Thursday, April 19, 2012

Re: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan

Betul tu...meh pakat ramai2...banyak alternatif lain lagi selain berdemo..silap2 kena pukul..kena belasah..esok2 anak da besar senang belajar takyah loan.Pastu dapatkan skali medical card..tak mustahil nanti kos perubatan suatu hari nanti akan mencecah ribuan rinngit. Pastu nak complain mahal..so,dari awal cari langkah terbaik utk kesenangan anak2 kita..sememangnya tanggungjawab ibubapa menyediakan yang terbaik untuk anak dan isteri..jgn hanya mengharapkan subsidi kerajaan semata-mata.Jika ditakdirkan suatu hari PM malaysia dari kalangan bukan muslim...tak mustahil melayu malaysia akan menjadi seperti melayu singapura..

From: Hasno bin Hashim Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, April 19, 2012 2:28 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan
Untuk Ibu2 Bapa2 yang baru dapat anak2 kecil tu, mai menabung di Takaful Ehsan untuk pembelajaran anak2 anda 15-20 tahun lagi. Tak  payah nak berdemo macam ni bila dah ada tabungan sendiri.
 
Sila hubungi Hasno di 019-5047910 untuk buka acct simpanan pelajaran anak2 anda.
--- On Wed, 4/18/12, Finance Dept <payment@smea.com.my> wrote:

From: Finance Dept <payment@smea.com.my>
Subject: RE: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, April 18, 2012, 1:09 AM

 
Hailah anak2 muda zaman sekarang ni…tak paham sungguh.
PTPTN tu kan utk membolehkan uols sambung study, dah namanyer pon LOAN so kenelah bayar balik.
Ada interest tu normal kan…personal loan pon ada interest gak. Any loan memanglah kene ada interest.
 
Kalau rasa PTPTN mahal sgt… parents kenelah sediakan duit study untuk uols, kene ada tabungan since anak2 lahir lagi. Manalah nk dapat Yuran free sekarang ni…sbbnyer, semua pon kn bayar dah. Cth nk masuk toilet pon kene bayau walau pon seponsen dua utk ape??maybe duit tu utk byr staff yg jaga kaunter tu, maybe gak kene bayar skit duit air ker, maintaince ker. Kalau pendidikan tu dah jadi FREE sape pulak nak bayar gaji pensyarah tu nanti??Pensyarah nk ker keje xbergaji??mana university nak dapat duit utk baik pulih building and insfrastruktur university tu nanti. Yang bijak pandai makin ramai…mesti nk kene besarkan building atau paling tidak, nak buat building baru so nk kene pakai duit semua tuh, ker korang suke satu kelas belajar kat U sampai 150org per subjek…selesa ker nak belajar bersempit2 macam tu??
 
For me biarlah ada PTPTN sebagai pilihan sbb nk suh kerajaan seponser semua student pon payah gak sebab gomen pon bukan ler banyak naww duit nk seponser korang semua yg bijak pandai ni =)
PTPTN bukan paksaan kalau rasa xmampu nk bayar balik kenelah ada tabungan sendiri. Lagi pon uols kluar dr U pon insyaallah kerja ada so bila ada keje sure dapat gaji kalau dah ada gaji tu xreti2 nak bayar balik ker??Maybe PTPTN boleh buat macam yang pihak MARA buat time saya study dulu…kalau u get very good result, loan automatic tukar ke biasiswa, kalau result utk 2nd upper class will get 75%off dari total loan u ambil, sebagainyer ikut result CGPA. But the best is MARA xder interest pon time saya study dulu J
 
Hope PTPTN ada sehingga anak2 saya masuk U nnt, sbb saya pon xtahu tabungan saya ni nnt cukup kah nak menampung pengajian mereka paling tidak maybe PTPTN dapat menbantu ank2 saya utk menereuskan pengajian dalam bidang yang mereka suka. Kalau tak dapat membantu byk, sikit pon jadilah…
Tak mengharap pada PTPTN but incase tabungan tak cukup memang ler kene memandang alternative lainJ
Sekadang pandangan and pendapat saya saja, maaflah kalau xsuke dengan pendapat ni J
 
