Tuesday, May 8, 2012

RG2011... Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 4

 

 

Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 4

 

 

Soalan 61:

Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal

puasanya?

 

Jawapan:

Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari

rongganya.

 

 

 

Soalan 62:

Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan

kemudian ditelan, adakah batal puasa?

 

Jawapan:

Batal puasanya.

 

 

 

Soalan 63:

Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat

kembali yang dia berpuasa?

 

Jawapan:

Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w

yang bermaksud "Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka

jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh

Allah s.w.t kepadanya".

 

 

 

Soalan 64:

Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hatinya tidak berat

sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?

 

Jawapan:

Tidak sah niat tersebut.

 

 

 

Soalan 65:

Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan contact lens?

 

Jawapan:

Boleh.

 

 

 

Soalan 66:

Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang baligh dan sedang berpuasa?

 

Jawapan:

Wajib berimsak ke atasnya.

 

 

 

Soalan 67:

Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka puasanya. Adakah wajib dia

berimsak selepas dia berbuka?

 

Jawapan:

Tidak wajib kecuali puasa pada bulan Ramadhan.

 

 

 

Soalan 68:

Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali persetubuhan dalam satu hari.

Adakah dikenakan 2 kifarat?

 

Jawapan:

Dikenakan satu kifarat sahaja.

 

 

 

Soalan 69:

Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang

menyusukan anak membatalkan puasanya?

 

Jawapan:

Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:

a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.

b. Kerana menjaga kesihatan anak.

 

Keterangan:

a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja.

b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya,

wajib qada'dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.

c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja.

 

 

 

Soalan 70:

Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan semasa dia gila?

 

Jawapan:

Tidak wajib qada' puasa tersebut.

 

 

 

Soalan 71:

Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa tetapi walinya tidak membayarkan

fidyah sehingga Ramadhan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya?

 

Jawapan:

Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi

setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana

menangguhkan fidyah.

 

 

 

Soalan 72:

Apakah hukum seseorang yang mati yang belum sempat menunaikan puasa nazar?

 

Jawapan:

a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak beras sehari.

b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak beras sehari atau

menggantikan puasa.

 

 

 

Soalan 73:

Adakah harus qada' puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan

dengan diqada'kan puasanya oleh 30 orang selama satu hari?

 

Jawapan:

Harus dan Sah.

 

 

 

Soalan 74:

Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqada'kan puasa untuknya?

 

Jawapan:

Tidak boleh diqada'kan puasa kepada orang yang masih hidup.

 

 

 

Soalan 75:

Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1 orang atau mesti diberi secupak

seorang untuk 10 orang?

 

Jawapan:

Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh orang.

 

 

 

Soalan 76:

Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun?

 

Jawapan:

Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa selama tempoh tersebut termasuk

dalamnya hari Tahrim (2 hari raya), tiga hari tasyrik, di bulan puasa

Ramadhan dan puasa qada' .

 

 

 

Soalan 77:

Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk puasa setahun dan dilarang oleh

suami?

 

Jawapan:

Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan qada' kerana dikira uzur.

 

 

 

Soalan 78:

Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang dilarang oleh suaminya?

 

Jawapan:

Sah puasa tetapi berdosa.

 

 

 

Soalan 79:

Adakah wajib qada' bagi seseorang yang membatalkan puasa sunatnya?

 

Jawapan:

Tidak wajib qada' pada mazhab Abu Hanifah.

 

 

 

Soalan 80:

Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah sunat?

 

Jawapan:

Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada'. Catatan: Masalah ini berbeza dengan

puasa sunat kerana puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada'.

 

 

 

 

~ bersambung di bahagian 5 (yang terakhir)

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment