Thursday, May 24, 2012

Re: RG2011... Gambar Gadis Penari Tiang Yang Didenda RM 25 FAIQAH AZIZAN

 

Salam alaik,

Ini setakat yang masuk berita. Yang tak masuk berita, lagilah ramai. Mereka ialah anak-anak TERNAKAN. HAH ?! TERNAKAN ??!!!

Satu ketika dahulu, kalau orang tua-tua bertembung dengan anak-anak yang berkelakuan jijik dan tak senonoh, mereka bertanya 2 soalan sahaja:

=> Anak siapa ni ?

=> Apa jadi mak bapak nya?

Maksudnya, yang berkelakuan jahat ni macam anak-anak terbiar.

Dari situ, ia akan sengaja dijadikan perbualan hangat ( buzz ) dalam komuniti sehingga sampai ke telinga Mak Bapak. Mak bapak pulak akan ambil tindakan yang cukup supaya tak berlaku lagi. Samada berlaku lagi atau tidak, diluar jangkauan mak bapak. YANG PENTING, mereka sudi ambil tanggungjawab.

Mak bapak sekarang mungkin lebih sibuk berPOLITIK, sibuk MENUNTUT HAK, sibuk dengan DRAMA dan PESTA BOLA. Lantas tidak ambil peduli terhadap anak-anak sendiri. Apabila anak-anak jadi setan, penagih dan pelacur, gunakan FORMULA POLITIK, iaitu SALAHKAN itu dan ini, yang pasti tak salahkan diri-sendiri.

Sedangkan masalah ini semua tak boleh selesai dengan budaya dan fikiran politik. Ia hanya akan selesai apabila Mak Bapak kembali kepada nilai-nilai Islam, iaitu AKHLAK BAIK.

Satu perkara yang akan terus-menerus berlaku. MANUSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN JAHAT. Islam dan Muslim, hanya tinggal pada nama sahaja. Di permukaan sahaja. Yang baik sikit, hanya sekadar memenuhi Rukun Islam secara fizikal sahaja. Rukun Iman jadi samar-samar tinggal perkataan. Hanyut entah kemana.

Mengapa MANUSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN JAHAT? Jawapannya mudah. Mak Bapak bukan lagi contoh yang baik di rumah ....  Mak Bapak mereka telah berubah menjadi PENTERNAK ANAK, iaitu mereka ialah manusia yang terhasil daripada keperluan seks MAK BAPAK sahaja. Memang tersangatlah malang generasi akan datang jika Mak Bapak sebegitu.

Memanglah SEKS SELEPAS NIKAH ITU HALAL, tapi tanggungjawab tidak terhenti di situ setelah dapat anak. Syok mau, tanggungjawab tak mau.

Jadinya kita hanya boleh memilih 2 perkara :
No.1. MENJADI PENTERNAK ANAK atau
No.2. MENJADI IBUBAPA BERWIBAWA.

Jika memilih NO.2, ia semuanya bermula dengan niat baik, menuntut ilmu dan mengambil tanggungjawab. Didiklah anak-anak dengan akhlak.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: adam <adam582700@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, May 23, 2012 3:36 PM
Subject: Re: RG2011... Gambar Gadis Penari Tiang Yang Didenda RM 25 FAIQAH AZIZAN

 
Duit banyaknye dlm handbag 2....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 21 May 2012 15:39:19 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Gambar Gadis Penari Tiang Yang Didenda RM 25 FAIQAH AZIZAN

 





Masih ingat kes 3 orang penari tiang di Nila yang didenda RM 25 beberapa hari lalu? BLOG-EPIC-SCENE akan share beberapa keping gambar salah seorang penari tersebut iaitu FAIQAH AZIZAN, agak seksi juga minah ni ye :D hek hek hek
Anda mungkin juga meminati:


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment