Wednesday, May 23, 2012

Re: RG2011... Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya

 

PATUT LE NUAR LPAS MSA PRBICARAAN KES LIWAT 2. LA NI ALLAH NK TNJUK, ROPEYA2 PEGUAMCARA NI DIA PUNY GENG. LUMAYAN MASYUK NMPAKK...

Pada 22 Mei 2012 4:21 PTG, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> menulis:
 


Hafiz Yatim & Ahmad Fadli KC
3:07PM Mei 22, 2012

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

NONE"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.

Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.

NONEMohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Pendakwaraya kes Liwat II mewakili Anwar dalam tuduhan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden hari ini menyertai kumpulan peguam Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.

Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.

Yusof (gambar) telah bersara dari Jabatan Peguam Negara.

"Saya menerima panggilan dari Anwar semalam. Saya tidak teragak-agak," Yusof memberitahu para pemberita di mahkamah hari ini.

"Saya menerima panggilan dari Anwar semalam dan saya tidak teragak-agak," Yusof memberitahu wartawan apabila didekati di mahkamah hari ini.

"Beliau mempunyai hak untuk memilih peguamnya," Yusof berkata.

Yusof menekankan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan politik dan merupakan seorang "profesional" yang "rela dan berupaya" untuk membantu Anwar apabila diminta menyertai kumpulan peguamnya.

"Saya seorang agen bebas," katanya.

Yusof juga berkata bahawa beliau "tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan" dan tidak mempunyai percanggahan kepentingan.

"Saya bukan menyertai sebarang parti politik. Saya cuma seorang peguam," beliau berkata.

The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.

Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Abdul Ghani sekarang, Yusof cuma berkata "tiada komen".

Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.

Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.

Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.

Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam "selari dengan norma antarabangsa" dilaksanakan.

Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.

Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini.

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment