Monday, April 16, 2012

RG2011... FW: [warga_kilang] NGO Wargakilang : Jln-Jln Masuk Kg: Hari Buruh 1 Mei 2012

 

As Salam Semua,

FYI,

Program : NGO Wargakilang - JJMK Hari Buruh
Tarikh : 1hb Mei 2012

Agenda:
8.30a.m : 1st Assy Area -Tol bertam
9.00a.m : 2nd Assy Area - Masjid Bertam
9.30a.m : Bergerak ke lokasi penerima di sekitar Penaga, Pulau Sayak dan Kota Kuala Muda 

Nota:

1) Sumbangan : Barang2 keperluan harian sahaja(makanan dll) utk ibu2 tunggal, kanak2 dan warga emas
2) Tiada kutipan kain baju terpakai utk program JJMK Hari Buruh
3) Tarikh akhir serahan  : 30hb April 2012 , 5.00p.m

Contact person utk penyerahan sumbangan:

Seluruh Pulau Pinang : Shukri 019-5407859 / Wahab 019-4740759
Seluruh Prai : Sattar 019-4766155 / Fendi 012-4097268
Seluruh Kedah Selatan : Aznee 012-4323305 / Monier 012-4128209
Seluruh Perak Utara : Lukman 019-5582626
Luar dari Kedah Utara, Perlis dan Selatan Malaysia: Shukri 019-5407859


Shukri
NGO Wargakilang
019-5407859


 

----- Forwarded Message -----
From: "Othman, Aznee" <aznee.othman@intel.com>
To: "Othman, Aznee" <aznee.othman@intel.com>; "aznee_othman@live.com" <aznee_othman@live.com>; Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>; Wahab <wahab@venture.com.sg>; Mohd. Monier B Mat Din <monier@fujielectric.com.my>; Abdul Sattar <Abdul_Sattar@Jabil.com>; "'Muhamad Efendy Hashim (effendy@fujielectric.com.my)'" <effendy@fujielectric.com.my>; Munir <moniermatdin@yahoo.com>
Sent: Sunday, April 15, 2012 6:00 PM
Subject: Jln-Jln Masuk Kg: Hari Buruh 1 Mei 2012

 

 

Jln-Jln Masuk Kg: Hari Buruh 1 Mei 2012

 

Alhamdulillah, seperti di tahun-tahun yang lepas, kali ini sempena Cuti Hari Buruh di kilang-kilang industri, kami di NGO Wargakilang sekali lagi diberi kesempatan untuk merangka plan bagi expedisi Jln-Jln Masuk Kg memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Oleh kerana kami sudah kerap benar masuk ke kawasan-kawasan “darat” seperti di pedalaman Sik dan Baling kedah, maka kali ini kami memutuskan untuk masuk ke perkampungan Nelayan pula di sekitar kawasan Kuala Muda Penang dan juga jirannya, Kuala Muda Kedah.

Waktu mengikuti rakan-rakan melakukan recce, meninjau dan survey cari senarai keluarga yg layak diberi bantuan; rasa terujalah pulak – kerana kawasan yang kami nak pi ini sebenarnya adalah kawasan yang pernah dilanda Tsunami besar pada tahun 2004 dulu. Secara kebetulannya pula dua tiga hari lepas, heboh satu dunia kemungkinan satu lagi Tsunami bakal berlaku dek gempa bumi besar di sebelah Acheh sana. Teringinlah pulak nak sembang dengan org-org kampong kat situ apa perasaan mereka bila berlaku gempa yang baru ini.

Perjalanan ke perkampungan Nelayan Kuala Muda ini membawa kami melalui kawasan bendang yang terbentang luas menghijau. Sesekali melalui kawasan-kawasan seperti ini, hati terasa tenang semacam. Bila tengok petak sawah padi luas terbentang sejauh mata memandang di kiri kanan jalan, terus hilang rasa tension kerja di kilang.




Di perjalanan seterusnya, kami bertemu dengan deretan bot-bot ikan berlabuh di tebing pantai sepanjang muara, petanda bahawa kami sudah pun berada di tengah-tengah perkampungan Nelayan di Kuala Muda.

 




Melalui contact kami di sana, kami dibawa ke beberapa buah rumah warga emas, ibu tunggal dan juga keluarga nelayan yang hidup dalam kepayahan.

Antara rumah yang kami singgah ialah 3 buah rumah Nelayan Tua yang usia masing-masing sudah pun jauh melangkaui had pencen kebangsaan, tapi masih gagah dan masih sihat untuk terus turun ke laut menangkap ikan. Tapi buat hari ini, trauma gempa di Acheh dan ancaman Tsunami baru-baru ini memaksa mereka berada di darat sekejap sementara menunggu keadaan reda.

Saya dan Sdra Shukri_EES (Timbalan YDP Wargakilang) bergambar kenangan bersama-sama dengan En Abu Bakar 71, En Long 68 dan En Ahmad 74 tahun.

Mereka bertiga ini mewakili keluarga masing-masing terpilih dalam senarai penerima yang bakal kami lawati pada 1hb Mei nanti.

Bersembang kisah suka duka hidup sebagai Nelayan dengan mereka bertiga ini boleh membawa kepada petang. Macam-macam depa cerita, daripada kisah ikan yg dulunya berlambak dok ada, sekarang ini makin berkurang hinggalah kisah harga ikan temenung (ikan kembung) yg dulunya pernah mencecah harga 7 kupang sekilo, sekarang ini sudah jadi RM7 sekilo.

Bersembang pasal Tsunami pulak, kami nak tergelak bila dengar depa cerita kisah pekan Kuala Muda jem pada 7 April waktu gempa baru ini; bukan sebab orang kampong kat situ nak lari keluar sebab Tsunami tapi JEM dengan orang-orang luar dari Sungai Petani, Alor Setar dll pakat serbu mai – NAK TENGOK TSUNAMI.

Hish, ada ka patut depa serbu nak mai tengok tsunami. Depa ingat tengok tsunami macam tengok bola kot? – sekali Tsunami mai, dengan depa-depa sekali nanti kena bungkus!

Berbalik kepada recce kami; mengikut pemerhatian saya, di perkampungan Nelayan ini - sama juga seperti di kawasan Nelayan di Kemaman, Terengganu yang kami kunjungi tempoh hari -ramai sebenarnya keluarga yang layak menerima bantuan; saya cuma nak tulis kisah dua keluarga saja di sini untuk tatapan.

Kakak dalam gambar di bawah misalnya, punyai 3 orang anak yang masih bersekolah, dan dalam masa yang sama tabah menjaga dan menyara ibunya yang berpenyakit buah pinggang yang terpaksa menjalani dialysis beberapa kali seminggu.


Beliau mencari nafkah dengan membuat & menjual kuih dan mencari hasil laut seperti kepah untuk dijual.

Kami berharap sumbangan yang bakal diberikan pada 1 hb Mei ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban untuk beliau dan keluarga meneruskan kehidupan sehari dua akan datang.

Tok Tam, 74 tahun dalam gambar di bawah ini pulak adalah lambang perjuangan seorang Ibu Tunggal yang kental, tabah membesarkan 2 orang anaknya yang OKU seorang diri serta turut menyara adik lelakinya yang bujang (68 tahun) sejak kematian suaminya waktu berusia 38 tahun.



Tok Tam ini amat petah berbicara, cakap macam bertih tak berhenti-henti macam itik nila kat belakang rumahnya. Seronok sungguh sembang dengan Tok Tam ini, macam-macam dia cerita.

Bila ditanya macam mana beliau membesarkan anak-anaknya itu tanpa sumber nafkah yang sempurna, Tok Tam cerita dalam hidup kita ini di mana ada daya di situ ada usaha. Tok Tam cakap di sekeliling kita ada macam-macam punca rezeki, bergantung kepada kita sama ada kita nak atau pun tidak.

 

Tok Tam bersama kapas yang dipetik dari pokok kekabu di sekeliling rumahnya dibuat bantal untuk dijual.

Selain pokok kekabu, pokok kelapa yang banyak terdapat di kampung Tok Tam ini juga menjadi punca rezeki beliau anak beranak.

 

Adik Tok Tam (68 tahun) sedang menyusun lidi kelapa untuk dijual dibuat penyapu.

Harga borong lidi penyapu dari rumah Tok Tam = RM1.20 (Seringgit Dua Kupang) sekilo. Sekilo rasanya boleh buat berbatang-batang penyapu lidi, untunglah peraih dan penjual, tapi tak apalah, asalkan Tok Tam ada punca rezeki halal untuk makan minum beliau sekeluarga.

Tok Tam juga ada cerita waktu beliau masih kuat dulu, kadang-kadang beliau beli secara borong ikan masin dan juga belacan dari lori ikan secara borong, kemudian pack kecik-kecik dan jual dari rumah ke rumah.

Begitulah tabah dan cekalnya Tok Tam meneruskan hidup sebagai seorang Ibu Tunggal . Malulah sangat kita-kita yang kerja kilang atau pun yang kerja swasta ini – sebab kadang kadang kita jadi risau bila ekonomi meleset, takut hilang kerja, anak bini tak ada benda nak makan dan sebagainya.

Untuk pengetahuan tuan/puan, usia Tok Tam sudah pun 74 tahun, masih hidup dan bernafas walau pun pendapatannya hanya bergantung kepada pokok kekabu dan pelepah kelapa. Tabik sama Tok Tam – moga kisahnya ini mampu menjadi iktibar buat kita semua!

Insyaallah 1 hb Mei 2012 ini, kita akan singgah di rumah Tok Tam.

Sesiapa yang berminat nak turut serta, sila bawa barang-barang sumbangan masing-masing, terutamanya barangan keperluan seharian. Kain baju terpakai jangan bawa, kalau ada hantar mai lain kali kat kita untuk dikumpul dan diagihkan dalam program yang berasingan. Tempat Berkumpul: Tol BERTAM, paling lewat jam 8:30 pagi 1 Mei 2012. Kalau yang lewat sila terus ke Masjid BERTAM sebelum jam 9:00 pagi.

Sekian, moga kerja buat kita ini akan menambahkan saham ASA kita (Amanah Saham Akhirat), mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com
14.4.2012
http://www.moniermatdin.blogspot.com

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment