Tuesday, May 8, 2012

RG2011... Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 5 (Akhir)

 

Koleksi Soal Jawab berkaitan Puasa : Bahagian 5 (Akhir)

 

 

 

Akhirnya sampailah kita ke bahagian terakhir soal-jawab berkaitan PUASA .

Selamat membaca kesemuanya, lalu mengutip ilmu dari soal jawab yang ada,

terus memahami dan beramal dgn betul caranya.. insyaAllah ta’ala..

 

p/s: kaum hawa, dah ganti ke puasa yang lepas?

Countdown to Ramadhan tak sampai 3 bulan dah skang nih..

 

 

 

Soalan 81:

Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim?

 

Jawapan:

Tidak sah dan haram berpuasa.

 

 

 

Soalan 82:

Apakah hukum bersahur?

 

Jawapan:

Hukumnya sunat.

 

 

 

Soalan 83:

Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat sahaja?

 

Jawapan:

Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu jatuh 10 Muharram.

 

 

 

Soalan 84:

Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari berturut-turut atau lebih dengan tidak

berbuka?

 

Jawapan:

Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

 

 

 

Soalan 85:

Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka?

 

Jawapan:

Sah puasa.

 

 

 

Soalan 86:

Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun berikutnya. Adakah

wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada’ ?

 

Jawapan:

Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada’ sahaja ke atasnya.

 

 

 

Soalan 87:

Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda

dari bulan-bulan yang lain?

 

Jawapan:

Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah dibulan Ramadhan adalah berganda.

 

 

 

Soalan 88:

Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah meninggal dunia?

 

Jawapan:

Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah meninggal tetapi yang

terutamanya ialah anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah

daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki yang telah

memfidyahkan puasa keluarganya yang telah meninggal dunia.

 

 

 

Soalan 89:

Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

 

Jawapan:

Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

 

 

 

Soalan 90:

Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut menjejaskan

kesihatan kandungannya?

 

Jawapan:

Hukumnya harus

 

 

 

Soalan 91:

Hukum mencantumkan puasa qadha’ dengan puasa sunat?

 

Jawapan:

Hukumnya harus bahkan setengah ulama’ mengatakan sunat.

 

 

 

Soalan 92:

Hukum berniat puasa qadha’ pada waktu pagi siang hari dan bagaimana niatnya?

 

Jawapan:

Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

 

 

 

Soalan 93:

Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

 

Jawapan:

Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib

qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin

itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga

kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

 

 

 

Soalan 94:

Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?

 

Jawapan:

Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie fidyah puasa

hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak boleh

ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah diberi beras, jangan ditukar

kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna

oleh orang-orang yang tidak berhak.

 

 

 

Soalan 95:

Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh di hari Jumaat?

 

Jawapan:

Sunat berpuasa di hari arafah walaupun berlaku hari Jumaat. Yang makruh

berpuasa di hari Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

 

 

 

Soalan 96:

Saya mahu qada’ puasa di hari ini tetapi saya tertidur semalaman. Adakah

boleh saya berniat di siang hari?

 

Jawapan:

Tidak boleh, kerana niat puasa qada’ dan nazar itu wajib dan niat puasa

qada’ dan nazar adalah di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh

berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

 

 

 

Soalan 97:

Apabila seseorang qadal puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab

kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari

untuk puasa qadalnya?

 

Jawapan:

Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan haram membatalkan puasanya.

 

 

 

Soalan 98:

Adakah boleh qada’ puasa pada 13 Zulhijjah?

 

Jawapan:

Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang berpuasa.

 

 

 

Soalan 99:

Saya mahu Puasa qada’ selama 10 hari. Adakah boleh saya berniat puasa di

malam pertama puasa?

 

Jawapan:

Tidak harus kerana sepuluh puasa qada’ itu adalah puasa yang berlainan

seperti orang tinggal sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh Subuh

itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka hendaklah berniat pada

membuat tiap-tiap sembahyang yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

 

 

 

Soalan 100:

Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?

 

Jawapan:                 

Boleh.

 

 

 

Tamat sudah koleksi soal-jawab puasa sebanyak 5 bahagian . Terima kasih

kerana sudi membaca . Semoga kita sama² mendapat manfaatnya.

 

Kredit to :   3@pendekarblogger.com & ummi hanie

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment