Thursday, May 24, 2012

Re: RG2011... Muzakarah umno - pas

 

Sampai hari ini aku tak tahu apakah syarat yang PAS tetapkan, cuma yang aku tahu UMNO takut sangat dengan syarat yang diberikan...mengapa UMNO takut yer?

--- On Wed, 23/5/12, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
Subject: RG2011... Muzakarah umno - pas
To: "respeks_group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "Kelakar" <Kelakar@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 23 May, 2012, 1:09 PM

 



Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarat


SEREMBAN, 21 Mei –   Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata rancangan untuk bermuzakarah antara UMNO dan Pas perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat.
"Muzakarah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam dan pada saya adalah nikmat bagi kita kalau semua boleh duduk sekali dan mencari titik perbezaan dan kita menguruskan perbezaan itu secara sepatutnya.
"Tentunya dalam titik pertemuan kita yang begitu banyak, mengapa kita mencari titik perpisahan dan (mahu) membesarkannya dan kita kehadapankan? Jadi mekanisme terbaik adalah muzakarah," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Umno.
Jamil Khir berkata, UMNO sejak dahulu sentiasa membuka pintunya untuk sebarang hasrat mengadakan muzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Pas, namun ia sering berakhir dengan kegagalan.
Katanya, justeru muzakarah harus dilihat dalam konteks keikhlasan pihak-pihak berkenaan bagi memastikan rancangan untuk bermuzakarah kali ini dapat diadakan.
Sementara itu, mengulas mengenai seminar tersebut Jamil Khir berkata, ia diadakan bertujuan bagi memberi pemahaman dan penjelasan kepada orang ramai mengenai wasatiyyah dalam mengamalkan konsep 1Malaysia.
Katanya, seminar tersebut yang dianjurkan Biro Agama dan Biro Penerangan UMNO akan diadakan di setiap negeri dan Negeri Sembilan merupakan negeri kedua selepas seminar sama diadakan di Kedah, Ahad.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment