Monday, May 14, 2012

Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank

Satu persoalan lagi. Dalam isu FGVH dan peneroka, adakah peneroka menjadi penentu untuk urusniaga saham mereka? atau FGVH akan bertindak sebagai pembuat keputusan? Pada dasarnya memang pemilik saham yang berautoriti sepenuhnya.
 
Kalau tidak silap faham, pada saya FGVH adalah syarikat yang menjual saham dan peneroka adalah individu yang membeli saham FGVH dengan pinjaman bank. Sebagai pemilik saham bukankah peneroka berhak untuk menentukan siapakah yang menjadi CEO bagi syarikat ini? Jika peneroka ingin menjual sahamnya, adakah ini bermaksud saham peneroka akan dibeli oleh bank atau syarikat itu sendiri? dan dengan menjual saham ini juga adakah ia bermaksud saham sudah bertukar tangan dan menjadi milik sepembeli? siapa pembeli saham itu? bagaimana nasib peneroka yang menjual saham mereka nanti?
Jika mereka menjual saham mereka adakah ia tidak menjejaskan tanah peneroka?

--- On Fri, 11/5/12, johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com> wrote:

From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, 11 May, 2012, 4:09 PM

Salam Lah68...ada sikit pembetulan..broker itu ada lah dari belah pihak bank yang memberi pinjaman..bukan dari FGVH..pihak broker bank yang akan memantau..biasanya kita (peminjam) akan menetukan berapa harga kita nak jual...bukan broker..kita akan beritahu broker untuk 'lock' harga..sebagai contoh skang harga 4.65...bila dah naik harga rm5.00...mereka akan tpon broker "saya nak lock harga rm 5.00.., saya nak jual semua saham saya" kata peneroka tu....lalu broker tu jawab "tak nak tunggu dulu ker??boleh naik lagi ni"...pada masa tu datang pula syaitan dok hasut" alah dollah (bkn nama sebenar)..tunggu lah boleh naik lagi tu,baru untung 0.35 sen jer. Nanti orang lain dapat banyak kau jugak ternganga gigit jari...lalu Dollah berkata dalam hati "betul jugak...oklah, aku tunggu dulu lah"...Ini lah dinamakan tamak...Saya setuju dgn pendapat awak..kejahilan dan ketamakkan mreka yang akan merugikan peminjam tersebut sekiranya tiba-tiba kita dikejutkan ada Demo Bersih 4.0 dan berlaku rusuhan..ekonomi lumpuh..harga saham kita turun dibawah par...bawah lagi pada 4.65.
 
Kebiasaannya, semua ini dikawal.pihk broker akan memantau..sekiranya sebelum berlaku perkara harga dibawah par tu, mereka akan menasihati kita dulu..jika kita degil jugak...mereka akan force sell..maknanya saham akan dijual terus bagi mengelakkan wang yg kita pinjam dari diaorang tu rugi..(bank pun tak nak rugi). kalau dalam hal ini, broker tak boleh manipulasi saham kita. 'Jual' perkataan tu bergantung kepada kita...diorang lagi suka kalau harga pasaran tinggi...komisen diaorg lagi banyak...ok??adakah saya menjawap persoalan anda Lah68???kalau kita ada duit banyak,kita takyah loan ngan bank nak jual beli saham tu..kita boleh gunakan duit sendiri untuk floatkan ke BSKL..tu tak der intrest..pegang lah saham tu 40 tahun pun...boleh,takder masalah..takder intrest..ok..slam..

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, May 10, 2012 4:50 PM
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
Assalammualaikumm..
 
Terima kasih kepada penerangan saudara. Ia amat jelas sekali dan saudara memang berniat untuk memberikan sesuatu yang baik tanpa ada agenda lain. Melalui penerangan saudara saya dapati rancangan yang diberikan kepada peneroka memang sesuatu yang baik dan amat cantik, maka seperti kata saudara peneroka patut diberikan pengetahuan akan selok-belok perlaburan mereka. Saya andaikan disini, lot saham diberi kepada peneroka dan peneroka membuat pinjaman bank seperti mana tuan membuat loan untuk setiap unit saham tuan. tuan juga kena melantik seorang borker untuk menguruskan pelaburan tuan, dan di sini kita bolehlah menganggap FGVH sebagai broker untuk peneroka. Secara jujur memang peneroka akan memperolhi untung sebagaimana tuan mendapat keuntung hasil daripada saham tuan, kita harap ianya menjadi kenyataan. Apa yang kita bimbangkan ialah kejahilan peneroka tentang selok-belok saham yang berkemungkinan dimanipulaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau tidak amanah, apapun kita mendoakan semoga peneroka tidak mengalami nasib yang sedemikian.
 
Mengapakah saya berpendapat sedemikian. Ini adalah kerana faktor peluang yang terhidang boleh menjadikan sesiapapun berubah tamak dan mula menyeleweng. Kejahilan peneroka dalam permainan saham adalah merupakan peluang bagi broker untuk memanipulasikan saham peneroka dan mendapat untung atas angin yang lebih besar daripada peneroka sendiri. Terima kasih saudara penerangan saudara amat berguna buat saya, hehehe... macam nak juga cuba-cuba melabur tapi model tak ada...
 
Wassalam.. --- On Thu, 10/5/12, johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com> wrote:

From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 10 May, 2012, 11:37 AM

Salam saudara lah68 ripen...saya tak ada nak sembunyikan apa2 dan saya sedar dan perasan fakta yang saya terangkan...saudara lah68 ada tanya bagaimana lot saham boleh diberikan secara percuma??? Senang saja lah68...saya sendiri bekerja compny yang saya kerja sekarang ni...saya dan semua staff disini setiap 5 tahun diperuntukkan 180 lot (mengikut level..boss2 lagi banyak lah.)...pada tahun pertama saya diberikan 65 lot..tahun kedua 30..dan setrusnya sampai 5 tahun bersamaan 180 yang diperuntukkan utk 5 tahun..kita diberikan kebebasan untuk menerima atau tidak blue cert dengan bayaran rm1 (seringgit). Apabila dah dapat cert, kami diberi kebebasan sekali lagi nak jual atau tidak...(ini bermakna saya juga diberi kebebasan nak buat loan atau tidak)..saya tidak perlu menggadai tanah (memang tak ada tanah pun cuma ada rumah yag belum habis bayar lagi)..cuma perlu mencari loan dengan bank atau syarikat saham seperti TA security, OSK dll..samada tuan bulan2 kimitmen tinggi atau blacklist, tuan masih layak buat loan dengan mereka..
 
Sebagai contoh kiraan...1 lot=1000 unit.saya ada 100 lot= 1000 unit x 100 lot=100, 000 unit. setiap unit harga ditawarkan 2 sen seunit...ini bermakna 100,000 x rm0.20= rm20,000...jadi loan yang dipohon adalah rm20,000+1%atau 3% intrest.selepas itu saham tersebut akan masuk ke BSKL..apabila harga pasaran dah jadi rm 0.5 seunit kita jual lah...ini bermakna 100,000 x0.50= rm50,000...oleh sebab itu rm50,000-20,000 (yg dipinjam tadi tuh)=30,000..jd 30,000 (lom tolak komisen broker...sket jer komisen dia) tu untung kita dapat sebelum tolak komisen broker..intrest+ processing fees (mesti ada fees gak, sapa nak buat kerja free..masuk toilet the garden midvalley pun kena RM5) 1% atau 3% akan dikenakan selepas 2 bulan..kalau kita jual saham tu seblum bulan ke3, tiada intrest dikenakan...adakah saudara faham??? ini dipanggil ESOS...dalam ertikata lain Employee Scheme Option Share..cara begini juga memberi kita peluang utuk mendapat bonus lebih..30,000 tu dah dekat setahun punya bonus..kita tak dipaksa ambik saham ni..tapi takut nanti jiran sebelah besarkan dapur rumah (untung saham) kita terkebil-kebil. Sb lot sak=ham ditawarkan ini ada tempoh tamatnya..jadi kena bijak..dan kepada yang menyebarkan fitnah tu, cukup2 lah...buktinya saya sendiri pernah merasai duit saham ini 2 tahun lepas..dapat hampir 100k...Alhamdulillah, selesai hutang saya..skang ni tak nak tambah hutang lagi..nak tambah anak ramai2..
 
Peneroka itu sendiri kena faham...Felda pun kena menjelaskan sejelas-jelasnya kepada depa ni..takut nanti mereka percaya kepada fitnah2 yg disebarkan. Ini sebenarnya peluang kepada mereka mendapatkan wang sampingan..tetapi mereka kena bijak..pasaran saham juga bergantung kepada keadaan negara (faktor dalaman- kalau negara ada rusuhan camner saham nak naik)...faktor luaran (mcm kejatuhan ekonomi US ker..).Itulah sebabnya jika ada berita musibah, spt tsunami dijepun itu hari...dalam berita kita dengar bahagian ekonomi pembaca berita kata "pasaran saham ditutup rendah/bercampur-campur". ini semua bergantung kepada keadaan sesebuah negara (kalau negara berdemo jer..camner pelabur asing nak mari sb diaorang takut eknomi malaysia tak stabil tak kiralah apa demo pun).Sapa tak sayang duit oii...pelabur tak nak rugi. harap lah 68 faham dengan penjelasan...apa2 pun saham akhirat jugak tak turun2..tambahan pula doa anak2 yang soleh kepada kedua ibu bapa bila mereka tiada lagi di dunia..itu juga satu saham..sedekah jariah juga satu saham yang akan berterusan..jadi terpulang lah pada peneroka, kebijaksanaan terletak dibahu mereka.jadi, fitnah atau dakwaan, mereka nilailah sendiri.fitnah dosanya besar wassalam..
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, May 9, 2012 12:57 PM
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
Penerangan kamu memang jelas dan mungkin tepat.. cuma kamu mungkin tidak sedar perangkap yang dipasang walaupun dalam tulisan kamu sendiri menampak seolah-olah kamu perasan sesuatu tapi cuba sembunyikannya. Persoalan yang perlu dijawab..bagaimanakah lot saham boleh diberikan secara percuma? semua ini mungkin akan terjawab apabila nanti ada peneroka yang terdesak menjual lot samah yang diberi percuma itu dan berapakah nilainya? Atau mereka hanya memegang saham yang sebenarnya dimiliki oleh pihak bank? Entahlah..sebab aku bukan arif tentang saham lebih-lebih lagi saham seperti ini.

--- On Wed, 9/5/12, johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com> wrote:

From: johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 9 May, 2012, 1:42 AM

Saya tak berapa pasti mengenai perkara ini...apa yang saya dengar, FGVH akan mula disenaraikan ke pasaran saham...bermakna mereka akan diberikan Pink Form (apa yang saya dengar dalam buletin utama semasa PM pergi ke Felda Jengka hari ni)...ini bermakna lot saham akn diberikanpercuma kepada mereka..mereka boleh menjual pegangan saham mereka bila2 masa..berbanding dengan ESOS dimana mereka diberikan blue cert dengan harga yang ditetapkan (biasanya sedikit tinggi dari pasaran).bermakna mereka boleh menjual lot tersebut setelah harga pasaran melebihi harga cert yg diberikan..jadi, peneroka akan mencari pinjaman bagi mengapungkan lot saham yang mereka perolehi ini dipasaran...bergantung kepada mereka samada ingin membuat loan atau menggunakan wang sendiri..ini juga terserah kepada peneroka tersebut untuk mengapungkan sebanyak mana lot saham yang dimiliki...pinjaman pihak bank juga tidak diberikan ikut suka hati peneroka tu (ingat bank suka2 bagi loan ikut sedap hati peneroka???) ini bergantung berapa lot yang dimiliki dan harga tawaran seunit saham. Sbgai contoh 1 lot=1000 unit..harga seunit rm 0.50. Jika peneroka ada 100lot x 1000 unitx 0.50 sen/unit=rm50,000. mereka boleh memilih utk meniagakan separuh,suku atau kesemua lot yang diberikan...ini tidak bermakna mereka tidak perlu menggadaikan tanah mereka.cuma ia sebagai jaminan kerajaan kepada pihak bank untuk memberi pinjaman tersebut..mana2 pasaran saham yang diniagakan ada risiko...jadi peneroka kena bijak. jika takut mengambil risiko, jgn lah melabur...degan cara inilah mereka akan mendapat wang tambahan..tak nak amik pinjaman pun tak apa...nanti kang melopong tgk jiran2 lain untung besar
rasanya petikan PENEROKA DIPERDAYA TANDATANGANI PINJAMAN BANK boleh memutar belitkan cerita...hal sebegini sepatutnya diterangkan sejelas-jelasnya oleh pihak felda kepada peneroka.."opportunists" sentiasa mencari "opportunities" either to kill or be killed!(pinjam saaban60036 punya word)...kepada peneroka, jgn mudah terpengaruh dengan dakyah2 atau fitnah2 ni semua..tepuk dada tanya selera..kalau takut dilambung ombak,jgn berumah ditepi pantai....mungkin juga dakyah dan fitnah ni disebar sb dengki diaorang tak dapat pink form....nak kena jadi peneroka lah pas ni...salam.
From: sar <saaban60036@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, May 3, 2012 12:20 PM
Subject: Re: RG2011... Peneroka Diperdaya Tandatangani Pinjaman Bank
 
saya doakan yang terbaik dan kepada yang akan mendapat untung dan yang akan merasa rugi fikir fikir kanlah.  saya bukan peneroka tidak rugi apa.  "opportunists" sentiasa mencari "opportunities" either to kill or be killed! semoga bangsa ku akan mendapat hidayah dari Allah jua.
2012/5/1 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

Patutlah Ada Durian Runtuh Untuk Peneroka, Mereka 'Diperdaya' Tandatangani Pinjaman Bank

Posted by greenboc
Kuala Lumpur: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Berkuatkuasa 1hb Jun 2011, kadar tarif elektrik baru akan diperkenalkan. Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai tarif elektrik baru ini:
  • Tarif baru ini mencerminkan kenaikan harga gas (daripada RM10.70 bagi setiap mmBTU kepada RM13.70 bagi setiap mmBTU) dengan harga arang batu masih dianggarkan pada USD85 se tan (CIF) (sebagaimana harga yang digunapakai semasa semakan tarif pada Mac 2009).
  • Kadar tarif semasa juga akan mengalami peningkatan bagi menampung sebahagian daripada kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas yang kali terakhir dilaksanakan pada Jun 2006. 
  • Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif-inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Secara rumusan, ciri-ciri utama kadar baru tarif elektrik adalah seperti berikut:-
  • Tarif purata akan meningkat sebanyak 7.12%. Kenaikan ini disebabkan oleh:
    • Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan
    • Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.
  • Pengguna Perindustrian: kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 10%).
  • Pengguna Perdagangan: kenaikan purata sebanyak 8.35% (dalam lingkungan 6.2% sehingga sekitar 8.35%).
  • Pengguna Domestik / Kediaman:
    • Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.
    • Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.
  • Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman (4.4 juta pengguna);
    • Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
    • Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)
  • Pengguna Tarif Industri Khas (Special Industrial Tariff, SIT) akan mengalami peningkatan sekitar 10%. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pemberian subsidi kepada industri secara berperingkat-peringkat. Walaupun dengan peningkatan kadar tarif ini, pengguna SIT akan terus menikmati kadar tarif yang masih lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar tarif pengguna Perindustrian biasa.
  • Diskaun 10% terhadap bil elektrik yang pada ketika ini dinikmati sekolah-sekolah Kerajaan, institusi pengajian tinggi Kerajaan, tempat-tempat ibadat dan institusi-institusi kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan akan dikekalkan. Pemberian diskaun 10% ini juga akan turut ditawarkan kepada institusi-institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.
  • Diskaun yang lebih tinggi untuk penggunaan elektrik di luar puncak oleh pengguna Thermal Energy Storage (TES) dan pengurangan kadar Firm Standby untuk Co-generator bagi menggalakkan inisiatif Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga dan Demand Side Management (DSM).
  • Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembentungan (water treatment, water distribution and sewerage companies) akan dikategorikan di bawah Tarif Perindustrian.
  • Rebat elektrik daripada Kerajaan kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011.
  • Kerajaan juga akan memperkenalkan Mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass Through, FCPT) bagi sektor pembekalan elektrik. Di bawah Mekanisme FCPT ini, kos bahan api akan disemak setiap enam (6) bulan dan sebarang perubahan (kenaikan atau penurunan) dalam kos bahan api akibat ketidaktentuan harga bahan api (seperti gas, arang batu dan minyak) akan dipindahkan kepada tarif pengguna.


Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

"Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

"FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,"
katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan 'durian runtuh' untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.
"Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka," katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

"Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada," katanya. -FMT

Ulasan GB

Patutlah heboh kononnya Najib akan umum durian runtuh untuk peneroka 8 Mei ini.

Rupa-rupanya peneroka telah pun diperdaya menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

 
comments:
 
Anonymous said...
Kau orang tengok dah dlm tv itu hari. Cuba dengar apa yang Isa Samad kata. Koperasi felda buat masa yg singkat ini tidak akan dimasukkan dlm skim saham tersebut kerana "TAKUT KEHILANGAN HAK" akibat pasaran saham terbuka.

Lihat...
Kan rakyat dah kata....
Pasaran saham terbuka terdedah kepada spekulasi dan resiko.
Kenapa isa samad mengeluarkan kenyataan di atas? Kerana dia tahu AKIBAT pasaran terbuka.

Kenapa beliau tergesa2 nak menyenaraikan juga di pasaran terbuka? Ini kau orang cari sendiri...mesti ada ULAR di sebalik batu. Siapa ULAR itu???
Anonymous said...
Lima tahun selepas disenaraikan maka ramailah warga felda tergadai tanah mereka dan muflis disebabkan ketamakan dan kerakusan para peminpin umno bn yahudi , tak bolih nak bayar ansuran bank dimana tanah mereka telah dicagarkan, nak tanya kepada warga felda yang tua tua tu tak ingat kah anda kepada masa anak anda semua mungkin bakal tak ada rumah dan tanah kediaman. Fikirkanlah wahai bangsa melayu.
aliaze said...
Itulah kelebihan Tan Sri Isa Samad, sebab tu dia beria2 sgt nakkan FGVH tu disenaraikan dalam Bursas Malaysia.
Jika ada untung puak2 depa sapu... kalu rugi peneroka yg kena tanggong sendiri.
Itulah nasib peneroka, maklumlah tak pernah tgk duit banyak. Bila nampak duit depan mata, Mestilah kelabu mata dibuatnya. Lps tu bagilah apa2 dokumen pun mesti peneroka tu sign saja....
Akhir sekali jadilah pak kadok menang sorak kampong tergadai....
Anonymous said...
Kesihan betul pada peneroka2.

DIBODOHkan isa samad dgn perjanjian bank yg di tulis dalam bahasa yang tidak difahami oleh kebanyakkan peneroka2.

MELAYU TIPU MELAYU.
MELAYU MAKAN MELAYU
MELAYU BODOHKAN MELAYU
(ada bahasa malaysia dijeratnya peneroka2 dgn bahasa inggeris)
Anonymous said...
Durian runtuh se runtuh runtuh nya untuk ISA dan Ahmad Sabri.
zairil said...
Aku tak kan sign apa-apa yang mencagarkan tanah aruah abah. Masa peneroka mula-mula buka tanah rancangan dalam tahun 1975 ...siapa sangat yang peduli? Pendapatan RM3.50 sehari. Kami bergelumang dengan babi hutan, ular, jengking....rebus jagung dan ubi kayu malam-malam untuk mengisi perut. Makan kelapa sawit bakar.....

Dalam usia aku lapan tahun dah ke ladang. Duri kelapa sawit jadi mainan. Hayunlah kederat mengangkat buah kelapa sawit....

Nak gadaikan tanah ladang? Langkah mayat aku dulu!!!!
Waris said...
Kesian lah pada bangsa meLAYU ni. Sentiasa LAYU diperbodohkan oleh meLAYU sendiri.

Bukalah sedikit ruang untuk melayu jadi bijak.
Anonymous said...
Salam.Diberitakan setiap peneroka dikenakan caj RM200 sebagai kos pemrosesan oleh bank terbabit.Bayangkanlah berapa banyak setiap bank memperolehi keuntungan sebelum penyenaraian.Lupakah peneroka2 ini dgn apa yang berlaku keatas penyenarain PERNAS.Sampai sekarang pekerja mereka terpaksa menanggung hutang bank!
Anonymous said...
Ini namanya durian runtuh...

itu lah kali terakhir durian itu berbuah dan menggugurkan buahnya..

pastula dah tak berbuah lagi...

Lepas tu kelaparan empunya kebun durian kerana durian tidak berbuah lagi...

maka terpaksa la bergolok-bergadai menyara keluarga

dan

membayar hutang keliling pinggang...
Anonymous said...
padan lah dengan dah bertahun mereka ni berusaha gigih memenangkan bn setiap kali pilihan raya... hari tu siap tipu lagi kat hulu selangor... dapat duit dari bn sikit... terus rebah...

ada masa, rasa la jugak kesusahan yang orang lain tanggung pasal sikap tamak dan haloba kita, sanggup sokong penjahat pasal dapat duit yang sedikit tuh...

maaf la kalau nampak macam tak kesian ngan deme nih... tapi deme ni, taim senang... bersama bn... dah lemas baru sedar diri kena tipu... tapi lepas tu... buat balik... macam penagih yang kembali menagih...

cumanya, kesian pada peneroka yang selama ni memang tak pernah sokong penjahat ni, mereka terpaksa terima kesusahan pasal kebangangan dan ketamakan orang lain...
Anonymous said...
Keadaannya begini, ramai pihak khuatir apabila felda tersenarai dalam bursa, syarikat-syarikat besar akan berlumba untuk membeli saham felda, pada peringkat awal, ya peneroka akan dapat untung hasil daripada pembelian saham ini dan jika peneroka ditawarkan saham (kena pinjam duit untuk beli saham), peneroka akan mendapat untungnya. Itupun selepas ditolak dengan jumlah pinjaman. Katakan untung kasar 2000 ditolak dengan jumlah pinjaman termasuk bunga 1500, jadi untung bersih yg peneroka akan dapat ialah rm500. Ini yang pertama.

Yang keduanya, dibimbangi peneroka akhirnya menjadi 'pekerja' kepada syarikat-syarikat besar yg memiliki saham dalam felda.

Yang ketiganya, jika pada suatu masa pelabur lihat felda lemah (akibat ekonomi merudum) pelabur akan menjual saham mereka dan peneroka akan dapat keuntungan yg sedikit dan jika ekonomi makin teruk, boleh mengakibatkan peneroka rugi dan tidak dapat membayar hutang pinjaman bank.

Saya bukan expert, cuma ini antara perkara yang dibincangkan.
JAKA said...
setiap institusi org melayu islam dihancurkan di tangan umno. bermula dari tergadainya singapura secara percuma.

umno kata anwar nak jual negara. jual negara lebih baik dr bagi singapura free.

siapa pembeli negara? berapa harga? bukankah ini ckp2 org bodoh umno, takda asas.

kemudian lingkupnya bank bumiputera, institusi raja, biasiswa, tulisan jawi dan byk lagi hingga hari ini kg baru dan felda pula.

kenapa berlaku semua ini. sebab umno adalah munafik yang bekerja untuk zionist = dajjal.

tujuan utk memiskinkan umat islam di sini supaya mereka tidak ada masa nak kuatkan agama, tidak ada masa nk ambik tahu politik. siang malam asyik kerja dan fikir duit saja.

mereka bertujuan menjadikan 'hampir kufur orang yang fakir'.

jika umat selesa hidup, mereka akan banyak masa membaca, mengkaji, beragama dan mengambil tahu hal negara dan dunia.

ini yang umno dan zionist tak suka. betul lah dikatakan di mana melayu merempat di situ umno kuat.

umnolah parasit kepada umat melayu islam. darah diisap sedikit2 hingga nk kering.

melayu islam mesti diselamatkan daripada hantu pelesit yang sedang merasuk dan menghisap darahnya.

kita bunuh pelesit umno/bn pada PRU nanti.

sesiapa yang kata menjatuhkan pemerintah itu penderhaka, maka sedarlah jalan kita mengikut undang2.

dan siapa yang lebih besar derhaka diantara rakyat yang mahukan perubahan dengan pemimpin haprak yang BERSUMPAH SETIA AMANAH JUJUR DI HADAPAN YDP AGUNG TETAPI MENJADI PERASUAH DAN PEROMPAK HAK NEGARA DAN RAKYAT ???
Anonymous said...
Siapa yang mengundi dan memenangkan UMNO dan BN selama ini.

Sekarang tuailah hasil yang anda semua telah tanam.

No comments:

Post a Comment