Friday, April 13, 2012

Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 

Ni sy sokong 100 peratus

BlackBerry®torchlite

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 12 Apr 2012 22:49:06 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: lah68_ripen@yahoo.com.sg<lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Subject: Re: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu

 

      Jikalau ibu bapa kita menaja kita, ibu bapa ada suara sepenuhnya terhadap wang ringgit yang disalurkan kepada seseorang itu. Begitu juga dengan tajaan. Kita telah menandatangani perjanjian untuk akur terhadap syarat-syarat tajaan. Oleh kerana duit itu datang daripada duit rakyat, rakyat tidak senang kalau pelajar itu tidak tumpu kepada pelajaran dan buat perkara-perkara yang tak relevan dengan pembiayaan. Jika syarikat yang menaja pula, sudah tentu syarikat tidak mahu pelajar tajaan syarikat buat selain daripada belajar.
      Jikalau duit itu snediri punya, maka lantaklah dengan pelajar itu. Sudah tiba masanya pelajar perlu mendapat tindakan tegas kerana pelajar-pelajar Melayu tidak pernah beramanah untuk belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam setiap yang dilakukan. Tiba masa nya untuk orang Melayu.Islam bangkit dan cemerlang dalam ekonomi terlebih dahulu sebagaimana Nabi Muhammad SAW cemerlang dalam ekonomi.
     Jikalau kita tidak cemerlang, kita setakat menyalak saja dan bukit tetap tak runtuh
 
rhirowati - rhirowati

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 10, 2012 8:50 PM
Subject: RG2011... Batal Biasiswa dan Pinjaman. Kesilapan Besar Kerajaan Terengganu
 
Melalui berita TV3 disiarkan Tim. Pengarah Yayasan Terengganu mengesahkan pembatalan biasiswa dan pinjaman 9 pelajar di mesir yang terlibat dengan perhimpunan bersih di Mesir. Ia pula disokong oleh PERMATA yang diwakili budak ingusan yang membaca teks tergagap-gagap.
 
Wajarkah tindakan Yayasan Terengganu ini? Tentu ramai yang menyokong tindakan Yayasan Terengganu tapi lupa untuk menilai implikasi terhadap imej negara di mata dunia khususnya kerajaan Malaysia. Pihak kerajaan mungkin boleh berdalih dengan alasan ia adalah tindakan kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan.
 
Pelajar yang menuntut di luar negara, pastinya mempunyai ramai kenalan pelajar dari negara-negara lain dan kemungkian juga dari negara jiran Malaysia(Indon, Thailand, Singapore dsb). Apakah pandangan mereka jika mengetahui rakan mereka dari Malaysia ini telah diambil tindakan serupa itu hanya atas kesalahan menyertai Perhimpuan Bersih yang diketahui berlangsung dengan aman (di Mesir).
 
Bagaimana pula nanti tangapan para profesor atau pensyarah di mana mereka menuntut? Adakah mereka ini juga mempunyai pemikiran yang sealiran dengan sesetengah pemimpin politik di Malaysia yang mana menganggap perhimpuan bersih yang diadakan di Mesir sebagai perhimpunan haram?
 
Jangan lupa bahawa pelajar luar negara di institusi pengajian tinggi di mesir bukan seperti ahli politik Malaysia. Mereka mempunyai pandangan yang lebih terbuka dan berani. Yang lebih penting budaya berhimpun secara aman adalah budaya yang diterima dikebanyakan negara luar hanya Malaysia sahaja satu-satu negara yang menganggap ianya adalah Perhimpunan Haram.
 
Fikirkan dan berikanlah pandangan dengan jujur. 9 pelajar tersebut dah tentu orang Melayu dan mereka beragama Islam. Ketepikan soal politik dan fikirkan kewajaran Yayasan Terengganu ini. Persoalan yang perlu diperjelaskan adakah tindakan ini mengikut peraturan yang sah?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment