Friday, April 20, 2012

Re: RG2011... 22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat

 

Assalamualaikum sahabatku Mat Rock,

Gua merasa amat gembira dan tidak dinafikan juga sedikit cemburu apabila mendengar lu kini berada dirumah Allah. Apa tidaknya melihatkan betapa bertuahnya lu mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjadi tetamuNya. Tidak ramai dari kalangan saudara-saudara kita yang telah diperkenankan oleh Allah Taala jemputan untuk menjadi tetamuNya. Wang yang banyak, masa yang ada serta kekuatan tenaga yang dimiliki bukan jaminan untuk kita berada di Tanah Suci. Hanya keredhaan dariNya sahaja yang akan membawa kita kesana.  Alhamdulillah, gua yang kecil dan hina ini juga pernah dulu dipilih menjadi tetamuNya dan hanya Dia yang tahu betapa teramat rindunya hati ini untuk datang semula menjejak kaki, beribadat dan menangisi kesilapan serta dosa-dosa yang telah dilakukan sambil memandang wajah kaabah yang suci itu. Betapa kerdilnya kita merasa diri kita dikala kita berada terlalu hampir denganNya.

Menjadi tetamu Allah adalah satu anugerah, marilah gunakanlah kelebihan yang ada untuk menumpukan sepenuh masa dan tenaga semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Masa yang ada adalah terlalu amat berharga untuk kita habiskan dengan perkara-perkara dunia kerana tiada jaminan yang kita akan memperolehi peluang untuk berada disana semula. Walaupun gua berazam untuk kembali setiap 2 tahun, tetapi itu hanyalah azam serta perancangan gua, yang menentukan tetap Dia. Gua hanya mampu berdoa, agar gua diterima semula menjadi tetamuNya satu hari nanti. Doa gua untuk sahabatku Mat Rock agar umrah lu diterima Allah s.w.t dan lu memperoleh umrah yang mabrur.

Sahabatku Mat Rock,

Kecewa hati gua bila gua baca komen lu. Bukan kerana lu tidak menyokong artikel yang gua posting tu, kerana bukan niat gua untuk mencari sokongan sebaliknya gua hanya ingin berkongsi maklumat supaya dapat dinilai dan dipikirkan bersama. Dalam memperkatakan 'Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci AlQuran yang kumat kamit diatas pentas politik, lu kenalah ambik ayat tersebut didalam KONTEKS AYAT YANG LENGKAP. Tidak adillah lu ambik ayat separuh-separuh kemudian menjatuhkan hukuman gua menghina sunnah Nabi. Dan memang akan gua mengatakan yang gua tidak sekali-kali berniat untuk menghina sunnah sebaliknya mempertikaikan niat serta perlakuan pemimipin-pemimpin Pas yang kebetulan dilihat mengamalkan sunnah kerana  sudah memang itulah HAKIKATnya.

Itu yang mengecewakan gua, Gua melihat percubaan lu untuk SPIN kan isu sebenar menjadi isu yang lain. Macam Rafizi Ramli dengan Chegu Bard pulak.. Tabiat buruk yang mencetuskan kekeliruan dikalangan pembaca. Dan lebih mengecewakan gua ialah dikala ini lu berada di Tanah Suci pulak tu. Ditempat yang suci itu lu jerumuskan diri lu dengan dunia politik kotor dan jijik kat Malaysia ni.

Ingat kata-kata Dr. Asri Zainul Abidin, mengasingkan agama dengan politik adalah satu kesalahan, tetapi menggunakan agama bagi kepentingan politik adalah lebih dasyat lagi.

Islam adalah agama yang suci, tetapi PENGANUT agama Islam itu yang menghina kesucian agama tersebut, begitu juga dengan Sunnah Nabi, Sunnah itu murni, tetapi PENGAMAL sunnah itu yang memberi gambaran yang buruk kepada sunnah tersebut.

Siapa dikala ini yang membelakangkan perjuangan menegakkan syariat Negara Islam sebagaimana perjuangan Rasulullah hanya semata-mata ingin mengemis undi dari orang kafir?

Siapa dikala ini yang bersama-sama berjuang dengan mereka yang menyokong perjuangan musuh Rasulullah yakni yahudi ISRAEL hanya semata-mata untuk menang pilihanraya?

Siapa dikala ini yang menafikan perpaduan dan ukhuwah sesama Islam yang ditekankan oleh Rasulullah, tetapi pada masa yang sama tunduk dengan kehendak dan pertunjuk orang kafir?

Siapa dikala ini yang tidak bersikap adil (didalam kes Saiful) sebagaimana Rasulullah bersifat adil dengan menafikan hak orang yang teraniaya untuk didengari, pada masa yang sama mempertahankan orang yang membuat aniaya hanya semata-mata kepentingan politik?

Siapa dikala ini yang menolak saudaranya (didalam kes Dr. Hassan) yang  kini sedang memperjuangkan akidah dan kesejahteraan saudara seagamanya sebagaimana perjuangan Rasulullah, sebaliknya menggunakan kekuatan yang Allah kurniakan kepada mereka untuk menghentam dan mengaibkan peribadi saudaranya itu hanya semata-mata kerana ingin mempertahan political survival mereka?

Siapa? Orang UMNO? Mereka tak pakai serban dan mereka juga tidak berjubah. Ramai dikalangan mereka tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Mereka jarang menggunakan ayat AlQuran semasa ceramah-ceramah politik. So kalau bukan mereka, siapa lagi? Siapa dia PENGAMAL sunnah Rasulullah yang ada, dan pada masa yang sama mengkhianati perjuangan Rasulullah kita? Fikir-fikirkanlah..

Jadi brother Mat Rock, kindly do not mislead the statement above by spinning it and blowing it from way out of proportion. Gua yakin dan percaya, nilai intelektual yang ada pada lu adalah lebih tinggi dari itu.

Dan gua juga berharap agar lu tidak tersinggung dengan tulisan gua ni. Kalau adalah pun percangahan pendapat, ianya sekadar percangahan pendapat. Percayalah, tidak ada sifat kebencian yang tersirat. Gua tetap akan kasih lu sebagai saudara seagama gua.

Dan gua juga mendoakan keselamatan serta kesihatan lu disana. Gua yakin Allah bersama-sama lu dan Dia akan memuliakan lu sebagai tetamuNya. Pasti lu akan rasai kemuliaan itu. Dan kalau berkesempatan, doa-doakan lah keampunan dan kesejahteraan gua dan kami di Malaysia ni. Doakan kemenangan kepada yang haq dan kesedaran kepada yang masih jahil. Tak kiralah Jemaah yang mana yang bakal memperolehi kemenangan kerana kuasa dan kehendak untuk menentukan hanya pada Allah. Sebagai orang Islam, kemenangan yang hakiki ialah kemenangan menentang hawa nafsu, dan bukannya kemenangan menawan PUTRAJAYA…

Wallahualam…
 


From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 20 April 2012, 16:40
Subject: Re: RG2011... 22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat

 
Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci Al-Quran yang kumat kamit di baca di atas pentas politik
 
astarghfirullah.. astarghfirullah.. astarghfirullah..
Allahummasolli 'alaasaidina muhammad.. wa 'ala alihisaidina muhammad..
 
semasa wa dikurniakan Allah rezeki utk berada di Raudhah dan melihat maqam Rasulullah SAW, majoriti umat Islam yg berada sama ada di Raudhah atau di dpn maqam Rasulullah SAW menangis kerana kasihkan Rasulullah.. kerana rindukan Rasulullah.. kerana cintakan Rasulullah..
 
wa x faham kenapa kita sbg org melayu yg mengaku Islam kononnya sanggup mempersendakan sunnah Rasulullah? sanggup mempersendakan org yang mengikut sunnah Rasulullah?
 
faizal.. lu tak tau atau buat2 tak tau yg memakai serban & memakai jubah tu sunnah Rasulullah?
lepas ni lu mesti jwb yg lu bukannya persendakan Rasulullah tetapi lu persendakan org PAS je kan??
 
bro.. mempersendakan org yg mengikut sunnah Rasulullah sama gak dgn mempersendakan Rasulullah!
berhati-hati bro bila berbicara! jgn krn disbbkan nk menegakkan fahaman politik lu.. hingga lu lupa pada Allah & Rasul!
 
 
Rock sokmo..

From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 20, 2012 12:21 PM
Subject: Re: RG2011... 22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat

 
Maklumat yang sangat berguna dan perlu dibaca oleh semua, terima kasih penulis.

From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
To: Respek Group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 19 April 2012 4:19 AM
Subject: RG2011... 22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat

 
22 Tahun Isu Hudud Dipolitikkan, Satu Mesyuarat Pun Tak Buat
 
Malang betul sesiapa yang masih menyokong Pas ketika ini, si balaci bawahan sibuk ke hulu ke hilir mendakwa diri bangga bersama parti yang kononnya mahu memperjuangkan Islam dan hukum hakam, alih-alih segalanya hanya sembang mengalahkan penjual ubat di jalanan.
 
22 tahun Pemimpin Pas menjual ayat Al-Quran dan hadis peri pentingnya hukum hudud dilaksanakan di Kelantan tapi satu mesyuarat khas untuk jawatankuasateknikal pun tak mampu dan tak pernah dibuat dek kerana sibuknya pemimpin Pas dengan urusan politiking duniawi mencari salah silap parti lawan.
 
Inilah realiti wajah parti Pas yang sebenar. Serban yang besar atas kepala, jubah lebar membalut badan dan ayat suci Al-Quran yang kumat kamit di baca di atas pentas politik hanya sekadar umpan saja demi memenuhi tuntutan mengejar kuasa untuk kepentingan diri dan puak.
 
 
Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh

KOTA BHARU 18 April – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan
masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd.
Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum
ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
 
Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai
pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan
kehadiran Ahmad.
 
"Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana
pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal
dan sahkan.
 
"Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi
masalah jika ia mengambil sedikit masa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
di sini hari ini – Utusan Malaysia, 19 April 2012.
 
 
Bab sembang secara teori separa masak, hipotesis mencecah awan dan gebang kosong bolehlah serah pada Pas, sebabnya dalam bidang bercakap, berjanji dan berceramah ikut suka mulut dah terbiasa dan sinonim dengan pengalaman gebang merata kampung selama 61 tahun Pas hidup atas muka bumi ini.
 
Tapi kalau sentuh bab perlaksanaan, teknikal dan praktikal bersandarkan realiti semasa, harus mati hidup semula pun tak termampu untuk Pas tunaikan & realisasikannyasecantik teori dan hipotesis yang digembar gemburkan.
 
Hatta untuk dimasukkan declaration rasmi bahawa hukum hudud akan menjadi dasar bersama pakatan pembangkang  pun Pas tak mampu lakukan apatah lagi untuk dipraktikkan seperti janji-janji manis yang ditabur sewaktu berceramah dihadapan pengundi dan masyarakat Melayu Islam.
 
Dulu Hadi Awang dengan janji retoriknya yang gah mahu melaksanakan hudud di Terengganu sebaik ayam jantan belum habis berkokok, hakikatnya ayam jantan sampai dah serak anak tengkuk pun hanya draf saja mampu dibuat sekadar melepas batuk di tangga.
 
Bila ditanya bila nak dilaksanakan mulalah konar baring yang hudud itu cuma 0.0001% sahaja dalam Islam. Padahal yang 0.0001% itulah yang di gebang keliling kampung selama ini hingga dijatuhkan hukum terhadap orang UMNO sebagai kufur dan anti Islam.
 
22 tahun mengusung hukum hudud hingga satu peringkat pemimpin negara di tuduh unIslamic, anti Islam dan anti hukum Allah, hari ini dengan takdir Allh s.w.t ditunjukkan kepada khalayak sekalian alam betapa munafik dan celakanya perangai pemimpin Pas yang hanya pandai sembang dan menghukum sana sini. Mudah untuk bercakap, senang untuk menghukum.
 
Hakikatnya Pas sendiri dah terjebak dengan mainan politik sendiri yang gemar menjaja agama untuk kepentingan politik natijahnya bila tiba desakan untuk perlaksanaan semuanya barai dan gagal. Yang termampu Pas lakukan untuk melepaskan diri hanyalah dengan menuding jari – satu jari tunjuk pada UMNO baki empat jari hala pada batang tubuh Pas sendiri.
 


 






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment