Wednesday, April 11, 2012

RG2011... Anwar kantoi lagi Pasal PTPTN.!

 



 

PKR @ REFORMASI HANYA MOMOKAN SAHAJA...Jangan dilayan lagi dalam Bersih 3.0 Sabtu 28 April 2012

-SERIBU KEKESALAN JELAS DI GAMBARKAN OLEH BEKAS PENYOKONG TEGAR ANWAR IBRAHIM & PKR DALAM KOMEN BELIAU YANG NYATA JUGA INGIN MEMBERI PERINGATAN KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PKR MASAKINI YANG SEOLAH BEGITU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN MEREKA BAHAWA PERJUANGAN MEREKA SEBENARNYA ADALAH SIA-SIA BELAKA!-

Saya diantara yang melarikan diri kerana di sembur polis FRU di kejadian yang berlaku 11 tahun sudah.

Selepas memangkah mereka pada 3 pilihanraya yang lepas kerana taksub dan minat yg mendalam dengan kata-kata keramat REFORMASI UTK MENEGAKKAN KEADILAN...kononnya..lah.

Kini barulah saya sedar rupa-rupanya, REFORMASI dan GERAKAN RAKYAT yg kononnya untuk menegakkan keadilan hanyalah sekadar momokan dan gula-gula utk meraih sokongan rakyat bawahan seperti saya.

Saya tak mengatakan gerakan mereka seratus peratus tidak benar. Tetapi mengikut penilaian saya sendiri, mereka spt yang lain-lain juga cakap-cakap mereka ini yang kononnya mereka lah BERSIH dan JUJUR malah macam malaikat tak pernah buat silap tetapi bila dah ada kuasa, rupa-rupanya mereka pun KOTOR dan PEMBELIT spt org lain juga.

Segala-galanya sudah terserlah.Yang pasti mereka ini tidak ada bezanya dgn yg lain.

Terpulang pada anda utk menerima ataupun tidak..! Tetapi saya menasihatkan kita jadilah manusia yang suka menilai, dan bukan suka mengikut membabi buta.

Jangan hanya kerana hebatnya org itu berpidato kita pun langsung terpedaya dan terpengaruh malah terus terlopong dan terganga mendengar hujahan pemidato hebat ini. Kesian..!

Alhamdullillah Allah tidak memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Saya bersyukur yang amat sgt. "Mereka merancang..Allah juga merancang..Tetapi rancangan Allah lagi tepat dan berjaya"

Seperti kata mereka, UMNO parti yang penuh corrupt, tetapi gerakan mereka sebenarnya lebih membawa kemudaratan terutama kepada Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Tokoh REFORMASI ini mungkin dipanjangkan umur pun paling lama hidup around 15 tahun, katakan..lah. Tetapi negara pada waktu itu mungkin lebih porak peranda dan kucar kacir jika kita memilih manusia spt ini.

Pengalaman lebih setahun memerintah beberapa negeri telah terserlah kelemahan mereka.
Tak payahlah dihurai..kan kerana masing-masing boleh melihatnya sendiri.

KEADILAN UNTUK SIAPA SEBENARNYA? UNTUK RAKYAT? SETAKAT INI, PKR NYATA HANYA "BERPUTAR" DI SEKITAR ANWAR IBRAHIM & KUNCU-KUNCUNYA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI SAHAJA
TAK ADA YANG HEBATNYA UNTUK TOKOH REFORMASI INI..dan juga konco-konconya.
Cukup..lah selama 11 tahun saya tertipu dan terpedaya kepada golongan ini.

/Rakyat Bawahan 

Sumber: komen pembaca bertarikh 03hb Julai 2009 pada posting Gerakan Reformasi 1998 sudah mati? di UMNO Reform

-UnReportedNews™®


PS: Cuba tanya secara ikhlas naluri hati kecil anda sendiri..kemanakah matlamat perjuangan anda? Adakah tindakan-tindakan yang anda ambil atas nama "reformasi & keadilan" dan seruan seorang pemimpin yang "samar & bercelaru" latar belakangnya sama sekali tidak bercanggah dengan segala amalan dan pegangan agama, bangsa dan negara kita?


Berikut adalah entri dalam blog Dr. Khir pada bulan Februari lalu (http://www.drkhir.com/2012/02/hipokrasi-anwar-dan-wajah-ptptn-yang.html).

Thursday, February 2, 2012

Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah

1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri. 

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. 

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang. 

19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya. 

20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang. 

21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman. 

22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat. 

24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.

http://www.drkhir.com/2012/02/hipokrasi-anwar-dan-wajah-ptptn-yang.html

Tahniah Dr. Khir kerana telah lama menjawab isu PTPTN ini. Tetapi mungkin ramai yang tak perasan.

Bila isu ini dimainkan semula oleh Anwar Ibrahim, maka MyMassa postkan entri blog Dr. Khir untuk tunjukkan siapa sebenar munafik besar dalam isu ini. 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment