Thursday, April 12, 2012

Re: RG2011... Re: Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal ?

 


Sebenarnya lebih senang membuat tuduhan dari mencari jalan penyelesaian yg tak tentu lagi. Saya yg x masuk mane2 tadika pun boleh menilai yang mane betul dan yang mane salah. Kadang2 lebih baik x pandai dari terlebih pandai kerana ianya hanya akan membawa kepada kelalaian dan keburukan - tuduh menuduh serta kata mengata.

Maaf sekiranya ulasana saya ini menyinggung perasaan kawan2 semua ye. Wassalam

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 11 Apr 2012 18:37:36 +0800
To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>; zzxRG09<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: <rezamuar@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Re: Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal ?

 



Waalaikummussalam.
 
Sebenarnya saya malas nak ulas panjang, lagipun tak berapa pandai. Maklumlah, kelulusan
setakat Tadika PASTI aje. Terlebih dahulu, janganlah marah atau ambil hati jika apa yang saya
ulas ni menyimpang jauh, tak banyak ilmulah, katakan.
 
Bab pertama.
Saya rasa tak ada orang yang suka2 nak buat jenayah tanpa sebab2 tertentu. Pernahkah anda
terfikir kenapa semakin hari semakin menjadi2 jenayah kat Msia ni walaupun menteri kata
negara kita yang ke 19 Paling Selamat di Asia?
 
Pada pendapat saya, orang yang berkelulusan seperti saya ni, kerja cuma makan gaji, tambah
elaun + OT, pendapatan sebulan ±1500 bersih. Bayar sewa rumah atau ansuran rumah, belanja
dapur, sekolah anak2, segala jenis bil, berapa lagi yang tinggal? Anda ketawa kerana basic gaji
andapun dah lebih dari gross gaji dia, betul tak? Belum lagi ansuran motor atau kereta buruk.
 
Pada yang ada masa lebih, bolehlah kalau nak buat part time. Kalau ada tanah sekangkang kera,
bolehlah bercucuk tanam segala macam sayur, boleh juga jual kalau ada lebih. Pada yang ada
IMAN, tantu reda' dengan qada' dan qadar Allah, bersyukur dengan rezeki yang ada. Tapi, kepada
yang tak ada segalanya, akibat dari desakan hidup, apa yang boleh terjadi?
 
Anda semua berada dalam golongan sederhana, pernahkah anda terfikir tentang golongan
bawahan ni? Pernahkah anda terfikir macam mana mereka nak menanggung keluarga mereka?
Saya berasal dari kampung, dari keluarga miskin, saya pernah alami apa yang mereka alami
walaupun tidak seteruk mereka. Apakah punca sebenarnya perkara ini?
 
Punca sebenarnya adalah dari harga barang2 keperluan harian kita yang semakin tinggi, macam
tak ada yang mengawalnya. Siapa yang patut mengawalnya? Tidakkah KERAJAAN? Siapa
kerajaan tu? Tidakkah pemimpin yang ada semua bangga2kan tu? Jadi, salahkah jika rakyat
menyalahkan kerajaan? Tidakkah pemimpin tu tugasnya membantu rakyat?
 
Bab kedua.
Sebagai pemimpin yang mendakwa negara kita sebuah negara Islam, kenapa susah sangat nak
laksanakan hukum Islam? Tidakkah MP UMNO lebih 50% jika perkara ini di bentangkan di
Parlimen? Adakah MP PAS tidak akan menyokongnya? Yang penting, bentangkan dahulu.
Percayalah, jenayah di Msia akan jatuh menurun jika Msia melaksanakan Hukum Islam (Hudud)
dalam perlembagaannya. Adakah perogol dan perompak tu berani nak lakukan jenayah jika
diadili dengan Hukum Hudud? Fikirkanlah, ada semua dah matang, berugama Islam pulak.
 
Kesimpulannya.
1 - Rakyat menyalahkan kerajaan kerana kerajaan yang dipimpin UMNO tak pandai mengawal
kenaikan harga barang harian, minyak, bil2 dan sebagainya.
 
2 - Rakyat menyalahkan kerajaan kerana kerajaan yang dipimpin UMNO tak pandai nak
menghapuskan TOL kerana perjanjian bodoh dengan konsensi.
 
3 - Rakyat menyalahkan pemimpin UMNO kerana membenarkan berjuta pendatang asing
masuk dengan beratus ribu diberikan IC. Akibatnya, peluang kerja anak2 Msia dinafikan
kerana majikan lebih suka mengambil pekerja asing dengan gaji yang rendah. Tetapi
orang seperti anda menyalahkan mereka (menganggap mereka memilih kerja) tanpa
mengetahui perkara sebenar.
 
4 - Rakyat menyalahkan pemimpin UMNO kerana sebagai majoriti di Parlimen tapi TAKUT
membentangkan hukum Hudud. Akibatnya, jenayah semakin berleluasa.
 
5 - Rakyat menyalahkan kerajaan kerana menggunakan kuasa executivenya mengawal
Hakim / Mahkamah, PDRM, SPRM dan bermacam2 M lagi.
 
Cukuplah setakat ini dulu. Di harap anda semua sedar, tidak ego, boleh berfikir, matang
dan yang penting, tidak macam lembu NFC dicucuk hidungnya.
 
Maaf, andai terkasar bahasa.
 
Wassalam
 
 
----- Original Message -----
From: reza samad
Sent: Wednesday, April 11, 2012 7:20 AM
Subject: [melayucyber] Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal ?

Assalamualaikum.
Ucapan Selamat Bagi kamu wahai pembaca beragama Islam. Sebagai memperbetulkan apa yang saya lihat dan faham sebagai salah disini inginlah saya bersuara untuk menegur.

Malu.... malu saya melihat sikap orang kita yang terang terang bercakap tanpa ilmu . Nama saja tahu apa itu dosa apa itu pahala , apa itu haram apa itu halal tapi bila mengulas isu-isu semasa dia mula bercakap tak serupa bikin. 
Mengapa pula disalahkan pemimpin bila orang mencuri susu? Adakah salah pemimpin kita bila orang melakukan setiap dosa di Malaysia ni?

Contoh baru baru ni dibangkitkan isu Ibu Rela dirogol perompak demi menyelamatkan anak daranya . Ulasan sebelah pihak disini seboleh- bolehnya menyalahkan kerajaan sebagai punca rogol dan rompak itu berlaku . Apa ini? . 
Apa kata kata kalau sekiranya anak saudara perempuan anda salahkan anda kerana dia ditangkap basah . Adakah anda sebagai bapak saudara atau mak saudara selayaknya dipersalahkan ?Fikir fikirkanlah mengunakan akal yang waras.

selepas ini tak mustahil kalau keluar isu seperti langgar lari dan semua yang disini pakat salahkan kerajaan .







From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 11 April 2012, 0:29
Subject: [melayucyber] Fw: Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal ?

 
----- Original Message -----

Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal Sehingga Ada Yang Terpaksa Mencuri?

Posted by greenboc
 
Sorok tin susu celah kangkang

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. -hm
 
BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.

Ulasan GB

GB ingin melihat isu ini dari perspektif yang berbeza sedikit.

Mengapa kini kerap berlaku adegan mencuri susu di beberapa tempat?

Sebelum ini ada dilaporkan Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu dan kisah Seorang Ibu Muda Terpaksa Curi Susu Demi Anak

Dan ada kisah seorang Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun seperti dilampirkan di bawah.

Apakah faktor sebenar yang mendorong kejadian tersebut berlaku?

Apakah kerana harga susu yang begitu tinggi menyebabkan rakyat tersepit dan terpaksa "mencuri" tanpa takut dengan risiko yang bakal dihadapi?

Jika apa yang GB katakan itu benar, maka akan ada lagi kes curi susu selepas ini.

Laporan sebelum ini


comments:
 
Anonymous said...
Ye harga susu terutama untuk bayi mmg mahal.... Kesian pada mereka yg berpendapatan rendah silap2 susu pekat manis dibancuh untuk mengisi susu anak.. Ibuayah akan buat apa sahaja untuk anak mgkin anak tu kelaparan duit da x ada... Pemimpin taktahu masalah2 ini wpun nampak kecil.
Anonymous said...
apa yg gb katakan itu ada kebenarannya.
jika mencuri susu secara solo mungkin pencuri tersebut samada ayah atau ibu kesempitan wang utk membeli susu formula yg melambung tinggi.
tetapi jika berkumpulan atau ada sendikit, sy kira ia seolah2 menangguk diair keruh. maksudnya mereka menjual susu curi kerana pulangannya sgt lumayan.
sekadar pandangan.
Anonymous said...
memang harga susu sekarang mahal, kesian kat orang2 yang tak berapa mampu, dengan pelbagai tanggungan lagi nak2 anak2 yang dah bersekolah. Memang selalunya rakyat marhaen la jadi mangsa, orang2 atas kebanyakknya mana tau semua tu, dah dari kecik mewah jer semua ditanggung rakyat. Yna duk gembar-gembut pemimpin berjiwa rakyat tang mana pun tak tau la
Anonymous said...
hassan ali jalur tiga kena ambik perhatian. sebab susu, akidah tergelincir. hassan kena perjuangkan harga susu. hehehe
Anonymous said...
Tu laa.. Lain kali kalo nak jadi pencuri.. Belajar pandai kelentong skit lepas jadi ahli politik.. Untung2 jadi menteri.. Boleh ler menyamun tanpa batas.. Ni curi susu kena 3 tahun.. Depa curi berbilion.. Tak caya tanya mamak kutil tu.. Berapa banyak dia dan anak dia sapu.. Lagi disanjungi.. Bahkan terus megah berkata2.. Akulah bapa permodenan malaysia.. Haha3..
Anonymous said...
1.Susu ada jenama,ada kualiti harga mahal
2.Susu 1Malaysia,takda kualiti harga murah maybe beracun
3.oh BE END,rakyat juga yang sengsara....
Anonymous said...
Memang pun, bukan harga susu jer melambung tapi lampin dan segala untuk bayi mahal, termasuk kos beranak di hospital swasta..doktor gaji sampai rm100k sebulan...Mewah dengan perderitaan org lain...


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment