Thursday, May 17, 2012

RG2011... dr..kereta mayat 17/5/2012

 

May 17, 2012

Bagaimana hilangkan was was?


(Rujuk Buku PermataYangHilang ms 139 bab "bagaimana mendapat kemanisan bersetubuh" untuk lebih memahami 'punch line' entry ini, he he he..)

Soalan Pembaca: 

Salam, Abang penulis Permata yang hilang kini dijumpai..

Soalan Aku, Bagaimana nak mengatasi perasaan was-was...aku selalu mengalami was-was dalam 3 perkara....

1) bila mandi wajid
2) bila habis buang air kecil
3) bab kebersihan...

bila mandi wajib aku jadi was-was sama ada air sudah diratakan pada bahagian tertentu anggota badan atau tidak, walaupun aku yakin aku telah ratakannya...tapi lepas selesai mandi wajib perasaan was-was tu datang, membuatkan kehidupan aku dalam satu hari itu jadi huru-hara..arghhhhh. Aku cuba lawan perasaan was-was itu tapi kadang-kadang rasa tidak mampu, hampir tewas, hampir gila...owhhh...aku takut ibadat aku tidak diterima ALLAH s.w.t...dalam masa aku fikir aku telah dipermain syaitan laknatullan itu...
mohon cara atasi penyakit was-was ini...

*******
Jawapan keretamayat..

Ok, semua tahu dalam hadith dan dalam Al-quran ada cerita tentang bahaya was was.., dan semua tahu was was ni kerja syaitan untuk rosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid manusia.., mula-mula  syaitan buat kita was was bab ibadat seperti was was dah rata ke air waktu mandi wajib, lepas tu was was bab wudhu, sampai habis satu kolah, lepas tu was was dalam solat berapa rakaat, sampai lebab dahi, hingga terpaksa mufarakah dalam solat dan yang paling bahaya dalam penyakit was was ini adalah bila syaitan berbisik bak Tauhid, seperti, "Sebelum Tuhan siapa ada?", "Tuhan asal dari mana?" "Tuhan tak akan mati ke?"

Astarfirullahalazim...

Semua ni kerja syaitan dik!

Dan maaf cakap, orang was was sebenarnya berada dalam keadaan sangat bahaya sebab anggap Tuhan tu macam bodoh sangat..!

Tuhan Maha tahu air tu dah rata, tuhan tahu kau dah mandi wajib dan niat nak rata tapi jika tak rata tuhan pun tahu dan Tuhan dah ajar nabi dalam bab sunnah sapu tiga kali jika lebih dah membazir lalu jatuh ke taraf saudara syaitan jadi kita tak payah perasan pandai nak ambik kerja tuhan nak detail sampai menyusahkan diri, merosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid!!..

ASTARFIRULLAHALAZIM... (Huruf besar sebab lafaz dengan kuat!)

Cuba guna otak, tak kanlah ambik wudhu sampi perlu air kepada tiga baldi, tak logik dan memperbohkan tuhan, Allah marah orang membazir, kenapa nak membazir dengan ikut was was syaitan..

Fikir logik lagi, nak mandi wajib, tak kan sampai satu kolah? Kenapa nak bodohkan diri dan bodohkan tuhan? Allah Maha Tahu! Dan air bila di jurus akan mengalir dari atas ke bawah sebab bumi ni ada graviti, tiga kali jirus, sapu dengan tangan, akan rata insyAllah.., tak payah nak jirus dari setiap penjuru sampai bil air melambung tinggi-Membazir saudara syaitan dik..

Jadi untuk atasi masalah ni, lain kali lepas dah ikut sunnah, tiba tiba rasa was was, kena terus yakin bahawa wuduk/mandi wajib/kebersihan korang tu memang dah sah. Ini Buzmana ajar aku yang bilamana datang was was, terus yakin, Aku dah ikut sunnah, insyAllah berjaya, dan pergi mampus dengan was was sebab was-was memang permainan setan. Persetankan was was si syatain yang was-was itu...!

Dalam Al quran Surah al-A'raf kalau tak silap, Allah SWT berfirman: "Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A'uzu billahi minas syaitanir rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

A'uzu billahi minas syaitanir rajim...

Satu lagi, sila takut dengan ayat ni: "Eh, aku buat tuhan bodoh?, astarfirullahulazim..., tuhan suruh aku berjimat, tapi aku was was dan membazir dengan niat menyukakan tuhan tapi sebenarnya aku mendapat murka sebab anggap tuhan tu bodoh macam aku"- A'UZU BILLAHI MINAS SYAITANIR RAJIM!

InysAllah, jika korang Yakin dengan Kuasa Allah dan Kudratnya, maka akan selesailah masalah..
Di harap mereka yang ada was was seperti pembaca di atas, dapat mengamalkan tip yang aku tulis, dan seterusnya masalah bil air yang membazir di rumah korang sebelum ini dapat di selesaikan.., insyAllah..

Sekian..

"Eh, Hamka, kau nasihat orang jimat bil air, tapi rumah kau bil air mahal sangat kenapa? Was was mandi wajib ke?"

Dik.., bil air rumah aku naik, bukan sebab was was mandi wajib, tapi sebab banyak kali mandi wajib.

WOHA!

Ps: Tolong kepada yang beli buku, JANGAN isi borang sampai DUA KALI atau banyak kali, Jangan WAS WAS, sebab was was tu kerja syaitan, jika isi dua kali sedang korang bank in hanya untuk satu buku,  memang akan menyusahkan pihak kami, sudah dua kali kami post double pada orang yang sama kerana isi borang banyak kali pada hari yang berbeza beza, tolong faham penderitaan kami akibat was was anda, jika dah isi borang boleh email 'keretamayat' atau 'afdal pub' untuk minta nombor rujukan, InsyAllah...segala keperihatinan dari pihak pembeli di dahulukan dengan ribuan terima kasih., tutup entry ini dengan lafaz..,

A'uzu billahi minas syaitanir rajim...
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment