Friday, May 18, 2012

Re: RG2011... Fatwa: Siapa Yang Memalukan Umat Islam?

 

Ada umporno baru....

junior naik senior lps ni....

majlis fatwa tgh pikir tarian punggung kot...

apa fatwa nk bg lps ni....

 

------- Original Message -------

Sender : Hilmi_Budiman<hillmayms@gmail.com>

Date : May 17, 2012 13:21 (GMT+07:00)

Title : Re: RG2011... Fatwa: Siapa Yang Memalukan Umat Islam?

 

 

Mat Sabu berkata, fatwa mengharamkan Bershit 3.0 itu sangat memalukan umat Islam dan dibuat secara tidak adil kerana ia dibuat sebelum siasatan mengenai keganasan yang berlaku di himpunan itu dilakukan......
Masa Khalid MB Selangor p melutut kat gereja minta maaf sblm siasatan selesai takpa pulak dah...dasar mat sabun

2012/5/15 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
 

 

Antara Pemimpin PAS Syiah Dan Majlis Fatwa: Siapa Yang Memalukan Umat Islam?

oleh DukeOfMontecristo [mykmu.net]

mat sabu ambiga

 

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam marah benar pada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Mat Sabu berkata, fatwa mengharamkan Bershit 3.0 itu sangat memalukan umat Islam dan dibuat secara tidak adil kerana ia dibuat sebelum siasatan mengenai keganasan yang berlaku di himpunan itu dilakukan.

Dia juga menuduh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai bertindak melebihi dari Allah kerana dikatakan bertindak bermuzakarah tanpa berpandukan kepada siasatan atau saksi.

"Hebat" betul Mat Sabu. Atau lebih tepat lagi, "hebat betul Mat Sabu berkurang ajar dengan DYMM Yang DiPertuan Agong!".

Tahukah Mat Sabu bahawa DYMM Yang Dipertuan Agong adalah penaung kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan? Mereka dilantik Baginda Tuanku Yang DiPertuan Agong dikatakan berlagak melebihi kuasa Allah?

Jika begitu, bagaimana kedudukan Yang DiPertuan Agong? Apakah Mat Sabu meletakkan kedudukan Baginda Tuanku lebih tinggi dari Allah SWT juga?

Apakah Mat Sabu fikir Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu bermuzakarah dengan berpandukan kepada cerita dari budak-budak tadika yang belum cukup umur baligh?

Apakah Mat Sabu berpendapat bahawa Jawatankuasa tersebut berijtimak berpaksikan kepada kitab injil, taurat atau syiah sepertinya?

Dan apakah Mat Sabu fikir bahawa Jawatankuasa itu tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, jahil, tidak tahu istinbat hukum Al-Quran dan Sunnah, serta bodoh-bodoh belaka seperti dirinya?

Sebenarnya, siapa yang memalukan Islam? Mat Sabu dan konco-konconya, atau para ulama muktabar yang menganggotai Jawatankuasa Majlis Fatwa tersebut?

Sesungguhnya, Mat Sabu dan sekutu-sekutunya itulah yang mencemar, memalukan, menghina dan menjatuhkan imej Islam di mata dunia, khususnya di negara ini.

Islam tidak ajar umatnya merusuh, merancang sesuatu yang membawa kemudaratan kepada umum dan tanahair. Islam tidak menyuruh umatnya bersekutu dengan pihak yang anti-Islam, menyokong agenda memurtadkan umat Islam dan menggalakkan seks songsang!

Islam melarang umatnya untuk memperalatkan agama untuk membakar emosi penganutnya untuk bertindak diluar kawalan dan ganas sehingga menyebabkan kematian!

Islam tidak suruh Mat Sabu mencarut, memaki hamun, menyerang dan memukul saudara seagamanya dan sebaliknya berkasih sayang serta berpeluk-pelukan dengan golongan yang tidak mahu menegakkan syiar Islam di dunia ini.

Rasanya, suami kepada 2 orang Normah ini perlu membeli cermin paling besar di dunia dan cerminkan dirinya sepuas-puasnya.

Jika dibandingkan ketinggian ilmu dan fahaman agama di antara Mat Sabu dan salah seorang ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa, siapa yang lebih hebat agaknya?

Rasanya, ilmu agama budak sekolah menengah lebih bagus berbanding Mat Sabu yang berkiblatkan ajaran syiah ini.

Sebenarnya, kenyataan Mat Sabu yang menghina ulama-ulama Islam itu telah pun diberitahu oleh Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu di mana Baginda SAW bersabda bahawa golongan ulama di akhir zaman akan dihina dan dicerca oleh mereka yang jahil tentang agama.

Rasulullah SAW juga sangat benar dalam sabdanya bahawa di akhir zaman ini, berita yang benar dan haq akan dianggap sebagai fitnah manakala tohmahan serta fitnah pula yang dianggap sebagai sesuatu yang benar untuk dipercayai.

Jelas sekali bahawa Mat Sabu dan kenyataannya itulah yang disabdakan Rasulullah SAW. Pada saya, Mat Sabu wajar dikecam habis-habisan oleh seluruh umat Islam di negara ini sebelum dia mendapat kutukan Allah SWT di padang Mahsyar nanti. Wallahu'alam.




 

 

BERSIHbe a good ctzen

Mohd Rozali Mohd Nor

( QUALITYCONTROL)

easydail : 5222

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment