Tuesday, May 15, 2012

RG2011... Fw: Jangan Marah Mereka.. Mereka Darjah 6 Saje...

 



Jangan Marah Mereka.. Mereka Sekolah Darjah 6 Saje...

..kesian kerana dihujung usia mereka diperalatkan sebegini hina..

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. - mkini
 
  • Zaini Hj Pilus · Top Commenter · Guru at Kem. Pendidikan Malaysia
    Kalau yg muda tu diperlembukan oleh umnoapco, padanlah gak sebab tak cukup pengalaman hidup, tak mumaiyis lagi, Ni yg dah diakhir hayatpun masih tak mumaiyis lagi? Nyatalah umnoapco bukan sahaja gagal memartabatkan bangsa dan bahasa Melayu tetapi konsisten merendahkan martabat bangsa dan bahasa Malayu. Insya ALlah , mohon ALlah gerakkan hati seluruh bangsa Malayu untuk bersatu menguburkan umnoapco dlm PRU 13 ini nanti.
    • Ramli Ismail · SMSO
      kumpulan ni bukan mewakili keseluruhan veteran ATM...nama PVTM pun aku tak pernah dengar...masa kau orang dalam tentera dulu CO suruh buat senaman..kau orang curi tulang..tapi bila dh jadi veteran kau rajin pulak buat senaman...baik la kau org buat demo depan rumah zahid hamidi..mintak tanah lagi bagus bro....
    •  
    • Pok Amid · Top Commenter
      Contoh manusia yang berfikir melalui lubang jub..r dan berbangga dengan kebodohan. Akal mereka sudah tidak berfungsi!
       
      • Ahmad Najib
        Ambiga nak hidangkan mereka 100plus, tapi mereka menolak dengan alasan bahawa mereka orang melayu islam tak minum 100plus hanya minum air suam sahaja.He..he..he.
      •  
      •  
      • At Nok · Top Commenter · Smlb
        bekas2 tentera dulu memang kuat UMNOnya...ni saki baki shj yg tinggal, pencen tidak seberapa, membodek shj yg lebih, sepatutnya demo minta kerajaan naikkan pencen untk sara hidup bekas2 pesara tentera. akhlak ditahap rendah..
        • b_end1m (signed in using yahoo)
          Haramjadah......haramjadah puak 2 yang sangat rendah moral.muka tebal dan bebal.
        •  
          lizay_73

          kalau hang tuah masih hidup.... malu dia nak sebut takkan melayu ilang kat donia huhuhuhuhu

          gelorahatimuda

          balik rumah kompom nyesal dan kena marah dengan bini. buat malu bini jerrr! aper nonggeng, nonggeng nii!

           

           

          MEMALUKAN, MEMUALKAN & MENJIJIKKAN ITU YANG AKU BOLEH CAKAP PERIHAL GAMBAR INI.

          naimnikmat.blogspot
           

          'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga
           
          Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

          Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

          Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

          Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

          Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

          "Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya sebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

          Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

          Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

          "Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

          "Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

          "Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.
           

          Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

          Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

          Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

          Gangguan, bukan himpunan aman

          Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

          "Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

          Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

          Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

          PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

          Malaysiakini

          N'N: Ada orang makin tua makin bijak tapi ada juga yang makin tua makin kurang bijak kah3......

          ulasan:

          Anonymous said...

          Punya la bodoh orang-orang tua ni ! Dah nak mampus perangai macam babi...

           

           

          Mereka ini mengaku Islam konon

          wartamaya.blogspot


          Kalau nak protes pun biar lah berakhlak ....
          Ni la dia mereka yang mengaku Islam
          Memalukan sungguh .. Kalau ada mereka yang bersaudara dengan beruk beruk ni .. tolong la nasihat. Jangan bagi malu umat Islam yang lainnya.

          Tolongggg laaaaa .... 

          comments:

          Anonymous, 

          yang ini semua berok2 saudara darwin & karl marx yg mengatakan berok umngok berasal dari manusia..

          lizay_73

          kalau ye pun tak berapa pandai, tak perlu lah nak bagitau satu dunia kita tak "bijak".... malukan bangsa je

          gelorahatimuda

          balik rumah kompom nyesal dan kena marah dengan bini. buat malu bini jerrr! aper nonggeng, nonggeng nii!

          mangchikla

          'Semalam saya telah berusaha menghubungi beberapa rakan lama untuk mendapatkan maklumat mengenai ALI TINJU. Daripada maklumat yang diperolehi seperti berikut:

          1. Nama : 1085628 Pbt Mohd Ali bin Baharom @ Mahat
          2. Tarikh Masuk Tentera: 20 Okt 1990
          3. Tarikh Tamat Perkhidmatan : 29 Sep 1998 (7 tahun 340 hari)
          4. Unit: RAMD
          5. Persatuan: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)"

          Sekian dimaklumkan

           

           

          Bela negara dengan goyang punggung?? Aibnya...

          ummusumaiyahmenulis.blogspot
           
          Memalukan bila orang yang sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk ikutan anak cucu tiba tiba mencampakkan maruahnya dalam longkang yang  busuk dan hanyir..

          Umur sudah hujung senja...tiba tiba dengan umur berbaki sedikit buat tindakan yang tak bermoral konon untuk bela negara dari dirosakkan..


          Bela negara bukan dengan goyang punggung lah!!!!

          Lebih mengibkan bila acara  goyang  punggung dibuat depan rumah orang bukan Islam...

          comments:

          Tanpa Nama berkata...

          Anak aku tanya : Abah atuk kan bekas tentera, atuk ada dalam gambar senaman tu.
          Aku terkejut : Kenapa Ish ?
          Ish : Nampak Bodoh senaman kat jalan.
          aku : (Kali kedua terkejut) Errr...

           

           

          SENTUH PUNGGUNG KERNA TAK TAHAN SANGAT...

          penasuasa.blogspot.
           
          Seorang lelaki bertanya kepada ustaz yang sedang mengajar kat masjid.
          Soalnya : Apa hukum sentuh punggung kerna tak tahan sangat gatalnya ketika solat?
          Ustaz tu pun jawab, Adapun hukumnya tidaklah batal.
          Soal lelaki itu lagi, eh ustaz, saya sentuh tanpa lapik ni...
          Ustaz bertanya kembali, Kamu tak pakai kain ka waktu tu?
          Pakai, tapi saya gagau belah dalam ujar lelaki itu memberi penjelasan.
          Tetap tidak batal kerna sentuh punggung bukan perkara yang membatalkan solat, melainkan terdedah auratnya, jelas ustaz itu dengan nada sedikit ditinggikan.
          ooo kalau gitu saya nak tanya satu lagi soalan ni ustaz, boleh tak?
          Boleh je kata ustaz sambil membetulkan silanya.
          Ustaz, Apa pulak hukum buat senaman punggung depan kediaman orang lain?
          Ustaz tadi kehairanan. Inilah kali pertama beliau ditanya soalan sedemikian.
          Emm... Nanti saya tanya mufti @majlis fatwa tentang soalan ini. Sebab benda baru..Jawab ustaz dengan sedikit kaget.
          Lelaki yang bertanya tadi tunduk dan tangannya menguis-nguis karpet berwarna biru...Ceroi ustaz ni ujar benak hatinya yang kurang berpuas hati...

          Begitulah adanya...

          __._,_.___
          Recent Activity:
          " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

          " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

          " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

          " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

          " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

          Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
          Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

          .

          __,_._,___

          No comments:

          Post a Comment