Regards,
 
-ila-
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of MOHD. AZLAN MOHD. ALI
Sent: Wednesday, April 18, 2012 8:07 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan
 
kalau begini lah caranya,
Malaysia bakal menjadi Indonesia no 2..
apa lah nk jadi sekarang, masa depan.....
 
mister moderator,
please hide my id.
TQ
 
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 16, 2012 12:27 AM
Subject: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan
 
 
----- Original Message -----
 

Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara Tuntut PTPTN Dihapuskan

malaysiaberih.blogspot
 





Sumber gambar
 
Ribuan mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
 
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti MahasiswaMalaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
 
 
 

AMK sokong mahasiswa tuntut pendidikan percuma

rakyatuntukrakyat.blogspot
Posted by Sebatang lilin.
 
 


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, hari ini menyokong penuh tindakan ratusan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus, berkata Pakatan Rakyat mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN sebanyak RM24.7 bilion membabitkan hampir 651,000 mahasiswa.

Tegas beliau kepada media, Pakatan Rakyat berkeyakinan hutang ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya sumber kewangan negara diurustadbir secara berhemah dan telus.


Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2009 yang mendedahkan berlakunya ketirisan sebanyak RM28 bilion, Nazree berkata sekiranya ketirisan tersebut tidak berlaku, wang tersebut boleh disalurkan ats tujuan pendidikan kepada mahasiswa negara ini.

"Atas sebab itu kita berkeyakinan, isu PTPTN ini boleh diselesaikan dengan kita berusaha mengambil dari beberapa sumber, seperti ketirisan tadi, contohnya," tegas beliau, ketika ditemui di perhimpunan mahasiswa, di ibu kota, lewat petang tadi.

Selain menyebut keuntungan Petronas yang menjangkau RM90 bilion juga boleh dijadikan salah satu sandaran bagi menyalurkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata Pakatan Rakyat begitu prihatin atas setiap keperitan para mahasiswa di negara ini.

"Jika kita memilih untuk membayar hutang PTPTN itu sebanyak RM2 bilion setahun sekalipun, secara ansuran 10 tahun contohnya, kita sudah mampu untuk menyelesaikan keseluruhan hutang mahasiswa terbabit," jelas beliau lagi.

Beliau turut menambah, mahasiswa yang berusia 20 hingga 25 tahun kini, sudah mula menanggung hutang hampir RM20000, yang jelas membebankan mahasiswa.

Sambil mengulangi komitmen Pakatan Rakyat dalam menawarkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata sekiranya BN berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, maka Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN.

Sebelum itu, hampir 500 mahasiswa berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kompleks membeli-belah Sogo bagi menuntut pendidikan percuma kepada mereka.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke Sogo.

Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.-
Harakahdly
 
 
 
 
 

lebih 2000 mahasiswa sertai Demonstrasi Mansuh PTPTN

bungamuslim.blogspot.
Posted by azhabrar

sumber: http://perakitedaily.blogspot.com/2012/04/terkini-gambar-lebih-2000-mahasiswa.html

 
 
KUALA LUMPUR: Lebih 2000 hadir dalam Demonstasi Mansuh PTPTN di Ibu Negara hari ini. Ketika ini demonstran sedang menuju ke Dataran Merdeka.
 
Antara yang turut kelihatan dalam demonstran ini ialah Pengerusi SMM Safwan Anang, Bekas Pengerusi SMM, Ahmad Syukri, Adam Adli dan pimpinan mahasiswa.

 
 
 
 
 
 
 
 
Posted by greenboc
Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN

Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa (menurut pemerhati lebih 300, baca laporan harakahdaily di bawah -GB) berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."

Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.

Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. -mk

Sumber gambar

Ribuan siswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN -harakahdaily
 

(Ribuan mahasiswa berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka menuntut dimansuhkan PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma)

KUALA LUMPUR, 14 April: Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan 'graduan hutang'. Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo. Beberapa wakil mahasiswa berucap. Mereka kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka sekali lagi.

Dengan memakai baju hitam tanda kegelapan masa depan akibat diselubungi hutang, mereka berarak di atas jalan raya sambil melaungkan slogan membantah PTPTN dan menuntuk pendidikan percuma.

Di Dataran Merdeka, mereka berucap, berkhemah dan ada yang mendirikan solat.

(Mendengar ucapan pemimpin mahasiswa sambil berhimpun)


(Baju hitam yang menjadi tema perhimpunan mereka)


(Sambil berarak mereka melaungkan slogan menentang PTPTN dan menuntut pendidikan percuma)


(PENUH SESAK...perarakan menuju Dataran Merdeka)


(Di Dataran Merdeka, ada antara mereka berkhemah)


(MENUNAIKAN SOLAT....Sambil berhimpun, mereka juga menunaikan solat)
 
comments:
 
Anonymous said...
Tuntut adik2ku..itu haq kita sebagai rakyat malaysia..duit kita bukan duit Bapak dia..Moga allahswt perkenankan doa2 kita...
Asmah said...
Alhamdulillah.. anak2 ku sudah mula sedar setelah sekian lama di bekukan..Wahai anak2 ku kamu mempunyai suara, laungkan hak kamu sebagai penuntut. Ketahui lah dalam zakat sekalipun kamu ada hak sebagai penuntut ilmu...
Anonymous said...
Kita mintak untuk kita.Mengapa susah nak beri?Hutang Ramli Tajudin RM583juta bolih di lupus begitu saja.Banyak cantik begitu senang orang kaya,begitu susah orang miskin.
Anonymous said...
Syabas! pastikan ibu bapa anda semua menyokong PR. Jika mereka ingkar, biarkan mereka yang membayar hutang PT*TN anda. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa ialah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya. Bukan membebankan anak-anak dengan hutan PTPTN
Anonymous said...
wahai anak-anakku gembelingkan keupayaanmu kita singkirkan UMNO BN gampang dlm PRU 13,kita bicarakan dlm mahkamah yg adil dan kita sumbat mereka dlm penjara kita rampas semula harta benda yg bukan milik mereka yg dirompak daripada kita!
Sinner said...
300...? kat sekolah aku 700 org pun yg dok berhimpun tiap2 isnin tu pun sikit lagi dari yg dalam gambar tu.. :P

Kot 3 ribu boleh la tahan skit :P

Apapon, pendidikan percuma ni memang patut dituntut. HAK KITA SEBAGAI RAKYAT.

Kalo sapa yg nak pi swasta tu, ikut dia la. Ini yg awam punya pon mau bayar lagi ka..

Kat kroni2 sendiri, boleh pulak perabih duit berbillion2.. kat rakyat yg berjuta2 ni, tak sanggup plak ye..

Jangan xtau, masih ada rakyat2 yg sokong pendidikan kena bayar ni berbanding percuma.
cucu anjang noh said...
aku cuak kebangkitan anak muda dema lagi power dari aku.
MNazri said...
Syabas anak muda!
Anonymous said...
najib menganggap rakyat malaysia bodoh.. rm500 yg diberikan umpama wang bernilai rm5000 rakyat malaysia ni seolah2 makan tidor ajer.. 1 malaysia ditanggongnya.. padahal rakyat bertungkus lumus bekerja.. untuk dapat sesuap nasi.. segala kesusahan kita lalui, sedangkan org2 umno hidup senang lenang guna air liur aje.. buat fitnah, menipu, mencaci dan mencerca org lain sesuka hati mereka... tak ada langsong rasa takut dgn Allah...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment