Monday, May 14, 2012

RG2011... 14 mei.....

 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

----- Forwarded Message -----
From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
To: matrock_e1@yahoo.com
Sent: Monday, May 14, 2012 8:48 AM
Subject: 14 mei.....
 

14/05/12

Gempar !! Dato Sri Nizar Masuk Umno..

 
Bakal MB perak jika pakatan rakyat menang PRU 13 
 
 
 
Opppsss !! bukan Dato Sri Nizar masuk umNo tetapi Mantan MB perak masuk ke Majlis ceramah Umno sebagai tetamu tak diundang  di Tualang Sekah Perak semalam, Tajuk ceramah puak umNO pun hebat  "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI ". Dengan muka selamber  beliau duduk di dif jemputan sambil tersenyum tanpa ada perasaan gentar dan bersalah .
 
Penceramah umno malam semalam tak jadi nak godam nizar ..ha ha ha terkedu dengan kehadiran beliau.
Saya  memang cukup kagum dengan sikap " anak jantan  " Dato Sri Nizar  memberanikan diri masuk ke kem musuh walaupun pada malam itu sememangnya ceramah umno mahu membongkar konunnya Nizar adalah pembohong bersiri.
 

Akhir kata  Gua solute sama lu Dato Sri Nizar...
 
inilah pemimpin yang aku cari..
 
."lagi aku terasa bangga bila ada orang cina  berkata jika PR berjaya tawan kembali Perak hanya Nizar la calon pilihan kami sebagai Menteri besar Perak.Bertapa tingginya harapan rakyat terhadap seorang yang bernama Nizar Jamaludin.
 
end
 

Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu

SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah."

Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.

Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.

"Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang," Khalid berkata di dalam wacana bertajuk 'Melayu, Islam dan DAP' yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN.

Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti.

"Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan," kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

"Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra," ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut.

Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman.

Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India.

Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC.

Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP.

Monday, May 14, 2012

Untuk renungan UMNO

bagi orang yang menghina TGNA sila ambil pedoman dari gambar-gambar di bawah ini. Ukur lah diri sebelum menghina TGNA. Atau kalau ada kelapangan , luangkan masa untuk hadir ke kuliah TGNA di masjid Pulau Melaka. Dengar lah kuliah TGNA untuk memastikan jika ada ajaran sesat yang disampaikan didalam kuliah tersebut.Kalau saudara tak faham kuliah yang disampaikan,bawalah anggota majlis fatwa bersama.
Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu. Foto : Topeng Perak Unmasked
 
Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru
 
Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru
 
Tuan Guru Haron Din & Tuan Guru
 
Ustaz Ismail Kamus & Tuan Guru
 
Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru - dari post wa terdahulu
 
Ustaz Don Daniyal & Tuan Guru
 
KhairulFahmi (Apek) & Tuan Guru
 
Amy Search & Tuan Guru
 
Kaum Tiong Hwa & Tuan Guru


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.
Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.

Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab "Hasyiah",juz 2,halaman.116.

2. Imam al-Zaila'i
Beliau berkata :

(يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ

Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara' kerana mengharap barakahnya.

Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh.
[Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]
Ni bukan cium tangan ... sedutt ... kah kah kah kah

Tok Guru Nik Aziz terima borang keahlian PAS dari Aishah

Friday, May 11, 2012, 12:02:15 PM | noreply@blogger.com (Kedah La)
 


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.
 

PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

Hazayani Zakaria,
13 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

No comments:

Post a Comment