Wednesday, April 18, 2012

Re: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan

Ini akan menjadikan rakyat malaysia makin manja dan malas.semua nak free...semua nak subsidi...Sebagai contoh wang bantuan persekolahan. Setiap murid sekolah mendapat wang rm100. Rasanya ia wajar bagi keluarga yang benar2 susah..bukan untuk semua termasuk keluarga yang berpendapatan tinggi..mungkin nilai 100 tak besar bagi keluarga berpendapatan tinggi..tapi amat bermakna bagi keluarga yang miskin. Tapi silapanya kita, bila diberikan kupon pembelian buku rm200, kita gi jual pulak..inilah yang dikatakan tidak tahu menghargai sumbangan kerajaan. 
Pokok pangkalnya, diri sendiri kena usaha..maksud saya dari zaman sekolah lagi kita kena bersungguh-sungguh belajar..sebagai contoh pelajar2 mrsm yang mempunyai keputusan peperiksaan percubaan spm akan ditawarkan pengajian diuniversiti terpilih dan ditawarkan dengan pinjaman MARA..Jika keputusan amat baik,pinjaman ini akan ditukarkan kepada biasiswa..Sepadan dengan usaha mereka.

Ingatlah, mereka2 yang terdahulu pun lagi susah untuk pergi belajar. Mak bapak terpasksa pajak.gadai tanah nak buat belanja anak gi belajar universiti. Lagi susah generasi terdahulu kita untuk menjadi berjaya.Tapi disebabkan kesusahan yang terpaksa mereka lalui, ini menjadi motivasi pada diri mereka untuk berjaya. Berbanding dengan generasi sekarang, saya berani jamin berapa kerat sangat yang betul2 menggunakan wang ptptn untuk menampung pengajian diuniversiti????apa yang di ingikan bila loan masuk???hp baru...modified moto..belanja awek...tak di nafikan, ada orang yang datang dari keluarga yang betul2 susah memang menggunakan sebaiknya duit pinjaman...saya juga seorang bekas mahasiswa IPTA..di biayai oleh MARA..Alhamdulillah, lepas belajar cuma perlu bayar 6k daripada28 k selepas tamat pengajian.Alhamdulillah juga saya ditawarkan kerja setalah 2 minggu tamat pengajian.Sekali sekala tgk u tube tu, cuba carik lagu halim yazid yang bertajuk BANGKIT ASAL..jgn dok dengar lagu2 cinta jer...banyak pengajaran..dari seorang anak peneroka yang miskin dapat masuk ke UM..sehinggalah menjadi pensyarah...

Dapatlah disimpulkan, pelajar zaman sekarang jauh berbeza jika dibandingkan dgn generasi terdahulu..mintak maaf lah kalau ramai yang tak setuju..ini cuma apa yang saya rasakan. kalau rasa kita mampu utk belajar tanpa pinjaman dan tak nak dibebani hutang,jangan terima tawaran PTPTN..ramai2 tolak. mungkin dengan cara ini akan dapat mengubah pendirian mereka untuk menurunkan intrest..


From: MOHD. AZLAN MOHD. ALI <azlan_wpc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 18, 2012 8:07 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan

kalau begini lah caranya,
Malaysia bakal menjadi Indonesia no 2..
apa lah nk jadi sekarang, masa depan.....

mister moderator,
please hide my id.
TQ


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, April 16, 2012 12:27 AM
Subject: RG2011... Fw: Ribuan Mahasiswa Tuntut PTPTN Dihapuskan

 
----- Original Message -----

Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara Tuntut PTPTN Dihapuskan

malaysiaberih.blogspot
 







Ribuan mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti MahasiswaMalaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.




No comments:

Post a Comment