Thursday, April 12, 2012

RG2011... MMB - Mereka Memerlukan Bantuan 18 - Setiap muslim wajib bersedeqah.

 


Salam


http://funsterz.com/2012/04/02/a-sketchy-look-at-family-life-funny-video/ ( Family Life )

[9.103] Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sahih Muslim Hadith 961 :
Dari Said bin Abi Burdah ra, dari bapaknya, dari abangnya :
Rasulullah SAW bersabda :
Setiap muslim wajib bersedeqah.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup ( tidak berkemampuan ).
Jawab Nabi SAW :
Dia harus bekerja untuk menafaat dirinya dan untuk dia bersedeqah.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup ( tidak berkemampuan ).
Jawab Nabi SAW :
Menolong orang yang memerlukan pertolongan.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup ( tidak berkemampuan ).
Jawab Nabi SAW :
Mengajak kepada kebajikan atau kebaikan.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup ( tidak berkemampuan ).
Jawab Nabi SAW :
Menahan diri dari berbuat kejahatan, itupun sedeqah.
 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

=================================================================================

From: Mohd Ghani, AslinaX [mailto:aslinax.mohd.ghani@intel.com]
Sent:
Tuesday, January 31, 2012 8:17 AM
To:
Undisclosed recipients:
Subject:
Hulurkan bantuan ringankan beban

 
 
 
10Q and Regards,
 Aslina  
DBSCHENKER LOGISTIC ~ INTEL TEAM
 iNET : 8-614 3320 / 8-614 3308
 Fax    : 8-614 3999
 eMail : aslinax.mohd.ghani@intel.com /aslina.mohamadghani@dbschenker.com
 
 
=================================================================================

From: mohd saiffuddin mohd juman <aif180678@yahoo.com>
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com>
Subject: Mohon Sumbangan Derma utk Adik Muhammad Akyd Fayyadh

As Salam Semua,

Saya bagi pihak bapa kepada adik Muhammad Akyd Fayyadh memohon keperihatian saudara saudari semua untuk membantu sahabat warga kilang  kita Ahmad Nazim Hashim yang bekerja di kilang Flextronics Technology Penang Sdn Bhd Prai , dimana beliau memerlukan anggaran sebanyak RM50,000 bagi menjalankan pembedahan bagi penyakit jantung anaknya ( congenital heart disease).

Setakat ini beliau hanya baru dapat mengumpul sebanyak RM5,000 ringgit sahaja dan masih memerlukan RM45,000 ringgit lagi bagi memenuhi tuntutan ongkos pembedahan. Sila rujuk file yg disertakan untuk surat pengesahan dari Gleaneagles Medical Centre kepada HR dept Flextronics Prai, Surat beranak dan juga gambar adik Muhammad.

Sehubungan dengan ini  saya memohon jasa baik sahabat2 yg berkemampuan dapat membantu sahabat kita Ahmad Nazim Hashim dgn segera. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Nazim sendiri di talian 012-5140354.

Dibawah ini disertakan maklumat untuk perbankkan:

Nama: Ahmad Nazim Bin Hashim
I/C: 791019-07-5023
Akaun No.: 1070-9558-2095
Bank: Maybank

Jutaan terima kasih kepada yg sudi membantu dari segi kewangan dan juga memanjangkan email ini ke mana2 yahoogroups bagi membantu sahabat kita . InsyaAllah , mudah2'an diberkati hendaknya.

Shukri


=================================================================================

Oleh Nurul Nafisah Mazlan
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Anak saya mesti dibedah segera dan tak boleh tunggu lama lagi sebab kuman merebak cepat,� kata Johari Idris, 33, bapa bayi yang menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Muaz Muzzamil Johari, 20 hari, antara dua bayi bermasalah jantung yang menjalani pembedahan pada Sabtu ini dan November depan selepas mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan The New Straits Press (M) Berhad (NSTP).

Johari berkata, anaknya itu menghidap empat penyakit serentak iaitu jantung berlubang, saluran arteri terbalik, sempit dan bocor.

“Semasa anak saya lahir tiada tanda Muaz sakit sehingga pada hari keempat selepas ujian sampel darah doktor mengenal pasti bayi saya menghidap penyakit berkenaan.

“Kami menunggu tiga tahun untuk mendapat anak, baru kini dikurniakan zuriat tetapi tidak sangka pula ini nasib yang diterima tetapi kami reda,� katanya ketika ditemui di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Sementara itu, Lim May Ling, 19 bulan, yang sudah dua kali menjalani pembedahan saluran pernafasan dan pemakanan pada Oktober tahun lalu bakal menjalani pembedahan ketiga, bulan depan kerana saluran injap jantungnya bocor.

Ibunya, Chen Shieh Tyng, 29, berkata, May yang hanya seberat tujuh kilogram cergas dan aktif sehingga jika dilihat dengan mata kasar, dia langsung tidak menunjukkan ciri sakit.

Kedua-dua bayi berkenaan bakal menjalani pembedahan di hospital sama dengan kos rawatan masing-masing RM60,000 dan RM34,000. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama pesakit berkenaan di belakang cek itu.


=================================================================================


Saya baru kehilangan kereta perdana v6 plet WHU 8096 di Alor Setar awal pagi tadi (30/3/2012), kereta warna merah seperti dalam gambar...

Minta bantuan kawan2 semua beri maklumat dengan menghubungi saya (Ubaidillah) di talian 0122344544 kalau ada menemui kereta tersebut

Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)






=================================================================================




As Salam Semua,

FYA, utk makluman semua kawan2, kutipan utk Wakaf Surau Pondok Ahmad Nahu masih berjalan seperti biasa dan kita memerlukan lagi 65% dana untuk melaksanakan fasa pertama.  Sila refer email dibawah. Any issue please contact Coordinator Aznee Othman (aznee.othman@intel.com -012-4323305)

Shukri
NGO Wrgakilang
019-5407859
 
From: Othman, Aznee
Sent: Wednesday, August 03, 2011 2:40 PM
Subject: RE: [warga_kilang] Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat <perancangan awal pondok ahmad nahu>
 
 Assalamualaikum tuan/puan
              Sempena kedatangan bulan ramadhan ini, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat menyumbang kearah pembaikan Madrasah Ahmad Nahu, di pendalaman Sik, Kedah.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan/puan. Setakat ini, pihak pondok baru mencapai 1/3 daripada target.
          
        Sumbangan untuk projek ini boleh disampaikan melalui account AGROBANK bernombor 1-00-5101-00003934-0 diatas nama " MADRASAH AHMADIAH ADDINIYAH ISLAMIAH".  Saya hanya mohon makluman kepada saya melalui email diatas untuk tujuan record.
 
             Disertakan article article yang lalu yang ditulis oleh rakan-rakan saya berkenaan pondok ini. Moga ada manafaatnya.
 
 
  
   
Jln-Jln Masuk Kg: Allah Melihat Apa Yg Kita Buat
Alhamdulillah, penglibatan dalam gerak kerja NGO telah membawa dan mendedah kami kepada kawasan-kawasan yang begitu pedalaman, walau pun masih dalam Malaysia, tapi sesetengahnya tiada liputan TV dan tiada papan iklan "Ini wilayah Celcom/Maxis atau pun Digi". Bertemu dengan pelbagai kisah yang sebelum ini cuma sesekali muncul tersiar di kaca-kaca TV atau pun media arus perdana, membuatkan kami jadi lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini.
Di weekend yang lalu, saya selaku Pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility) di tempat kerja dan bersama seorang lagi sahabat, sdra Aznee yang mewakili team team CSR kilang beliau dan Tn Haji Fendi, Pengerusi Surau sebuah kilang di Kulim Hitech Park, kami masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sik, Kedah dalam agenda kami bagi mencari senarai keluarga yang bakal kami kemukakan kepada kilang masing-masing untuk aktiviti amal di bulan ramadhan mendatang.

Riki/survey kami untuk seketika terhenti di sebuah perkampungan pondok, yang beberapa bulan lepas pernah kami kunjungi ke sana.

Waktu itu, kedatangan kami telah dimaklumkan terlebih dahulu; lantas dengan segala kekurangan yang ada, hampir seratus orang anak murid Ustaz Kamil, Mudir pondok berkenaan bertungkus lumus bergotong royong memasak dan mengadakan kenduri menyambut kunjungan kami itu.

Selain menyerahkan barang-barang makanan dan kitab-kitab yang dikirimkan kawan-kawan, kami turut mengadakan sedikit majlis ceramah motivasi ringkas untuk berkongsi dengan anak-anak muda di situ tentang konsep jati diri dan mengekalkan istiqamah dalam apa jua bidang ilmu yang diceburi.






Waktu nak solat Zohor di rumah Ustaz yang juga merupakan madrasah rasmi pondok berkenaan, kami memandang sesama sendiri tatkala bunyi keriak-keriuk papan kayu lantainya jelas kedengaran bila ramai-ramai naik sembahyang di situ.


Waktu solat memang tak berapa nak kusyuk seolah-olahnya macam solat di atas rakit, belum dikira lagi suasana panas dan peluh yang amat merimaskan tatkala sembahyang zohor waktu mentari tengah panas terik, berbumbungkan atap zink yang tiada sejuk siling untung melindungnya.



Habis majlis,
bila kami tanya Ustaz, mana rumah beliau? Ustaz hanya tersenyum, dia habag kata bilik dinding sebelah tempat kami solat itulah rumah beliau, dan ruang solat tempat kami sembahyang itu pula adalah tempat anak-anak muridnya menadah kitab, tidor, qiyam, tadarus dan sebagainya.

Bila saya turun ke bawah, bila saya lihat rumah Melayu Tradisional ini dari jauh, saya naik kagum, dan wonder bagaimana sebuah rumah kayu biasa macam ini mampu menjadi magnet, mampu menjadi madrasah utama, mampu menarik mereka yang entah dari mana-mana untuk datang membina berpuluh-puluh pondok buruk di sekeliling Rumah Ibu ini untuk menadah ilmu di situ. Alangkah hebatnya Tok Guru asal yang mula-mula mengasaskan Pondok ini, Pondok Mat Nahu tak jauh dari empangan Beris, Sik Kedah.






Itu beberapa bulan yang lepas tatkala kunjungan kami dimaklumkan secara rasmi.
Di weekend yang lalu, kami ke sana tanpa memaklumkan terlebih dahulu; secara kebetulan Mudirnya, Ustaz Kamil tiada si situ kerana ke luar atas urusan peribadi.

Waktu itu matahari tengah panas terik, bila saya naik ke dalam ruang solat itu, masyaallah anak-anak muda yang kami temui hari itu masing-masing sedang tidor bergelimpangan di antara rehal-rehal yang masih terbuka. Mungkin dah jadi rutin depa, macam pengalaman saya keluar dengan satu kumpulan dakwah suatu ketika dulu, tidor pada waktu tertentu. Saya masuk sekejap saja, tapi terus turun keluar kerana bahang panas haba matahari atap zink itu begitu terasa sekali; rasanya kalau salai udang hat harga sekilo RM25 itu kat celah-celah atap zink itu, kejap aja boleh makan dah. Nak habag kata kuat sungguh bahang panasnya; macam manalah budak-budak ini boleh survive dengan keadaan macam ini?

Sebab itu, sahabat saya sdra Aznee (gambar di bawah) tanpa dirancang, dia habag kata elok kot kalau this time kita tumpu sat kat Pondok Mat Nahu ini, war-war kat kawan-kawan tolong cari bantuan simen ka, pasir ka, mozek apa ka, nak buat tempat solat dan dewan pengajian yang sedikit selesa untuk budak-budak ini.



Bukanlah nak buat bangunan Masjid yang harga juta-juta mcm di kota-kota itu, cukup sekedar macam pondok orang berteduh kat tempat air terjun di kawasan peranginan nu, ada bumbung ada lantai marmar, tiang kiri kanan depan belakang sebagai asas, tak ada dinding pun tak pa, biar angin masuk kiri kanan, insyaallah selesa lah sikit untuk budak-budak itu menadah kitab dan beribadat. Kemudiannya nanti, siapa-siapa yang ada rezeki lebih, pakat-pakatlah mai tambah sorang sikit bagi lengkap.

Sembang pi sembang mai, dalam agenda seterusnya dengan bantuan Ustaz Ismail Mahmud, Mudir Pondok Bandar Hilir, Sik Kedah merangkap Pengerusi HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah) kami berbincang dengan Ustaz Kamil, Mudir Pondok Mat Nahu ; beliau memang amat berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi membantu memperbaiki atau membina baru madrasah di pondok Mat Nahu ini.

Untuk itu, kepada yang berminat memberi sumbangan dalam bentuk barangan seperti simen, pasir, kayu, bumbung dan sebagainya, bolehlah hubungi sdra Aznee at 012-4323305 sebagai co-ordinator.

Untuk seketika, perjalanan riki/survey kami masuk kg untuk mencari keluarga yang akan disalurkan bantuan sempena ramadhan ini terhenti buat seketika, insyaallah dua tiga minggu lagi pencarian tersebut akan diteruskan semula.

Kepada rakan-rakan yang berminat menyertai kami dalam JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) Bulan Ramadhan seperti di beberapa musim Ramadhan yang lalu, sila ikuti makluman selanjutnya di Facebook kami at "wargakilang".

Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai satu balasan pahala yang berkekalan di Akhirat sana; insyallah ALLAH sedang melihat apa yang kita buat seperti mana catatan di bawah yang kami temui di dinding papan Madrasah Pondok Mat Nahu ini.




Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
 

.













=================================================================================


PERLUKAN PERHATIAN SEGERA :
Rumah perlindungan Al Nasuha kini didiami oleh lebih 80 penghuni terdiri dari kanak-kanak dan wanita. Bayangkan 2 unit rumah teres 2 tingkat didiami seramai tersebut. Kami perlukan tempat yang lebih selesa dan luas. Hubungi 017-9354323 (UMI)  jika anda ingin memberi cadangan atau sumbangan kearah memberikan tempat tinggal yang lebih selesa kepada penghuni Rumah Perlindungan Al Nasuha


Rumah
 Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor
Telefon : 017-9354323 (UMI) 

Nombor Akaun MAYBANK atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM AL NASUHA 564829000530

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih

=================================================================================

Kepada Tuan / Puan  .
Minta budi bicara & ikhsan serta jasa baik Tuan / Puan hebahkan & war-warkan email ini buat menyumbang @ mengembangkan sedikit sebanyak bakti kepada syariat Allah SWT & penganutnya, insyaAllah. Saya sudahi dengan ucapan ribuan Terima Kasih.
 
Wassalam
 
Penulis,
Mohamad Afzanizam Maad.
 
       ' Hak-hak wanita ' ataupun seorang isteri acap kali kita dengari dilaungkan.Ia telah menjelma menjadi penentu agenda pada hal , sehinggakan atas alasan-alasan memperkatakan soal wanita dalam kelompok masyarakat umum telah seolah-olah sukar menunjuk kepada gender apakah pemahaman diiringi tafsiran yang boleh diterima & dipenuhi dari sudut penerimaan.
         Namun sebaliknya rata-rata dalam kehidupan masyarakat hari ini seolahnya hampir tiada timbul langsung mempersoalkan ' Hak-hak lelaki '@ Suami  kita ' mendengar' ia diperkatakan & diselidiki. Apakah telah sempurna seorang lelaki @ suami itu mendapatkan haknya yang sepatutnya dari seorang wanita @ isteri ? Walhal......
                   " Sesungguhnya hanya yang menjalankan perlaksanaan tanggungjawab berhak menuntut haknya ".
         Wallahualam bissawab. 
          Seorang wanita pernah datang menemui Baginda (SAW) lalu berkata , & diakhir ucapannya kepada Baginda (SAW) dia bertanya kepada Rasullullah SAW ;
.........' Sedang kami kaum wanita @ isteri , kamilah yang memelihara mereka (lelaki / suami). Kami akan mendapat apa ?.Lalu balas Baginda (SAW) didalam sabdanya (maksudnya), mahfumnya ;
' Tidak pernah aku lihat , dengar , perkataan / pertanyaan sebaik ini '.Tambah Baginda (SAW) lagi ;
' Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai ,bahawasanya TAAT kepada suami , MEMENUHI hak-hak suami SAMA pahalanya dengan Jihad. TETAPI SEDIKIT sahaja diantara kamu yang melakukannya '.
                                                                                                                                                              (Hadis dari Ibn Abbas)
          Kesimpulannya adakah setiap dari dalam diri pasangan kita khususnya wanita @ isteri benar-benar peka , maklum & menyedari tanggungjawab & hak masing-masing dalam erti kata lain tidak ' Buta Hak ' sehinggakan sampai menggaburi hak & kewajipan ?
          Jesteru buku ini merupakan titik tolak kepada tapak asas pengetahuan yang ingin dikongsi bersama-sama, BUKAN mencari kelemahan , malah jauh sama sekali buka aib kepada umum.
          Ia adalah sebuah buku memperincikan hal bagaimana wanita (isteri) , pengetahuan yang mendalam perihal lelaki @suami dari sudut syariat,fitrah,kemahuan,saintifik,fitrah,hubungan intim,tindakan dsbnya termasuk perkara-perkara yang sukar wanita fahami malah yang jadi lelaki susah terjemahkan namun lelaki sangat-sangat mahu wanita mengetahuinya.Diharap ia membantu kita semua menjawab persoalan-persoalan di dalam jiwa kita semua.InsyaAllah..Wassalam.

Daripada
Mohamad Afzanizam Bin Maad
 

 
                                                                                                menjadi  JAUHARI
          yang mengenal  MANIKAM
 
     Bagaimana Wanita Sedaya – Upayanya
     Mempersiapkan Dirinya Memahami
           Perihal Dalaman Lelaki
 
…...…" Demi Allah SWT yang membangkitkan Engkau sebagai Nabi , aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini "
      Kefahaman yang cuba disampaikan melalui penulisan buku ini & bahan rujukanya mampu dengan jelas mengupas , merungkai salah faham , ketidak fahaman yang terbit dari kehendak jiwa , khususnya wanita .
      Pendedahan menerusi pelbagai ceruk & sudut dalamannya merangkumi penjelasan syariat ,perihal fitrah kaum lelaki,minda,keinginan ,kemahuan, hubungan intim, perlakuan, tindakan dan sebagainya.
     Hanya pemahaman mendalam yang selaras dengan kehendak-kehendak jiwa yang dipacu Hidayah melalui aqal yang dibimbing oleh wahyu Ilahi sahaja mampu memberikan kesejahteraan meluas terhadap kehendak - kehendak jiwa manusia .
    " Dan tiada yang memahaminya kecuali   
        orang- orang yang berilmu " .
    (Al-Quran,surah Al-Ankabutt :ayat 43)
             Sesungguhnya manusia itu menjadi  musuh kepada perkara-perkara yang tidak mereka ketahui.
      ( ilmu pengetahuan mengenainya )
  Saidatina Aisyah berkata ;
  " Jika wanita-wanita itu tahu akan hak-hak 
    suaminya nescaya mereka akan sanggup 
  menyapu debu-debu ditelapak kaki suaminya 
           dengan muka mereka ".
      Penulis ingin mengambil kesempatan jua mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga buat mereka-mereka yang banyak menjadi sumber inspirasi serta ilham sehingga terhasilnya buku ini,yang terlibat secara langsung berlapang dada berkongsi kemusykilan, buah fikiran serta berkongsi rasa dan kerisauan dalam berhadapan persoalan-persoalan hidup yang menuntut diri mereka dan penulis dipertemukan dengan ketentuan Nya sehingga mencetuskan dorongan buku ini berjaya dihasilkan.Buat bimbingan bersama yang sedikit sebanyak memberi petunjuk buat pedoman dan cahaya menerangi kesamaran,kekosongan dan kebuntuan serta hilang arah bila berhadapan dengan konflik yang melanda dalam jiwa.
    Bagi memahami dasar yang selaras dengan kehendak-kehendak jiwa,buku ini diharap mampu memberikan jawapan yang jelas mengupas, merungkai salah faham,ketidak fahaman tersebut menerusi matlamat semata berkongsi pengetahuan serta fahaman yang betul & bukan mencari kelemahan ,malah jauh sama sekali buka aib kepada umum.
 
  Antara petikan-petikan isi kandungan didalam buku ini ialah ;
 
…,,Suami yang goyah pengetahuan agamanya , mudah dipengaruhi akal yang singkat dan kurang bersikap rasional akan mudah menyebabkan timbul bibit-bibit konflik dalam rumah tangga. Apa yang harus wanita sedaya upayanya lakukan ialah…..
 
…..sebenarnya telah menyebabkan lelaki lain mati pucuk akibat…..
 
…..Maka inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan…..
 
Hanya 2 orang yang mempunyai kuasa ini ….. sehingga seseorang itu akan dimurkai oleh Allah SWT sekiranya kita menyakiti hati mereka atau hanya menyinggung perasaan mereka apatah lagi walau perbuatan itu tidak disengajakan.Sebagai contoh ;…..
 
Itu baru setengah sahaja ,bagaimana atau dimana yang separuh lagi atau apakah keseluruhan HAK SUAMI itu ?.....Pernahkah ANDA (wanita) terfikir atau tahu jawapannya ?
 
KETAHUILAH anak tersebut tidak akan bahagia , baik anak lelaki mahupun perempuan maka akan jadi penzina
 
31) Mana-mana wanita yang selesai solat lalu…..maka akan ditolak amalan solatnya.
 
  Tetapi jika anda (wanita) mahukan kedua-duanya iaitu dikagumi dan dicintai oleh lelaki , anda (wanita) yang harus pertamanya (m/s 42, jika seorang isteri itu mengharap cintanya berbalas maka…..).
 
Jadi , pada hari kiamat kelak , tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat dan beramal soleh serta tidak mengabdikan diri kepada Tuhan ketika di dunia , dan inilah dimaksudkan dengan sebenar-benar ujian.
 
…..Bukti menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan rengsa , sekaligus menggalakkan transmisi HIV.
 
3……90 % Gagal Kuruskan Badan
  Sebab utamanya ialah kerana…..
Akhirnya kurus sekejap sahaja , setiap kg yang hilang datang kembali bersama beberapa kg lagi sebagai bonus.
 
4. Formulasi Penurunan Berat Badan
  ( Ideal 30 Hari )
 
  Hari Pertama
 
  Minum banyak…..
 
Rahsia – rahsia seks lelaki
  Ia adalah merupakan rahsia yang sukar diluahkan pada wanita namun lelaki sangat-sangat berharap wanita berusaha untuk mengetahuinya . Ada kalanya lelaki…..
 
Barangkali kata-kata ini ada membawa maksud yang perlu kita awasi dan perhalusi akan maknanya yang tersirat disebalik yang tersurat.
 " wanita menggunakan seks…..
 
Paling tidak disukai isteri ialah apabila si suami habis melepaskan hajatnya dan dia merasa lega , terus isteri tidak dipedulikan malah dibiarkan saja terkapai-kapai keseorangan disisi.
  Buat pengetahuan anda , wanita tidak lagi…..
 
Jalan yang terbaik bagi wanita yang mengalami keputihan…..sebelum penyakit menjadi serius.
 
…..oleh itu belajarlah dari kesilapan , jangan mudah menuding jari…..
 
Salah faham yang sering berlaku dimana apa yang terjadi apabila lelaki berbicara dengan wanita , kata-kata yang diucapkan banyak bertentangan dari apa yang dimaksudkan. Ini kerana lelaki…..
 
Antara sebab utama timbulnya kemarahan lelaki terhadap wanita ialah…..
 
Kandungan tajuk-tajuk buku " menjadi JAUHARI yang mengenal Manikam " ini ialah :
 
                                         
                                        KANDUNGAN                                         Muka surat
(1)   Pengenalan                                                                                  10-18
     (Pemahaman Serta Maksud)
(2)   Kepentingan Wanita
           (Bagaimana Kecapi Jiwa &Perasaan
            Sihat)                                                                                          18-19
           (Cara Praktikal Yang Sihat
           Menghadapi Tegangan & Konflik)                                                19-20
(3)  Pedoman Bagi Gadis                                                                    20-23
(4)  Khusus Untuk Gadis & Wanita                                                     23-26
           (Kekal Ayu Semulajadi)
(5)   Perihal Yang Tidak Wanita Ketahui :                                            29-30
        (i ) Tanggapan meleset yang perlu
      diketahui apabila berkahwin
      dengan lelaki
        (ii) 2 Orang Yang Punya  Kuasa Mutlak                                           30-35
       (iii) Redha Suami Yang Bahagia                                                        35-43
       (iv) Tingkatan Peranan Kepada Suami
             (kedudukan disisi suami)
           a.Isteri Siddiqin   (mulia lagi terpuji)                                                  43
           b.Isteri Muqarrabin (terpuji )                                                         44-45
           c.Isteri Solehin    (baik)                                                                    45
           d.Isteri Fasik      (hina)                                                                  45-46
       (v) Rahsia Wanita Yang Dijanjikan                                                    46-52
            Syurga
      (vi) Perihal Dibenci Suami                                                                  52-55
           (Senarai 25 Perkara)
    (vii ) Perihal Tentang Lelaki                                                                  55-58
            (Senarai 32 Fakta)
(6)   Inilah Lelaki Yang Harus Wanita                                                  58-64
            Kenali & Fahami     
(7)   Erti Bicara Bahasa  Badan Lelaki                                                 64-66
      (8)   Bagaimana Mengenali Mereka                                                     66-69
            (Lelaki Baik & Buruk)             
(9)   Rahsia Tangan Yang Mampu                                                       69-73
      Menggoncang Dunia 'Air Tangan'    
(10) Seks Adalah Ubat Kesihatan                                                      73-79
            Yang Baik
           (Kesempurnaan Seks)
            Pemberi Vitamin Berganda
(11)Bagaimana Suami Dapat                            
      Di rangsang Keinginan Seksnya                                                   79-81
      Rahsia-rahsia Seks Lelaki                                                            81-83
     (12)Pengkhususan :                                                                            83-90
           Buat Usaha-usaha Mencapai        
           Kebahagiaan Rumah Tangga          
    (13) Jangan Lupa Menjadi Isteri                                                          90-93     
           Bila Bergelar Ibu       
    (14) Cara Serta Lokasi Bangkit Ghairah                                              93-96
           Lelaki
    (15) Sentuhan Luar Biasa                                                                    96-97
          ( Langkah Goda Suami Hebat         
            Menggauli Isteri)           
          Pedoman Goda Kasih Suami                                                        97-98
   (16) Urutan Jejari Kasih @                                                                 99-100
          Cakaran Harimau 
   (17) Pertengkaran Dalam Rumah Tangga                                           100-103                                  
   (18) Amaran Serta Azab Untuk Wanita                                             103-105
   (19) Aurat-aurat Wanita                                                                    106-110   
          (17 Keterangan)
   (20) Himpunan 55 Permata Syurga Buat                                            111-123    
         Wanita Solehin (dari Rasululllah SAW)
   (21) Cara Syaitan Laknatullah                                                           123-135  
        Membogelkan Wanita
        Fakta :Punca Mati Pucuk                                                             135-137
  (22) Fitnah                                                                                         137-140
  (23) Untungnya Wanita                                                                      140-144
  (24)Ovari                                                                                           144-146
  (25) Beringatlah Apabila Lelaki…                                                       146-148
  (26) Wanita & Ancaman HIV                                                             148-150
  (27) Bahaya Masturbasi Kepada Wanita                                             150-152
 (28) Jenis Senaman Baik Untuk                                                               153
         Prestasi Wanita
        (Cara Senaman Kemut)     
(29) Senaman Kacip Fatimah                                                               153-155
(30)Urutan Payu Dara                                                                          155-158
(31)Petua Kesihatan Wanita                                                                 158-162
  1.Tempe Baik untuk Wanita
  2 .Info  Kecantikan                                                                            162-163
    (Bahaya UV:UVa,UVb,UVc)
  3. 90 % Gagal Kuruskan Badan                                                        163-164
  4. Formulasi Penurunan Berat Badan                                                  164-167
    (Ideal 30 Hari)
  5 Makanan Cantikkan Kulit                                                               167-169
  6.Panduan Menjaga Alat Sulit Wanita                                                169-174
    12 Serangan Kuman Bakteria
    Terhadap Faraj
    Langkah-langkah Pencegahan&                                                      174-176
    Syor Bagi Penjagaan Alat
    Kelamin Wanita
  7. Kesan Dioksin dalam Tuala Wanita                                               176-178
(32) Khasiat Herba (23 Jenis)                                                              178-180
(33) Jenis Herba Tradisional Buat                                                        181-187
      Kesihatan Dalaman & Luaran
      Wanita
    (kecergasan,kempis perut,kitaran haid,
    senggugut,keputihan,lendir-lendir &
    gatal-gatal pada faraj,kesuburan,libido
    (penurunan keinginan seksual),luka
    dalaman,payu dara,kulit,penuaan
    menopause,immunisasi dalam badan,
    sakit pinggang & belakang,masalah
    buang air kecil & besar)
(33) Info Herba                                                                                 187-189
    Dukung Anak,Daun Limau Purut,
    Daun Misai Kucing,Daun Hempedu
    Bumi,Daun Pegaga,Daun Jambu,Daun
    Ulam Raja,Daun Emas Cotek,Selasih
    Hitam,Pohon Serai,Petai,Mengkudu.
(34) Penutup                                                                                      189-206
      Bonus                                                                                         206-208
      Kekal sihat dalaman                                                                      206-208
      Hubungan Kelamin Isteri                                                               208-251
              (tidak puas)
 
                                         HARGA : RM 30.00 (M'sia shj)
                                ( 'Tidak' termasuk pengeposan ke Sabah & Sarawak)
 *** Buku TIADA di pasaran luar atau mana-mana kedai menjual buku .
Sebarang pesanan buku ini bolehlah diemailkan kepada  excellentnizam@yahoo.com
" seorang itu tidak menemui Allah SWT dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya

=================================================================================




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. Hati-hati di here. Tidak Ada yang DAPAT Membantu anda di sini ATAU Sebaliknya menyarankan Bagaimana Anda bebas untuk mendaptkan Bantuan Kewangan. Links Setiap jawapan anda Makam pemberi Pinjaman Kredit Atas soalan anda, You need to mengabaikan, karena Bye Apakah Penipuan ... penipuan Yang NYATA ... Saya ADALAH korban Yang Saya robek Ribuan dolar ... Baik terima kasih Tuhan Untuk saudara Kristen yang dimaksudkan Jogja Untuk Sebuah organisasi Pinjaman Yang dibentuk Oleh Beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
    Bye Membuat Hidup Saya Yang berharga dan memberikannya MAKNA. Ketika adik memberiku semata-mata Untuk Untuk kenalan lanjut, Saya Menghubungi dia. Bye menyetujui Pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan Dalam 48 jam Setelah Bertemu semata-mata Untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, Pinjaman Jogja disimpan di rekening bank Jogja Tanpa fake. Saya menyesal Akan Jumlah hidupku, Karena Pada Takat waktu Jogja Hanya bercerai ayat Masjid Sultan Jogja anak, dan anak Jogja (Ridwan) dihadapkan Dengan budak Hidup dan Mati. Jangan ragu Untuk Menghubungi melalui E-mel: Claraloans@financier.com. Untuk Pertanyaan lanjut. Saya hubungi melalui: Yunitanurudeen@gmail.com

    ReplyDelete