Monday, May 21, 2012

RE: Re: RG2011... Re: Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

 

Terdapat satu hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi berbunyi:

Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah

 

Menurut Al-Khathaabi rh., terdapat 2 wajah didalam hadith ini, iaitu :-
1. Orang yang berpegang dan berperangai mengkufurkan nikmat manusia dan meninggalkan terima kasih kepada mereka, merupakan perangai mereka yang kufur terhadap nikmat Allah, dan meninggalkan rasa syukur kepadaNya.
2. Sesungguhnya Maha Suci Allah tidak menerima syukur hambanya keatas kebaikkanNya jika hamba itu tidak berterima kasih keatas kebaikan manusia.

Al-Khataaabi mensifatkan mereka yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, merupakan mereka yang tidak mengenangkan nikmat yang tuhan telah kurniakan kepada mereka. Beliau juga mensifatkan juga bahawa prasyarat diterima amalan kebajikan seseorang ialah ia harus berterima kasih kepada orang telah menolongnya bagi mencapai objektif kebajikan tersebut agar diterima oleh Allah swt.
Al-Khataabi juga menyatakan bahawa hadith ini menjelaskan sifat manusia yang tidak suka berterima kasih kepada manusia lain
(ego centric) dan juga hadith ini sebagai seruan kepada manusia agar menghargai sumbangan rakan-rakan lain didalam usaha kebajikan tersebut.

Ada beberapa syarat-syarat bersyukur(berterima kasih) kepada manusia, dan diantaranya ialah :-
1. Syarat kebajikan ini ialah bertolong-tolongan kearah taqwa dan bukan kearah kemaksiatan, sebagaimana didalam firman Allah swt :-

“Dan bertolong-tolonglah kamu didalam kebajikan (Al-Birr) dan Taqwa" - [al-Maa'idah 5:2]

2. Syarat yang kedua ialah bersyukur itu haruslah datang dari tanda keikhlasan, dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau pun amalan 'mengampu'. Sheikh Ibn Utsaimin mengatakan jika terdapat unsur menunjukkan diri (riya') maka amalan tersebut akan terbatal - null and void - katanya :" Apabila berlakunya riya' (menujuk-nunjuk) dan tidak menolaknya : maka pada masa itu semua ibadatnya terbatal”. Allah swt memerintahkan manusia agar ikhlas beribadat kepadanya sebagaimana didalam firmannya :-

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). - [Al-Ghaafir 40:14]

Berterima kasih keatas sumbangan manusia atas sumbangan mereka dengan cara memuji kebaikkannya, menyatakan dengan perkataan yang baik dan mendo'akannya.

Diriwayatkan oleh Tirmudzi, Al-Nasaai, Ibnu Hibban, dari usamah bin Zaid :-

"Barangsiapa yang melakukan keatasnya kebajikan maka katakan padanya : [Jazaka Allahu Khairan] Moga Allah membalas kamu dengan kebaikan, maka telah disampaikan pujian"  

at-Tirmidzi mengatakan hadith ini hassan jayyid gharib dan telah disahihkan oleh Al-Albani.

Cuma didalam mengucapkan rasa syukur kepada orang yang bukan Islam diatas pertolongan mereka, memadailah dengan mengucapkan "Terima kasih" atau "thanks" dan tidak boleh (haram) kita mendo'akan keatasnya seperti "Jazaka Allahu Khairan".

Begitulah serba sedikit sikap berterima kash kepada manusia atas pertolongan kebaikkan mereka, yang akan membawa ibadat kita diterima oleh Allah swt. Perlu diingat bahawa bersyukur ini perlulah ikhlas dan atas dasar kebajikan yang dibenarkan didalam syara', menunjukkan rasa penghargaan yang disertakan dengan doa' moga Allah membalas jasanya dengan ganjaran yang baik. wallahu'alam


Rujukan :-
1. Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid.
2. Sheikh Muhammad Salih ibn Al-Utsaimin. Majmu' fatawa - 2.. Riyad : Muassasah Ibn Al-Utsaimin, 2000.

 

 

Kesimpulan saya:

Memadailah ucapan penghargaan terima kasih kepada kerajaan…

Bersyukur atas anugerahNya itu wajib dan sbg tanda syukur juga adalah ditegaskan utk melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan laranganNya..

Maka, dah kalo kerajaan atau pemerintah pun tak tunjuk bersyukur… memang tak patut juga nak soh org tunduk atau sujud syukur kat dia..

 

Sekian terimakasih.. sila renung2kan…

 


From: respeks_group@yahoogroups.com; on behalf of; MDROZALI MOHDNOR [mdrozali.mohdnor@samsung.com]

Sent: Friday, May 18, 2012 9:27 AM
To: shreddervirtuoso; respeks_group@yahoogroups.com; YUSNI ZAHAR; ROSLI ROHANI; duan rasul; nizar wij; HAMDAN JAMALUDIN

Cc: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; IG
Subject: Re:  RG2011... Re: Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

 

kesian bahan pencuci tk cukup kuat....

apa kau kata.......

 "Tapi berterima kasih pada majikan sendiri adalah tuntutan Allah juga."

so ada Nas dan Hadith ker bila tk terimakasih jd berdosa ?????

tp fatwa NAJIMAH lg best... jd HARAMJADAH

 

------- Original Message -------

Sender : shreddervirtuoso<shreddervirtuoso@gmail.com>

Date : May 17, 2012 15:10 (GMT+07:00)

Title : Re: RG2011... Re: Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

 

Ya rezeki itu dari Allah, Tapi berterima kasih pada majikan sendiri adalah tuntutan Allah juga. JANGAN TIPU KALAU SEJAK DARI DULU HINGGA SEKARANG PENEROKA FELDA TIDAK MERASA PENINGKATAN TARAF HIDUP MEREKA!

2012/5/17 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>

 

jgn lupa atau buat-buat lupa.. rezeki tu daripada Allah.. BN hanya perantara..

Kalau Allah tak nak bagi.. BN pun x boleh bagi apa pun!

rezeki jgn ditolak.. musuh jgn dicari.. tak kesahlah dia dari parti mana pun, kalau Allah dh bagi rezeki, terima jelah.. bersyukur...

wa tertarik dgn tajuk 'SILA KELUAR FELDA JIKA KUTUK KERAJAAN'..

jika KUTUK HUKUM ALLAH ATAU TOLAK HUKUM ALLAH.. kita nak keluar ke mana??

nak keluar dari bumi Allah ni??

 

 

Rock sokmo..

 

From: ust <ustmdcd@gmail.com>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Sent: Thursday, May 17, 2012 1:59 PM
Subject: Re: [chainz_of_frenz] Fwd: Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

 

 

....kata tak boleh dapat..ada yang cabar sanggup "  potong jari aku nie " buktinya sekarang..semua ahli FELDA dapat !!! Muka tak tau malu....ada sorang pemimpin PAS dari Johor tu dakwa " Felda sudah bangkrap ??? " ....

AJK PAS Antara 50 Ahli PAS Ambil Cek Durian Runtuh Felda Semalam @NajibRazak @AhmadMaslan

 

 

Laporan Utusan Malaysia muka 19 hari ini Khamis 17 Mei 2012 melaporkan berita seperti tajuk yang disiarkan di atas.

AJK dan ahli-ahli PAS yang mengambil 'durian runtuh' semalam adalah peneroka di Felda Jengka 15 Pahang.

Kehadiran mereka adalah bukti nyata bahawa mereka sebenarnya malu untuk mengakui kejayaan Kerajaan BN mengurus Felda hingga berjaya menjana pendapatan besar melalui penyenaraian FGVH.

Walaupun hati masing-masing mahu menikmati hasilnya yang disediakan oleh Felda.

Ini kerana rata-rata pemimpin PAS hari ini menentang penyenaraian FGVH bukan menyokongnya.

Pendedahan ini bertujuan memberitahu kepada Mazlan Aliman NGO Anak bahawa ahli PAS dalam diam menyokong usaha baik Kerajaan bukan menolaknya.

Jangan kita menghalang para peneroka menikmati hasil kejayaan Felda kerana dengki melihat kejayaan demi kejayaan telah dicapai.

Majoriti orang Felda ialah orang kita seagama sebangsa dan merekalah yang telah berpuluh tahun membantu Felda untuk memajukan negara.

Jangan pelik jika tahap kesetiaan mereka kepada BN tetap kukuh kerana mereka sedar tanpa Kerajaan sudah tentu hilanglah masa depan menjadi peneroka Felda yang berjaya dan juga generasi anaknya.

Kesenangan hari ini bukti bahawa dengan Felda anak cucu mereka telah berjaya dengan izin Allah Taala melalui Barisan Nasional.

 

 

 

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment