Tuesday, May 15, 2012

Re: RG2011... BERSATU DEMI ISLAM

 

Islam memang mengarah kepada natijah persatuan Ummahnya demi agama bukan kerana bangsa atau wassatan semata-mata. Oleh yang demikian kenapa satu pihak yang ada dinegara ini tidak setuju dengan hukum islam dan satu pihak lagi setuju tapi ambil jalan bersekutu pula dengan mereka yang ingin orang Islam memasuki lubang biawak?
 Dalam hal ini sepatutnya kita melihat tindak tanduk pihak yang tidak ingin malahan benci kepada Islam untuk memakmurkan negara ini dengan beberapa strategi halus dan nyata mereka, antaranya tidak menerima peraturan Islam tapi menerima perkara yang hampir atau serupa dengan amalan mereka. saya ingin menarik perhatian semua pihak yang berkenaan kenapa sistem pendidikan dipinda sesuka hati hingga hilang soal tulisan jawi, belajar Alquran dan hykum hakamnya? Laporan Razak dan Rahman MANA PERGI SEKARANG INGIN BINCANG PULA?  Apakah orang melayu terlalu bertoleransi hingga ke lubang biawak baru sibuk dan yang paling sibuk adalah dekat pru macam-macam isu timbul bila dah berkuasa hampas? oleh sesuai kita fikir dengan pemikiran bijaksana agar keadaan ISLAM tidak lenyap ditelan zaman. Jangan jadikan retorik perjuangan politik! Kalau kita lihat secara mata hati jika difokus kepada waktu orang Islam mati yang diterima Allah SWT adalah doa muslim dan muslimat dan yang nyatanya orang bukan Islam tidak ada. Agak-agaknya kita nak mati nanti siapa yang perlu ada disamping kita?
 
Kenyataan ulama yang tidak bergelar ular dalam semak memang sedar Islam Adalah Jalan Penghidupan ini tapi sayang kepentingan Politik menjadi agenda pihak tertentu dan yang sedih bila ada orang mengatakan keperluan Islam sebagai urusan hidup dipandang sinis dan dibuang jauh-jauh dengan label taksub, fundemetal, kunon, tidak membangun serta berbagai lagi. Pembilaannya tak menyeluruh kalau adapun hanyalah kesampingan dan isu pinggiran sahaja. Keadaan sekarang kita tergadai agama dan bangsa kerana kepentingan politik sesuatu pihak tertentu.
 
Mungkin kematian umat Islam nanti tak perlu di Solatkan atau suruh pihak berkenaan bertafakur sahaja????? Lontaran ini kita fikir bersama serta mendidik anak cucu kita ke arah yang benar lagi betul atas Islam ways of life.

From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
To: Al Falaah Group <al-falaah@yahoogroups.com>; Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; Ingatan Group <ingatan@yahoogroups.com>; PenawarKu <Penawarku@yahoogroups.com>; Perisik Rakyat <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; RG09 group <respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatTazkirah <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 13 May 2012, 14:54
Subject: RG2011... BERSATU DEMI ISLAM

 
Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.
Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.
"Satu negeri tak diberi royalti, mesti ada pihak yang marah dan ini realitinya, zalim kepada saudara sendiri, puncanya ialah gila kuasa.
"Jangan terpengaruh dengan politik kerana kita semua tahu hala tuju apatah lagi kita ini orang Islam yang mempunyai ajaran yang jelas," kata beliau yang menjadi ahli panel Wacana D'Raja di Kelantan Trade Centre di sini malam tadi.
Wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu diadakan sempena Karnival Walk With Me yang berakhir hari ini.
Wacana dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia, Datuk A.Aziz Deraman.
Dua ahli panel yang lain ialah Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat dan Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu.
Wacana kali ini membicarakan tajuk "Bersatu Demi Islam".
Dr Johari pula menegaskan bahawa umat Islam sememangnya boleh bersatu sekiranya meletakkan Islam sebagai asas dan perpecahan berlaku apabila masyarakat Islam meninggalkan ajaran Islam itu sendiri.
"Semua manusia mempunyai destinasi sama iaitu alam akhirat, jadi ia tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah, sejarah membuktikan manusia menjadi lemah kerana tidak berpegang kepada agama," katanya.
Katanya, generasi yang benar-benar memahami Islam sukar dibentuk kerana sistem pendidikan lebih memberi keutamaan kepada fardhu kifayah berbanding fardhu ain sehingga pelajaran agama bukan menjadi syarat lulus dalam peperiksaan.
"Apabila Islam tidak diikuti dengan betul, maka berleluasalah gejala social, ditambah pula penguatkuasaan yang lemah," katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata, Melayu diajak bersatu apabila ada desakan dan cabaran dari luar.
"Orang Melayu diajak bersatu bila negara dijajah dan kempen perpaduan juga muncul ketika perayaan tertentu seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul sedangkan semangat perpaduan sepatutnya sedia tertanam dalam jiwa.
"Kita lebih memberi tumpuan kepada perpaduan nasional berbanding perpaduan Islam sehingga membantutkan usaha ini sehingga kini. Susah sampai masanya idea perpaduan lahir dari sanubari umat Islam itu sendiri," katanya.

===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment