Friday, May 11, 2012

RG2011... Fw: Sendiri yang bodoh nak salahkan orang

 



Sendiri yang bodoh nak salahkan orang.. tengok video kedai yang dibuka hari itu
 
selatanonline
Blog darisungaiderhaka.blogspot.com

Kata Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga yang membuka gerai burger mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.


"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Turut hadir dalam protes hari ini ialah beberapa orang wakil daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman.
 
Yang aku hairan ialah kenapa mereka menutup kedai mereka pada 28hb itu? sedangkan tiada arahan rasmi yang dikeluarkan baik oleh PDRM mahupun DBKL.

Semua orang tahu pada 28hb itu lebih kurang 300,000 rakyat Malaysia dari segenap pelsuk negara telah turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai Himpunan BERSIH 3.0.

Dengan kehadiran yang begitu ramai, sudah tentu mereka perlu berbelanja untuk makanan dan juga minuman termasuk juga menyewa hotel untuk penginapan..

Mungkin kerana mereka yang menutup kedai itu sememangnya bodoh kerana tidak tahu untuk memikirkan secara logik perkara itu atau ada pihak yang mengarahkan mereka untuk menutup perniagan mereka pada hari tersebut.

Jika mereka tidak begitu bodoh.. sudah tentu perniagaan mereka akan seperti gambar-gambar yang aku rembat dari
Biaqpila ini..

TENGOK BERAPA BANYAK UNTUNG PENIAGA AYAQ NI...
Mamak yang kebanyakkannya menyokong UMNO pun membuka kedai.
7 Eleven.. macam ada cheap sale..
Tak percaya dengan gambar-gambar tu?
 
Itulah... bila dah bodoh nak disalahkan orang lain pula.. kan dah rugi.. atau mungkin juga memang sengaja nak tutup kedai pada hari tu sebab nak buat tuntutan.. Maklumlah.. nak untung lebih..
 
Posted by aya

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment