Sunday, April 8, 2012

RG2011... Sokong Bershit Boikot anti-murtad

 

Bersih 3.0 guna mengagungkan SALIB ... apa maknanya???? Reply with quote

 

PAS Sokong Demo Bersih, Boikot HIMPUN Anti Murtad

April 6, 2012   ·   41 Comments
pas-tolak-himpun
Baru saja beberapa hari lepas Pesuruhjaya Pas Selangor menyatakan kepada umum perihal pendirian Pas yang lebih mendahulukan politik berbanding pendedahan isu murtad oleh Dr Hasan Ali, semalam pula Timbalan Presiden Pas Mat Sabu telahpun membuktikan kenyataan tersebut adalah benar & sahih.
Dalam kenyataan rasmi di sidang akhbar semalam, Mat Sabu telah menyatakan kesediaan Pas untuk mengembleng tenaga ahli & penyokongnya bagi menjayakan demonstrasi Bershit 3.0 yang akan diadakan pada 28 April nanti di Dataran Merdeka.
"Saya menyeru ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih. Kita anggarkan kehadiran dalam setengah juta rakyat untuk menunjukkan kesungguhan rakyat hendakkan pilihan raya yang bersih dan adil," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, 05 April 2012
Pantas betul respon Pas sebaik sahaja NGO Bershit 3.0 mengumumkan perancangannya untuk mengadakan demonstrasi pasal pilihanraya, laju je pemimpin Pas angguk-angguk tanda setuju.
Jauh berbeza jika dibandingkan dengan 6 bulan lepas punya cerita dalam hal melibatkan NGO HIMPUN yang mengadakan perhimpunan aman anti murtad di Stadium Shah Alam, usahkan kenyataan sokongan rasmi pimpinan tertinggi Pas, sedikit pun tiada galakan diberikan kepada penyokong & ahli Pas untuk menyertai program tersebut sekalipun diketahui tujuannya ikhlas demi menyelamatkan akidah ummah.
"Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut," - Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, 19 oktober 2011
Untuk 100 tahun mendatang pastinya cucu cicit kepada pemimpin Pas akan sentiasa menepuk dahi masing-masing tiap kali fajar menyingsing tanda kekesalan mereka dengan sikap luar tabie tok nek mereka yang ternyata lebih mengutamakan matlamat politik duniawi berbanding tuntutan akidah.
Hal ehwal agama hanya bernilai bagi Pas sekiranya ia membawa keuntungan politik saja. Inilah sikap Pas yang hakiki sejak dulu kala hingga kini. Jadi penyokong dan ahli Pas yang baru berjinak-jinak dengan Pas usahlah terkejut beruk melihat sikap luar tabie yang sudah mendarah daging dalam batang tubuh pemimpin Pas.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment