Saturday, January 14, 2012

RG2011... Terima hakikat yang kita saling memerlukan di antara satu dengan lain

 

Oleh Aspan Alias

Sejak alam wujud, sejak wujudnya semua makhluk yang hidup, kita telah memahami apa yang dikatakan sebagai 'dependent origination'. Ia bermakna setiap makhluk itu adalah bergantung kepada satu dengan yang lain apatah lagi manusia itu dijadikan Tuhan berpuak-puak, berbangsa-bangsa dan dengan berbagai cara hidup dan budaya. Semuanya ini wujud untuk kita sesama manusia mengenali, memahami dan menghormati di antara satu dengan yang lain.

Di antara manusia dan haiwan juga ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan lain. Tiada haiwan tiada manusia dan makhluk yang lain. Di antara yang hidup seperti manusia dan pokok serta hutan belantara ada elemen perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kita memerlukan juga perkara-perkara yang tidak bernyawa seperti batu dan bata-bata serta yang lain-lain untuk kehidupan kita.

Itulah sebabnya kita perlu dan mesti mengenali dengan dekat dan baik di antara kita manusia yang dijadikan Tuhan dengan berbagai rupa dan bangsa serta agama dan budaya ini. Kalau kita tinjau dalam konteks negara kita ini, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama, adat resam dan cara hidup seharian ini, kerjasama di antara semua ini adalah wajib dan mandatori. Ini seruan Tuhan kita dan tuhan-tuhan agama lain juga.

Kalau kita terlalu angkuh yang kita terutamanya orang Melayu boleh hidup sendirian, ia merupakan sikap yang tidak realistik dan sangat berlawanan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan kita yang berbeza-beza ini. Sedangkan Tuhan pun mentajalikan Muhamad untuk berzikir dan mentauhidkanNya. Tuhan itu terdiri dengan sendirinya, tetapi Dia menjadikan Muhammad dan sekelian makhluk yang terdiri dari manusia, gunung ganang, hutan belantara, lautan dan segalanya untuk berzikir dan mentauhidkanNya.

Jika ada di anatara kita terutamannya orang Melayu Islam yang mendabik dada yang mereka tidak perlukan Cina, India dan manusia yang berlainan agama, maka mereka perlu berfikir dan bertahakik tentang isu ketuhanan dan agama secara serius. Adalah mustahil Melayu UMNO boleh berdiri dengan sendirinya sedangkan Tuhan sendiri mentajalikan Muhammad untuk menunjukkan kebesaranNya. Jika tidak dijadikanNya semua makhluk di alam maya ini siapa yang hendak mentauhidkan kebesaranNya?

Bagaimana Melayu di dalam negara ini hendak hidup maju jika mereka mahu hidup sendirian, tetapi dalam waktu yang sama kita amat takut dan rendah diri untuk bersaing secara sihat dan terbuka seterusnya sentiasa mahu dilindungi secara politik setiap waktu dan ketika. Segala-galanya sudah diperuntukkan oleh perlembagaan negara tetapi masih tidak merasa yakin yang mereka boleh hidup sendirian.

Apabila ada Melayu yang sanggup berubah Melayu itu akan dicerca dan dihina. Mereka mahukan semua Melayu menjadi seperti mereka; sentiasa diikat pemikiran mereka serta merelakan diri mereka menjadi pelindung kepada pimpinan mereka yang tidak bertanggungjawab kepada negara itu.

Pendeknya orang Melayu tidak boleh berbuat apa-apa jika masih tidak mahu berfikir sedikit di luar kotak untuk membebaskan jiwa dan pemikiran mereka dijajah oleh pimpinan bangsanya sendiri.

Kita wajar bersama-sama untuk hidup dalam keadaan muhibbah di antara semua kaum dalam negara bertuah ini. Tidak usah kita relakan orang Melayu akhirnya hidup bersendirian semata-mata kerana tidak mahu mengakui yang kita memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Kalau kita mahu hidup sendirian maka kita akan menjadi seperti Red Indian yang hidup sendirian di tengah negara AS yang luas itu. Tidak tahulah saya, jika orang Melayu mahukan nasib yang dialami oleh masyarakat Red Indian itu.

Itulah sebabnya saya menyertai perjuangan multi-racial yang memperjuangkan nasib semua bangsa dan agama di negara ini. Saya tidak mahu lagi isu rasis dipanjangkan kerana ia hanya membunuh pertumbuhan pemikiran bangsa saya yang sangat memerlukan perubahan itu.

Kita tidak boleh di'intidiminasi' oleh pemimpin kita sendiri.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment