Anwar Tidak Mahu Lupus Hutang PTPTN Di Kolej Universiti Selangor
Published by AIDC on April 13, 2012 | 18 Comments
AIDCNews – 13/04/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menolak cabaran pelbagai pihak yang mahukan kerajaan pakatan rakyat Selangor menjadi perintis melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di kolej universiti di bawah kawalan kerajaan negeri itu.
Sebaliknya Anwar menuding jari kepada kerajaan Persekutuan yang didakwanya bertanggungjawab sepenuhnya untuk melupuskan hutang tersebut.
Anwar berkata demikian dalam wacana politik, "Pendidikan Percuma Apakah Sekadar Mimpi" di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, 11 April.
Isu PTPTN mencuri tumpuan apabila Ketua Pembangkang menabur janji bahawa pinjaman itu akan dimansuhkan jika Pakatan Rakyat berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.
Namun janji berkenaan tidak dimasukkan dalam manifesto Buku Jingga Pakatan.
Beberapa pakar ekonomi dan akademik berpendapat jika dasar itu dilaksanakan, rakyat bakal dibebankan dengan cukai yang tinggi.
Di Selangor kerajaan negeri mempunyai dua universiti iaitu UNISEL (Universiti Selangor) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
UNISEL menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM851,294,429.90 untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.
Manakala di KUIS pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment