Tuesday, May 8, 2012

RG2011... Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 3

 

Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 3

 

Soalan 41:

Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

 

Jawapan:

Sunat berimsak.

 

 

 

Soalan 42:

Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada' adakah wajib dia

berimsak?

 

Jawapan:

Tidak wajib berimsak.

 

 

 

Soalan 43:

Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke

tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

 

Jawapan:

Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

 

 

 

Soalan 44:

Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

 

Jawapan:

Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

 

 

 

Soalan 45:

Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib

berimsak dan qada' puasanya?

 

Jawapan:

Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'.

 

 

 

Soalan 46:

Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah

harus bagi mereka berbuka puasa?

 

Jawapan:

Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

 

 

 

Soalan 47:

Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

 

Jawapan:

Sunat.

 

 

 

Soalan 48:

Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia

terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

 

Jawapan:

Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap

sebagai telah berniat.

 

 

 

Soalan 49:

Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

 

Jawapan:

Tidak sah puasanya.

 

 

 

Soalan 50:

Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu

Subuh?

 

Jawapan:

Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin,

tidak sah puasanya dan diwajibkan qada'.

 

 

 

Soalan 51:

Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah,

tetapi sengaja dilihatnya?

 

Jawapan:

Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

 

 

 

Soalan 52:

Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa?

 

Jawapan:

Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh

selepas gelincir matahari.

 

 

 

Soalan 53:

Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?

 

Jawapan:

Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan

sengaja dia meggosoknya (Lihat Soalan 1)

 

 

 

Soalan 54:

Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik semasa berpuasa?

 

Jawapan:

Hukumnya makruh.

 

 

 

Soalan 55:

Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadhan

kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?

 

Jawapan:

Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

 

 

 

Soalan 56:

Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah diqada' tetapi fidyahnya belum

dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?

 

Jawapan:

Fidyahnya tidak bertambah.

 

 

 

Soalan 57:

Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah

puasanya?

 

Jawapan:

Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang

makanan yang ada di dalam mulutnya.

 

 

 

Soalan 58:

Orang yang bersahur dengan niat untuk menguatkan puasa, adakah sah niat

tersebut?

 

Jawapan:

Tidak sah.

 

 

 

Soalan 59:

Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian dia bersetubuh meninggalkan

bersahur kerana bimbangkan luput waktunya, adakah sah puasanya?

 

Jawapan:

Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada malam itu.

 

 

 

Soalan 60:

Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya,

adakah batal puasanya?

 

Jawapan:

Batal puasanya.

 

 

 

~ bakal bersambung lagi di bahagian ke-4

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment