Sunday, May 20, 2012

RG2011... Apabila Puan Tamil Malar menjelma menjadi Mansor bin Jali…

 


BATU GAJAH, 18 MEI: Operasi DAP Tronoh membanteras pengundi hantu telah berjaya mendedahkan penipuan di mana kad pengenalan seorang warganeagra Malaysia secara tiba-tiba menjadi milik orang lain dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Adun Tronoh, V. Sivakumar, pihaknya telah mendapati  warganegara Malaysia yang bernama Puan Tamil Malar yang memiliki kad pengenalan 750516-08-5360 telah hilang kelayakan untuk mengundi dalam pilihan raya.

"Ini adalah kerana nombor kad pengenalan beliau telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendaftarkan atas nama orang lain di Melaka.

"Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak. Tetapi pendaftaran undi mengikut nombor kad pengenalan beliau adalah di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka .

"Nama yang didaftarkan  apabila disemak dengan nombor kad pengenalan Puan Tamil Malar ialah 'Mansor Bin Jali'," katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak berkata, beliau tidak faham bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku kerana semakan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara telah dibuat oleh SPR sebelum seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi.

"Terbukti  ada unsur-unsur  penipuan dalam pendaftaran pemilih. Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya. – Roketkini.com

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment