Friday, May 11, 2012

Fw: RG2011... Fw: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil?



ibarat haram carlsberg dan genting....tokey dan pemegang saham byk melayu....hahaha....


----- Forwarded Message -----
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, May 7, 2012 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil?

 
 

Haram "Bersih 3.0", Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah

PDO
 
KOTA BAHARU, 7 Mei - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) hari ini mendakwa fatwa pengharaman mengenai perhimpunan haram yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah bersifat berat sebelah. Dalam kenyataan melalui laman sosial facebooknya, Nik Abdul Aziz berkata fatwa berkenaan dikeluarkan dengan hanya menggunakan 'sebelah mata' sahaja. "Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?" katanya dalam kenyataan tersebut. Semalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Nik Abdul Aziz sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang membenarkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
 

Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil?

Posted by greenboc
Shah Alam, 5 MEI: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 dan berkata ia bukan untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya menuntut sistem pilihanraya yang telus dan adil.

Menurut beliau, kerajaan pusat pimpinan Umno-BN tidak sepatutnya takut terhadap tuntutan himpunan tersebut sekiranya mereka selama ini menang dengan cara yang telus dalam pilihanraya sebelum ini.

"Takkan Bersih nak gulingkan kerajaan. Mereka menang selama ini bersih ke?" soal beliau di satu majlis makan malam di sini.

Dalam lawatannya ke Kelantan baru baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Bersih ingin menjadikan Dataran Merdeka seperti Tahrir Square di Mesir tahun lepas yang menjatuhkan presiden negara itu Hosni Mubarak.

Jelas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sistem pemerintahan yang dianjurkan Islam merupakan sistem yang terbaik memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara lain.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa negeri Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi cara urus tadbir yang dilakukan oleh Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz.

Katanya, Pakatan tidak harus patah semangat dengan segala tomahan yang dilemparkan oleh Umno-BN dalam usaha Pakatan untuk menawan Putrajaya dan mengingatkan semua pihak bahawa ujian lebih besar akan menanti apabila berjaya memerintah kelak.

Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kelantan. Ia bertujuan untuk mengumpul dana pilihanraya ke-13. Turut hadir Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pas Kelantan.

Turut diadakan lelongan barangan peribadi milik Nik Aziz selain persembahan dikir barat dari Kumpulan Dikir Barat Warisan Darul Naim.
-selangorku

Sah sungguh ke k'jaan BN ini?

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak tepat.

Malah Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan pula sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.

"Bila timbul masalah Bersih di sebut ketua kerajaan yang pergi Kelantan kelmarin, Bersih ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh ke kerajaan ini?" soalnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis malam pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Kelmarin Najib dilaporkan berkata, bahawa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Najib berkata tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir." ujar Najib.

Kepincangan perlu diperbetulkan

Walau bagaimanapun, Nik Aziz berkata masih terdapat kepincangan yang perlu diperbetulkan kerajaan berhubung prosedur pilihan raya yang ada di negara ini.

Ini membabitkan pengundi hantu yang masih belum dapat dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Datuk Presiden PAS sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh cabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah.

"Kamu (kerajaan) kata sah tapi akhirat kelak kebanyakkan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu," ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan adalah untuk mengutip dana bagi negeri itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
-FMT


comments:
 
Anonymous said...
najib tu jaDI PM SEBAB UMNO INGAT JASA BAPAK DIA .KALAU HARAP KEBOLEHAN DIA SENDIRI,,,,,TAK MAMPU..MANA ADA KEBOLEHAN.
Anonymous said...
Orang yang percayakan kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti rasuah, membunuh, melakukan fitnah, menindas etc. Jadi, persoalan di sini adakah Utusex Malayu, IGP, Hishamuddin, Najib, Mamak Kerala dan lain-lain ini percaya kepada Tuhan?
Anonymous said...
satu agama, satu mazhab, sama2 ulamak... tp fatwa bertentangan... pening kalau x cukup mengaji...


No comments:

Post a Comment