Wednesday, May 9, 2012

Re: RG2011... Fw: Patutlah TNB Untung Besar..3X tipu rakyat Malaysia..!

 

Terima kasih atas maklumbalas tuan,
harap dapat tuan dapatkan maklumbalas ke atas pernyataan warna merah
  1. BLOK PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG MENINGKAT SECARA PROGRESIF
  2. Pengguna Domestik / Kediaman:
    • Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.
    • Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.
    • Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman (4.4 juta pengguna);
    • Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
    • Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)

  3. WUJUD ITEM BARU KUMPULAN TENAGA BOLEH BAHARU YANG DITANGGUNG RAKYAT? BILA BAGI TAU ? APA MAKNA ? TUJUAN APA?
  4. Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif-inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
  5.  
  6. SUBSIDI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN ?
apa maknanya subsidi kerajaan persekutuan itu
kadar bil telah mengikut kadar garha gas semasa, kenapa pula ada subsidi
ke mana ia pergi, kenapa catat dalam bil
jika ada subsidi itu, kenapa tak deduct dalam bil pengguna
bukankah kerajaan dah bayar kosnya?

kadar subsidi itu berdasarkan apa, per MW ke atau % berdasarkan bil atau ???


sekadar ingin tahu hal sebenarnya



From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 9, 2012 12:29 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Patutlah TNB Untung Besar..3X tipu rakyat Malaysia..!

Berkuatkuasa 1hb Jun 2011, kadar tarif elektrik baru akan diperkenalkan. Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai tarif elektrik baru ini:
  • Tarif baru ini mencerminkan kenaikan harga gas (daripada RM10.70 bagi setiap mmBTU kepada RM13.70 bagi setiap mmBTU) dengan harga arang batu masih dianggarkan pada USD85 se tan (CIF) (sebagaimana harga yang digunapakai semasa semakan tarif pada Mac 2009).
  • Kadar tarif semasa juga akan mengalami peningkatan bagi menampung sebahagian daripada kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas yang kali terakhir dilaksanakan pada Jun 2006. 
  • Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif-inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Secara rumusan, ciri-ciri utama kadar baru tarif elektrik adalah seperti berikut:-
  • Tarif purata akan meningkat sebanyak 7.12%. Kenaikan ini disebabkan oleh:
    • Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan
    • Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.
  • Pengguna Perindustrian: kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 10%).
  • Pengguna Perdagangan: kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 8.35%).
  • Pengguna Domestik / Kediaman:
    • Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.
    • Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.
  • Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman (4.4 juta pengguna);
    • Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
    • Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)
  • Pengguna Tarif Industri Khas (Special Industrial Tariff, SIT) akan mengalami peningkatan sekitar 10%. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pemberian subsidi kepada industri secara berperingkat-peringkat. Walaupun dengan peningkatan kadar tarif ini, pengguna SIT akan terus menikmati kadar tarif yang masih lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar tarif pengguna Perindustrian biasa.
  • Diskaun 10% terhadap bil elektrik yang pada ketika ini dinikmati sekolah-sekolah Kerajaan, institusi pengajian tinggi Kerajaan, tempat-tempat ibadat dan institusi-institusi kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan akan dikekalkan. Pemberian diskaun 10% ini juga akan turut ditawarkan kepada institusi-institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.
  • Diskaun yang lebih tinggi untuk penggunaan elektrik di luar puncak oleh pengguna Thermal Energy Storage (TES) dan pengurangan kadar Firm Standby untuk Co-generator bagi menggalakkan inisiatif Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga dan Demand Side Management (DSM).
  • Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembentungan (water treatment, water distribution and sewerage companies) akan dikategorikan di bawah Tarif Perindustrian.
  • Rebat elektrik daripada Kerajaan kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011.
  • Kerajaan juga akan memperkenalkan Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass Through, FCPT) bagi sektor pembekalan elektrik. Di bawah Mekanisme FCPT ini, kos bahan api akan disemak setiap enam (6) bulan dan sebarang perubahan (kenaikan atau penurunan) dalam kos bahan api akibat ketidaktentuan harga bahan api (seperti gas, arang batu dan minyak) akan dipindahkan kepada tarif pengguna.


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, May 5, 2012 12:10 AM
Subject: RG2011... Fw: Patutlah TNB Untung Besar..3X tipu rakyat Malaysia..!

 

 

Patutlah TNB Untung Besar..3X tipu rakyat Malaysia..!!!

Penulis: msa2012 



  1. BLOK PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG MENINGKAT SECARA PROGRESIF 
  2. WUJUD ITEM BARU KUMPULAN TENAGA BOLEH BAHARU YANG DITANGGUNG RAKYAT? BILA BAGI TAU ? APA MAKNA ? TUJUAN APA? 
  3. SUBSIDI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN ? 
MASUK KAT TNB TU YANG YANG UNTUNG BESAR Dah la semalan umum TNB untung RM2.59 Bilion dan pada masa yang sama PETRONAS subsidi RM2Bilion harga gas dan minyak? Petronas itu kat hak RAKYAT MALAYSIA.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment