya.

Desakan sama turut dilakukan oleh Markus Löning, Pesuruhjaya Kerajaan Persekutuan untuk Polisi Hak Asasi Manusia kerajaan Jerman.

"Kerajaan Jerman melihat alasan diskriminasi kepada kumpulan homoseksual di seluruh dunia sebagai teras kebimbangan hak asasi manusia", katanya.

Kebangkitan kumpulan pro Gay ini menepati ramalan Elizabeth Flock dari The Washington post.com

"Apabila pembantu yang pertama (Azizan Abu Bakar) membawa pertuduhan terhadap beliau, Anwar secara terbuka mengecam undang-undang "kuno", dengan berkata mereka menggalakkan sikap tidak bertoleransi, pencerobohan ke atas hak privasi rakyat dan hukuman yang keterlaluan", katanya.

"Keadilan telah dilakukan. Saya membuktikan kewajarannya, kata Anwar sambil tersenyum kepada beribu-ribu penyokongnya di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Reformasi!" Ramai yang bersorak sebagai balasan. Perkataan yang bermaksud pembaharuan.

Anwar Ditembual Personal

Wartawan AP ((Associated Press) mengaku menemu bual secara personal melalui telefon dengan Anwar untuk mendapatkan jawapan yang agak sensitif yang mungkin Ketua Umum PKR itu tidak sebut dalam media tempatan.

"Pandangan saya adalah bahawa anda tidak boleh mempunyai undang-undang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan akan dilihat sebagai hukuman dan tidak adil kepada orang lain,"
kata Anwar.

Anwar berkata walaupun beliau percaya kerajaan perlu melarang perkahwinan sama-jantina dan mencegah kelucahan awam, namun undang-undang liwat boleh "disalahgunakan untuk melakukan diskriminasi ganas atau sikap tidak bertoleransi".

"Undang-undang sedia ada kami sifatkan sebagai agak kuno," kata Anwar "Idea keseluruhan [perlu] untuk menggalakkan orang ramai memahami supaya dilihat tidak terlalu menghukum.

"Dalam kes ini, ia lebih teruk lagi (jika) anda pergi dan melakukan siasatan serta mengintip ke dalam bilik tidur orang lain yang hanya untuk memburuk-burukkan mereka", katanya.

Temu bual personal Anwar itu disiarkan dalam laman ilga.org, satu laman kepunyaan Persatuan Antarabangsa lesbian, gay, biseksual, Trans dan intersek.

Laman pembela LGBT antarabangsa yang berpengkalan di Brussels dan mendapat geran di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu juga turut meramalkan dengan pembebasan Anwar kemungkinan besar Ketua Umum PKR itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kini saya membuktikan kewajaran dan dibebaskan, secara semula jadi saya akan bekerjasama dengan rakan-rakan saya dan … gabungan parti-parti pembangkang untuk memastikan kita boleh merampas pemerintahan di Putrajaya" kata Anwar.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment