Tuesday, April 10, 2012

Re: RG2011... DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu

 

Korang ni pernah ker buat bisnes ngan cina?
 
Kes penipuan yang berlaku seperti skim cepat kaya. Jualan Langsung..kebanyakannya siapa yang jalankan yer? Setakat ini hanya DCL satu-satu syarikat Melayu yang benar-benar memberikan faedah kepada ahlinya.. kebanyakan aku jumpa kaya sekejap lepas tu papa kedana balik.

--- On Tue, 10/4/12, mohd fairul ab. wahid <mofaawa@yahoo.com> wrote:

From: mohd fairul ab. wahid <mofaawa@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 10 April, 2012, 11:17 AM

 
Salam,

Lepas nie,, korang pangkah Pakatan Rakyat utk PRU13,,, semua DAP sapu...
padan muka korang... bek2 nak mintak minyak n tol x de... lepas nie,,, semua makin naek...
ngeh3x...


From: Delivery <delivery@hicomtecksee.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 9, 2012 3:32 PM
Subject: RE: RG2011... DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu

 
salam...

relax..jangan melatah isu mcm ni..
cina memang mcm tu..
semua dia nak makan...

mcm tu jugak isu kedai 1 malaysia..
baru ada 4-5 biji
kata dah menggangu bisnes dia..
tapi kedai 99.. mart itu mart ini bukak..
tak terkesan...

takpe..tgk jer dia berkokok


________________________________________
From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of wealthkeepcoming@yahoo.com [wealthkeepcoming@yahoo.com]
Sent: 09 April 2012 10:35
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu

Kenapa pertikaikan? Kenapa tak pertikaikan kaum Cina tak membeli belah di kedai2 milik Melayu? Kenapa tak pertikaikan kaum Cina tak hantar kereta ke bengkel2 milik Melayu?

Kenapa tak minta bilionaire2 Cina M"sia senaraikan harta2 mereka?

Kenapa nak bimbangkan hal Syed Mokhtar yg hanya seorg Bilionaire Melayu sedangkan lagi ramai bukan Melayu bilionaire?

Kenapa Harakah tak tanya soalan tsb? Kenapa asyik ikut je soalan2 yg asyik pertikaikan hak Melayu? Kenapa tak tanya soalan kenapa Cina pegang hampir semua hal2 ekonomi?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
________________________________
From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 5 Apr 2012 22:02:31 -0700 (PDT)
To: Respek Group<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu



Syed Mokhtar dapat projek kereta perisai RM7.55b?<http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9338-syed-mokhtar-dapat-projek-kereta-perisai-rm755b>

Dipetik dari Harakah Daily 4 April 2012


KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.
Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.
Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.
Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.
"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.


Komen saya...

DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu

SATU-SATUnya anak melayu yang tersenarai sebagai 10 orang yang terkaya di Malaysia mula dipertikaikan oleh DAP. Mereka tidak pula mempertikaikan Robert Kuok, orang terkaya di Malaysia yang cuba mensabotaj perniagaan Gardenia milik Melayu, ataupun Ananda Krishnan, Teh Hong Piow, Lee Shin Sheng, Tony Fernandez dan tycoon2 Cina India yang lain yang juga menikmati projek2 besar dari kerajaan.

Kebiadaban serta keberanian puak-puak DAP lahir dari kelemahan orang Melayu kita sendiri yang sangat mendewa-dewakan pimpinan DAP ini sehingga ada yang menyamakan mereka dengan Khalifah Islam sebelum ini.

Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan apakah sumbangan beliau kepada dunia Islam amnya serta masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Aktivit amal beliau disalurkan melalui Yayasan al-Bukhary.

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur
yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।







DISCLAIMER: The information and attachments contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or action taken in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and delete it from your system. Hicom Teck-See Manufacturing (M) Sdn Bhd neither warrants the integrity of the information transmitted nor accepts liability for the proper and complete transmission of this communication.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment