Monday, April 16, 2012

Re: RG2011... Demosntrasi Anti Lynas Shah Alam

sebab kilang lynas tu bukan di shah alam.....masa demo buat di
kuantan, berpuluh2 ribu....

malaysia nie biasalah, kalau tak kena kat batang hidung sendiri,
memang tak kisah lah......tak apa punya attitude....

On 16/04/2012, Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com> wrote:
>
>
>
>
> Jumlah pendemo yang hadir
> sekitar 200 orang berbanding dengan jumlah penduduk Shah Alam 646,890.
> (sehingga
> Jun 2011). Itu belum diambil kira jumlah penduduk Bandar Kelang dan Subang
> Jaya. Adakah
>
> ini petanda majority rakyat menolak politik 'putar belit' Pakatan
> Rakyat berkenaan isu Lynas ini? Fikir-fikirkan
>
> lah...
>
>
>
> Himpunan bantah
> Lynas Shah Alam
> Khaulah Azwar, Harakah Daily 15 Apr 2012
>
>
>
>
> (Bantahan Lynas 13 April
> lepas di Dataran Shah Alam)
>
> SHAH ALAM, 15 April:Himpunan Anti Lynas anjuran Solidariti
> SeMalaysia Himpunan Hijau bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Shah
> Alam petang kelmarin diadakan
>
> secara aman tanpa diganggu polis.
>
> Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad merangkap AJK PAS Pusat
> mendakwa syarikat yang menjalankan projek tersebut diberi hak istimewa
> dan kedudukan luar biasa sehingga
>
> tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun
> walaupun menerima keuntungan berbilion ringgit.
>
> Beliau berkata, "saya bersama saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR)
> menyelar tindakan kerajaan pusat (UMNO) yang seolah-olah lepas tangan
> terhadap keselamatan rakyat walaupun
>
> sudah sedia maklum.
>
> Katanya, mereka sudahpun bentangkan isu ini di Dewan Rakyat, projek
> Lynas bernilai jutaan ringgit itu akan menghasilkan sisa radioaktif.
>
> "Kerajaan tidak akan menutup kilang ini sekiranya Pakatan Rakyat gagal
> membuktikan kilang itu tidak selamat. Nak buktikan macam mana lagi? Nak
> tunggu
> sehingga semua rakyat mati
>
> baru terbukti ke?," tempelak beliau.
>
> Sepatutnya, kata beliau,
> kalau terbukti ia selamat, baru dibuka, bukan sebaliknya.
> Ada satu penjelasan yang
> boleh memberi penerangan kenapa kerajaan bertindak sedemikian rupa
> kerana pihak-pihak tertentu telahpun menerima duit dan sogokan, ujarnya.
>
> "Pada pandangan saya, mereka telah diberikan duit atau dijanjikan duit
> berterusan sehingga kerajaan tidak sanggup untuk menukar keputusan yang
> dibuat," selar Khalid.
>
> Sementara itu, Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berkata, "kita
> kecam kerajaan pusat sekiranya mereka ingin meneruskan projek Lynas yang
> sudah
> pasti memberi
>
> ancaman seluruh rakyat Malaysia.
>
> "Sekiranya mereka teruskan niat itu, kita daripada Pakatan Rakyat bersama
> badan-badan bukan NGO tidak teragak-agak mengadakan bantahan
> besar-besaran seluruh negara.
>
> "Janganlah mereka hanya mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi
> memberi kesan buruk kepada semua rakyat," katanya.
>
>
> Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan Slogan UMNO "Rakyat didahulukan,
> Pencapaian diutamakan".
>
> Katanya, slogan yang UMNO sering laungkan tidak menggambarkan mesra
> rakyat langsung.
>
> Turut serta dalam himpunan itu adalah Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari
> Sungib dan Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Zulkefly Mohamad Omar.
>
> Setiausaha Agung Parti
> Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa
> Malaysia
> (SMM), Mohamad Safwan Anang dan wakil ABU, Haris Ibrahim.
>
> Difahamkan, himpuna anti Lynas diadakan serentak petang
> semalam, di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3,
> Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid
> At
> Takwa, Miri) dan Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu).
>
> Lokasi lain yang turut terbabit adalah Negeri Sembilan (Taman Tasik
> Seremban),
> Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (Masjid Daerah Batu Pahat),
> Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala
> Terengganu),
> Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).
>
>
> Kilang bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan diusahakan oleh Lynas Malaysia
> Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.
>
> Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa akan menghasilkan sisa radioaktif
> yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment