Monday, April 16, 2012

Re: RG2011... SELEPAS PRU 12 SPR SEMAKIN GIAT DAFTAR RAKYAT SEBAGAI PEMILIH.

giat bagi IC kepada mat bangla, indon, nepal etc....rimaslah, tak lama
lagi malaysia nie penuh dengan pendatang tapi warganegara yang di beri
IC oleh BN

On 16/04/2012, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
> 14 Februari 2012 Lebih 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih
> FREE MALAYSIA TODAY
>
> SPR berharap mereka yang layak mengundi menjadi pemilih agar berpeluang
> mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
>
> <http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/31/ec-not-keen-on-%e2%80%98friendly-suit%e2%80%99/abdul-aziz-mohd-yusof/>
>
>
> KANGAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd
> Yusof mengingatkan lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan
> ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, agar jangan menyesal
> jika mereka tidak berpeluang mengundi pada pilihan raya umum ke-13.
>
> Beliau mengharapkan 3,731,134 rakyat Malaysia ini yang layak menjadi
> pemilih agar mendaftar bagi membolehkan mereka berpeluang mengundi pada
> pilihan raya umum akan datang.
>
> Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan
> sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571
> orang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat untuk
> pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai
> pengurus peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
>
> Abdul Aziz berkata ada yang mengambil mudah dengan tidak mendaftar sebagai
> pemilih tetapi mereka pasti menyesal jika tidak berpeluang menentukan masa
> depan negara melalui haknya sebagai pemilih.
>
> "Jika ingin menjadi pemilih, mereka perlu mendaftar awal kerana ia bukan
> proses yang singkat. Pada masa ini 23 peratus rakyat Malaysia yang layak
> mengundi tidak mendaftar," katanya.
>
> Beliau berkata mereka tidak akan berpeluang menyertai proses pemilihan
> walaupun berminat di saat-saat akhir selagi mereka tidak mendaftar sebagai
> pemilih.
>
> Proses pendaftaran pemilih di seluruh negara bagi suku tahun pertama tahun
> ini bermula bulan lepas sehingga bulan depan dan akan disemak pada April
> sebelum diwartakan pada bulan berikutnya.
>
> Bagi Perlis, beliau berkata, pada masa ini sebanyak 130,294 penduduk telah
> disenaraikan sebagai pemilih berbanding jumlah sebenar yang layak mendaftar
> berjumlah 156,150 orang.
>
> Ini bermakna sebanyak 16.6 peratus atau 25,856 penduduk Perlis yang layak
> menjadi pemilih masih belum mendaftar untuk menunaikan hak mereka menjelang
> pilihan raya umum akan datang.
>
> Mengenai pemerhati asing pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Aziz
> berkata setakat ini SPR tidak menerima sebarang permohonan.
>
> "Mereka boleh melawat negara ini menggunakan perbelanjaan sendiri untuk
> melihat proses pilihan raya," katanya sambil menambah SPR
>
> bersedia menerima golongan profesional tempatan yang tidak berpihak sebagai
> pemerhati pilihan raya umum akan datang dan memaklumkan pemerhatian mereka
> kepada SPR.
>
> Mengenai persediaan SPR menghadapi pilihan raya umum kali ini, beliau
> berkata, SPR memang telah bersedia termasuk mengadakan taklimat kepada para
> pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurusnya di
> seluruh negara.* Bernama*
>
> * S/P : SELEPS PRU 12 SPR DAN PARTI2 POLITIK SEMAKIN GALAK MENDAFTARKAN
> RAKYAAT SEBAGAI PEMILIH. BAIK DI TV ,MEDIACETAK ATAU MEDIA MAYA
> HARI2MEREKA MENGIKLANKAN PERIHAL INI. KINI SELEPAS LBIH 3THN HASILNYA
> SUDAH
> SEMAKIN RAMAI RAKYAT SEDAR AKAN KEPNTINGAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH. HARI2
> PEHAK PEMBANGKANG MEMAINKAN ISU PEMGUNDI HANTU DAKWA MEREKA TRLALU RAMAI
> KEHADIRAN PENGUNDI BARU.
>
> APAKAH PEMBANGKANG TIDAK SEDAR PENGUNDI2 BARU NI ADALAH HASIL DRI KERJA
> MEREKA SENDIRI?? IKLAN2 YG MEREKA DAN SPR BUAT SELAMA INI SUDAH MENAMPAKKAN
> HASIL SEBENARNYA. KENAPA PERLU DIPERSOALKAN DRI MANA DTGNYA PENGUNDI2 YG
> RAMAI INI?? APAKAH IKLAN2 YG MEREKA BUAT SELAMA NI TIDAK BERHASIL???
> SEKIRANYA ADA 400,000 PENGUNDI BARU SLPS PRU 12 INI BERMAKNA KERJA YG
> MEREKA DAN SPR BUAT SELAMA INI TELAH MEMBUAHKAN HASIL!!!!*
>
> *
> *
> *
> *
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment