Thursday, May 10, 2012

Re: RG2011... Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH

Salam...mushkil jugak katanya bank tak bagi bawak balik borang tu....tapi dalm petikan lepas:
 
Kuala Lumpur: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.
 
Hairan, takkanlah beribu peneroka semua nak berpusu ramai2 dok isi form tu kat bank?? Ada sesapa peneroka yang telah mendapatkan borang tu???cuba jelaskan, benar atau tidak supaya kita ramai2 lebih pasti...
 
Bagi saya, sekiranya bank bank tak beri info secukupnya contoh mcm term, schdule dll...kita berhak menolak jika sebarang kekliruan timbul...mungkin ada sesuatu yang tak kena. Mintak sesapa peneroka yang telah mendapatkan borang ini bagi info sket...or (petikan lepas)
 
"FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini. (maybe pagawai felda ikut peneroka skali pergi kebank dan paksa mereka masa tgk borang tu kat bank depan pegawai bank kot..hmmm..mungkin).....
 
Saya mintak sesapa yang yang ada salinan borang tu, mintak buktikan Clause mana yang ada stated mancagarkan tanah tu...nak jugak saya tengok...kesian kat Orang FELDA sekiranya perkara ini di putarbelikan oleh pembangkang atau dipergunakan oleh umno seperti yang didakwa...Saya cuba cari foto (borang pinjaman) yang dipaparkan semalam dalam group ni yang menyatakan peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman. Sama2 kita bantu mereka..
Agak tidak logik dan masuk dek akal bagi saya...kalau seramai 90% peneroka telah sign pinjaman tu tanpa berfikir..takkanlah 90% daripada berpuluh ribu peneroka sign tanpa berfirkir dan tidak dirujuk kepada sesiap terdekat..mungkin rujuk pada anak mereka (anak2 felda bukannya tak ada pendidikan)...
 
saya tak percayalah...kalau boleh dapat salinan surat injunksi tu, papar kat group mungkin saya percaya lah...

 

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, May 9, 2012 11:49 PM
Subject: RG2011... Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH

 

Terpedaya, 154 Peneroka Memohon Injuksi Mahkamah Halang Bank Proses Pinjaman Mereka

PDO
 
KUANTAN, 9 Mei - Seramai 154 orang Peneroka memohon injunksi mahkamah bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk salurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVHB). Menurut peguam peneroka terbabit, Mohd Harris Abdullah (foto) berkata ramai peneroka sebenarnya terpaksa tandatangan borang tersebut kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing.
"Borang dalam Bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham... Pengurus bagi tahu itu dokumen durian runtuh. Takde pegawai dan lawyer bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. Proses yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga semata-mata. Penuh dengan kemusykilan .. maka itulah peneroka berasa diri mereka tertipu...", kata Harris ketika ditemui krew PDO di Perkarangan Mahkamah pagi tadi.
Beliau turut menegaskan, borang yang ditandatangani oleh para peneroka itu borang standard bank yang kosong. Jumlah pinjaman, faedah dan scedule bayaran balik tidak dinyatakan dan ia membuktikan perjanjian tersebut tidak mengikut peraturan sebenarnya. Difahamkan, para peneroka Felda di seluruh negara hanya diberi tempoh yang cukup singkat untuk menandatangani borang pinjaman berkenaan (24 April hingga 28 April) baru-baru ini. Semua ini menimbulkan kemusykilan, terdapat tanda-tanda penipuan dan penyelewengan dilakukan oleh Felda dengan kerjasama bank-bank yang berkenaan. Maka itulah injuksi tersebut dikemukakan dan kes akan di dengan inter parte pada 16 Mei 2012 ini.

Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM

pencacai-semalaysia.com
Posted on Pencacai SeMalaysia®

Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Gambar:
PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen.
-HD

Ulasan GB

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa yang gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anaknya sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana stress.


No comments:

Post a Comment