Monday, April 16, 2012

Re: RG2011... Fw: MANGSA BANJIR DI KUALA DIPANG

Salam...
 
alhamdulillah xder kemalangan jiwa yang dilaporkan...
 
cuma satu persoalan ialah???? andai kata perak adalah negeri pakatan.. mahu gegak gempita pihak kerajaan 1malaysia menyalahkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri....
 
nasib baik perak ni negeri rampasan 1malaysia... so senyap jer la..
 
masa jadi banjir kat klang hari tu banyak terima komplen dari pusat menyalahkan itu dan ini.. pentadbiran kerajaan pakatan tak menyelenggara prasarana dengan betul sehingga menyebabkan banjir kilat...
 
p.s - sekadar pandangan yang kabur...

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 13 April 2012, 12:31
Subject: RG2011... Fw: MANGSA BANJIR DI KUALA DIPANG

 
----- Original Message -----

YB NIZAR LAWAT MANGSA BANJIR DI KUALA DIPANG

intanhijau.blogspot.
Dicatat oleh Team intanhijau

Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin turut bersama-sama skuad Unit Amal menziarah mangsa-mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar.

Beliau yang juga YDP PAS Kampar berada di tempat kejadian sejak awal pagi dan ditemani isterinya Datin Fatimah.

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki sejak jam 5 pagi tadi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Nizar santuni mangsa-mangsa banjir

Unit Amal bertungkus-lumus membantu
 
Mediaperak


No comments:

Post a Comment