Thursday, April 19, 2012

Re: RG2011... Kuasa RELA ditarik?

 

eloklah tu. sebab x rasional nk bg rela kuasa yang tinggi. rela cuma skuad SUKARELAWAN. Pakai akal la skit xkan la nk bg tugas mcm polis tentera. asalnya rela ni mcm JKKK.

hahahahaha. lg pun mmg patut pun sebab RELA ni kan suka buat hal n mengada2. berapa byk dh kes punca dari rela

2012/4/18 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

Gugur hak bawa senjata api

Tak boleh buat tangkapan

KUALA LUMPUR: Kuasa membawa senjata api, menahan dan memeriksa serta menangkap individu disyaki pengganas atau pendatang tanpa izin yang diperuntukkan kepada 2.94 juta anggota RELA akan digugurkan apabila Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA 2012) dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rang undang-undang itu turut menetapkan had minimum umur menyertai RELA dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, selain anggota perlu memperbaharui keahlian setiap lima tahun sebagai langkah mengenal pasti ahli aktif.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan kepada akta baru itu akan dijadikan sebagai standard pelaksanaan operasi dalam tugasan harian seperti rondaan kawasan selain membendung salah laku dan kuasa oleh anggota RELA.

Katanya, penggubalan akta itu bukan saja bagi memastikan badan itu terus relevan dengan tuntutan semasa malah sejajar dengan aspirasi rakyat yang mahu penambahbaikan dalam badan sukarelawan itu.

Rang undang-undang RELA 2012 dijangka dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bagi menggantikan Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat 1964 Pindaan 2005 yang akan berhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 selepas penarikan balik Proklamasi Darurat 1969.

Hishammuddin berkata, RELA adalah aset yang tidak boleh dipandang remeh dan akan mempunyai skop tugas baru merangkumi usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

"Dengan pemansuhan Ordinan Darurat, kita melihat RELA berperanan strategik dan penting (termasuk pemupukan perpaduan kaum)," katanya di Parlimen, semalam.

Hishammuddin berkata, akta baru itu juga menggariskan peranan dan tugas khusus RELA yang tidak lagi tertumpu kepada operasi membabitkan pendatang tanpa izin tetapi diperkasa kepada usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA, rondaan 1Malaysia, rondaan bersama polis dan terbabit dengan operasi aman oleh agensi kerajaan.

Anggota RELA juga akan ditempatkan untuk mengawal keselamatan di sasaran penting kerajaan seperti stesen jana kuasa, pusat telekomunikasi, lapangan terbang kecil di Sabah dan Sarawak, selain menjaga keselamatan di 14 depoh tahanan sementara pendatang tanpa izin.

Katanya, penggubalan akta itu juga akan menetapkan keperluan latihan kepada anggota RELA dan mengutamakan aspek kebajikan pihak terbabit.

"Latihan ini juga untuk pastikan anggota RELA tak dieksploitasi dan lari daripada agenda nasional kerajaan," katanya.

Menerusi peruntukan akta itu juga, Ketua Pengarah RELA boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan RELA atas keperluan penugasan, memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri melantik ahli kehormat dan bersekutu RELA, keperluan membayar elaun anggota, pemberian uniform dan kuasa mengubah haluan motor.

INFO: Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012

Tugas setiap pegawai dan anggota RELA:

- membantu pasukan atau pihak berkuasa keselamatan apabila diminta.

- memberi bantuan mengawal dan mengubah haluan kenderaan bermotor.

- mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat.

- membantu melindungi bangunan atau harta lain milik Kerajaan Persekutuan, - menjalankan perintah dan arahan dikeluarkan Ketua Pengarah selaras peruntukan Akta ini.

Pendaftaran sebagai anggota RELA:

- berumur 18 tahun dan ke atas

- warganegara

- bukan anggota angkatan tentera/pasukan/skim sukarelawan

Tempoh pendaftaran setiap anggota RELA selama lima tahun dan boleh dilanjutkan oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa.

Majikan wajib memberi cuti untuk anggota RELA menjalani latihan, tidak lebih 10 hari pada satu-satu masa.

Majikan dilarang membuang pekerja atas alasan menjalani latihan RELA.

Anggota RELA bertugas dibayar elaun ditentukan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Mana-mana orang yang menghalang atau cuba/membantu menghalang sesiapa mendaftarkan diri dalam RELA atau melaksanakan tugas/kuasa sebagai anggota RELA, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebarang penyamaran sebagai pegawai/anggota RELA adalah kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pegawai atau anggota RELA yang berhenti hendaklah mengembalikan pakaian seragam dan kelengkapan dibekalkan kepadanya, dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan setiap anggota RELA ketika menunaikan tugas hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan setiap anggota RELA.

-BeritaHarian




--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment