Sunday, April 8, 2012

Re: RG2011... Jasa BR1M?? Pelik....

 

hempp...bertambah lg senarai pekara2 pelik di malaysia..

On Sat, Apr 7, 2012 at 5:28 PM, BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com> wrote:
 

Jasa BR1M?? Pelik....


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Berita yang dipetik dari sumber BHarian 06/04/2012 ini, BENAR-BENAR menghairankan saya. Malam sebelumnya, pertemuan dua beranak ini mendapat liputan menerusi berita perdana. Jika ada yang tidak berkesempatan membacanya, saya sertakan berita penuh di bawah. 


KHADIJAH AWANG (kiri) terharu apabila ditemukan semula anak keduanya, Norhidalyah Awang, yang telah terpisah 21 tahun lalu di Kampung Kuala Mai, Kulau Krau.


Ibu, anak terpisah 21 tahun bertemu semula selepas mohon bantuan

KUALA KRAU: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan bukan saja membantu meringankan beban kewangan rakyat, malah memberi seribu pengertian buat Nor Hidayah Awang, 27, apabila dipertemukan kembali dengan ibu kandungnya selepas terpisah selama 21 tahun. Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Mai, di sini, pernah berputus asa untuk menjejaki ibunya, Khatijah Jaafar, 49, yang gagal ditemui selepas berpisah dengan bapanya sejak beliau berusia enam tahun.

Menceritakan kembali detik pertemuan bersejarah itu, ia bermula apabila suaminya, Khairul Mubin, 27, membuat permohonan BR1M, dua bulan lalu tetapi dimaklumkan suaminya tidak layak. Beliau hairan mengapa permohonan itu ditolak, sedangkan pendapatannya tidak melebihi RM3,000 sebulan. Oleh kerana tidak berpuas hati, Khairul dan Nor Hidayah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh pada 12 April lalu untuk menyemak semula status permohonan tetapi pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama isterinya sudah digunakan oleh individu lain.

Nor Hidayah berkata, beliau meminta butiran peribadi individu yang menggunakan namanya memohon BR1M dan terkejut selepas mendapat tahu individu berkenaan adalah ibu kandung yang terpisah lebih 21 tahun.

"Selama ini, saya cuba mencari ibu di serata tempat dan bertanyakan kepada saudara-mara, tetapi tiada siapa yang tahu menyebabkan saya hamper berputus asa. Akhirnya BR1M yang diilhamkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mempertemukan kami," katanya.

Beliau berkata, selepas mendapatkan alamat dan nombor telefon ibunya, Nor Hidayah memberanikan diri untuk menghubungi ibunya yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Semalam (5 April), kedua-dua beranak itu bertemu di rumah Nor Hidayah di Kuala Mai dalam suasana hiba bercampur gembira.

"Walaupun tidak mendapat wang BR1M, saya mendapat sesuatu yang lebih berharga iaitu dipertemukan semula dengan dengan ibu," kata ibu dua anak berusia 8 dan 10 tahun itu.

Sementara itu, Khatijah berkata, dia menggunakan nama anaknya kerana beliau adalah ibu tunggal dengan pendapatan RM500 sebulan selain ikhtiar terakhirnya untuk menjejaki anaknya. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci di Pejabat Pendaftaran Negara di Kota Bharu, akan menggunakan wang bantuan terbabit untuk membeli barang keperluan harian dan membayar sewa rumah.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan melalui bantuan ini ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin semula," katanya.

*** Tamat petikan ***

Apa yang hendak diketengahkan di sini, bukanlah hendak mempromosikan PM dengan program BR1M, tetapi terdapat KEMUSYKILAN yang wajar dijawab oleh pihak yang berkenaan :

1. Bagaimana seorang makcik boleh mendapat idea menggunakan nama anaknya?
2. Bagaimanakah pihak yang berkenaan boleh meluluskan permohonan makcik, sedangkan maklumat yang diberikan adalah palsu?
3. Semasa mengambil BR1M, bukankah makcik perlu beri kad pengenalan dan ini akan disemak semula dengan senarai yang lulus, maknanya kad pengenalan yang dipegang makcik mesti tally dengan maklumat yang tertera dalam senarai yang lulus.
4. Adakah makcik menggunakan kad pengenalan anak makcik? Bukankah ini satu kesalahan di sisi undang-undang kerana menggunakan kad pengenalan milik individu lain?
5. Apa saja jenis penyamaran, tidak kiralah menyamar sebagai anak atau emak atau sebagainya adalah satu kesalahan.
6. Sesuatu yang tidak kena dengan pemberian BR1M ini. Seseorang individu boleh menyamar sebagai individu lain untuk melayakkan diri mendapat BR1M. Permohonan dan kelulusannya mungkin 'dilonggarkan' jika ada 'cable'?
7. Perkara paling utama yang hendak diketengahkan ialah, takdir Allah yang menemukan dua beranak ini, BUKAN Perdana Menteri melalui BR1M yang menemukan mereka. BR1M cuma 'asbab' akan takdir yang telah diatur oleh Allah Taala. Jika kehendak Allah mereka bertemu semula, mereka tetap juga akan bertemu, bukan disebabkan BR1M. Betulkan persepsi salah ini!

Apa-apapun, satu dunia tahu, MALAYSIA BOLEH!


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤




--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment