Sunday, April 15, 2012

RG2011... Fw: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia",

 

----- Original Message -----

Panas: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia", Kubur Pun Mahu Di Satukan Di Kawasan Najib Di Pekan !

PDO
 
 
Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto), akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya. Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
 
 
Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. Tidak timbul persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
 
 
Malah terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib di Parlimen Pekan. Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini. Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak. Kami akan membuat siasatan dan laporan lanjut tentang isu ini. Nantikan pendedahannya selepas ini.

Bukti, kubur Islam di bina satu kawasan dengan jirat Cina di Tg.Agas Pekan

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment