Saturday, May 19, 2012

RG2011... Makanan Terapung Di Klonghae Hatyai Floating Market

 

http://www.mohdzaid.com/2012/02/19/makanan-terapung-di-klonghae-hatyai-floating-market.html


Kalau ke Hatyai memang tak sah kalau tidak ke Khong Hae Floating Market atau lebih dikenali sebagai Klonghae Hatyai Floating Market. Ianya merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang ke Hatyai dan wajib untuk dilawati. Thailand sangat terkenal dengan makanannya yang sedap terutamanya Tomyam dan Somtam. Jadi kalau datang ke Thailand pastikan korang merasa Tomyam yang umphhh (asli) ya. Keunikan Floating Market ini terletak pada barisan pekedai yang berniaga diatas sampan, jadi segala urusan pembelian dibuat ditepi sungai Klonghae. Untuk pengetahuan Floating Market ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi sekiranya berhasrat untuk melancong ke Hatyai pastikan anda merancang perjalanan awal supaya tak datang ke sini dengan tangan kosong dan sia-sia.

Dari pekan Hatyai kita perlulah menaiki Tut-Tut untuk ke Floating Market yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 20-30 minit mengikut kelancaran lalu lintas pada waktu itu. Harga menaiki Tut-Tut lebih kurang 500 baht tapi kalau pandai tawar menawar boleh dapat dalam 450-400 baht. Selalunya pemilik Tut-Tut akan tunggu kita dalam masa 2-3 jam untuk bershopping dan menikmati makanan disana, itupun mengikut budi bicara merekalah. Macam kitaorang ni dekat sampai 4 jam duduk melepak kat sana.. nasib baik tak kena caj tambahan naik Tut-Tut hehe..

 

 

Kacak tak mamat dalam gambar kat atas tu.. haha.. dia memang kacak tapi tang perut tu memang tak boleh blah kan.. harap pemilik perut tu akan mengkempiskan perutnya suatu hari nanti haha.. Perjalanan menaiki Tut-Tut memang seronok sebab dapat melihat pemandangan indah di Hatyai. Disini uniknya mereka yang membonceng motosikal tak perlu memakai helmet cuma pemandu saja diwajibkan memakai helmet. Jadi kalau kemalangan hanya pemandu saja yang selalunya selamat. Jadi kalau nak selamat fikir-fikirkanlah sendiri keselamatan ye.

Floating Market biasanya dibuka pada hari cuti dan beroperasi dari jam 4 petang sehingga 9 malam dan dibuka lebih masa sekiranya sambutan menggalakkan. Hari tu aku dan kawan-kawan pergi terlalu awal, dalam jam 2 petang kami dah bergerak kesana. Tak apa pergi awal lagi best sebab boleh jalan-jalan menikmati suasana dan jalan tak sesak.

 

Pemandangan di pintu masuk Floating Market. Kalau datang awal macam ni lah, peniaga pun baru nak buka kedai. Tapi yang bestnya jalan tak jam lagi waktu ni so senanglah Tut-Tut yang kami naik nak masuk. Mejoriti makanan yang dijual disini adalah halal tapi ada juga yang menjual babi. Bagi umat islam yang datang ke sini pastikan anda melihat logo halal yang kebanyakkannya diletakkan di sampan dan hadapan premis. So kita boleh tahulah peniaga tu jual makanan dan minuman yang halal atau haram.

 

Beginilah pemandangan Sungai Klonghae pada waktu petang. Sungainya bersih dan tak ada sampah pun. Peniaga yang berniaga diatas sampan pun sentiasa mengamalkan kebersihan supaya sungai mereka terjaga. Kenapa kat sini tak ada sampan ye?.. ntah la waktu aku datang kat sini memang tak ada sebiji sampan pun yang berniaga. Mereka semua berniaga disebelah kanan sungai ini. Mungkin belah kiri ni hanya dibuka kalau sambutan pelancong yang datang diluar jangkaan kot..

 

This Way To Floating Market – Hurray akhirnya sampai juga aku kesini. Sebelum ke Hatyai sempat buat survey kat internet tengok mana tempat menarik kat Hatyai. Jadi peluang ni tak bolehlah nak disia-siakan. Floating Market ni memang jadi tumpuan pelancong Malaysia. Sebabnya kalau korang pandang kiri-kanan-atas-belakang semua orang Malaysia. Aku dah rasa macam berada di Malaysia pun ye juga.. Tapi bestlah dapat ramai kawan dan senang nak berkomunikasi.

 

 

Inilah dia barisan pekedai yang berniaga diatas sampan di Sungai Klonghae. Dianggarkan selalunya lebih kurang 100 buah sampan yang membarisi sungai ni. Semuanya menjual makanan dan minuman serta juadah enak di Thailand seperti Tomyam, Sup, Nasi Kuning, Somtam, Pencuci Mulut, Kerabu, Pulut Mangga, Pulut Durian dan macam-macam lagilah. Uniknya diorang ni berniaga elok je tak ada pun nak gaduh-gaduh sesama sendiri. Terfikir juga kalaulah aku duduk atas sampan tu gerenti dah tenggelam sebab nak duduk kat sampan ni pun kena pandai imbangkan berat badan.. salah langkah boleh tenggelam lah dibuatnya..

 

 

Mak cik.. kakak… pandang lah kamera ni.. hehe.. makcik ni jual apa ye? aku pun dah tak ingat.. tapi aku rasa diorang ni jual kentang goreng dan telur rebus berempah. Kakak tu pula jual goreng pisang berbijan. Pelik tul makanan diorang ni.. Steady je kan makcik tu duduk menanti pelanggan. Rasanya kami pelanggan pertama makcik ni kot..

 

Pelbagai juadah yang segar-segar dijual diatas sampan. Tapi… Tapi.. jujurnya kesemua makanan disini bukanlah sedap sangat. Mungkin tekak aku ni suka makanan yang pedas-pedas kot?.. bila makan makanan Thailand yang sedikit manis aku dah rasa mual-mual. Tapi ok je masakan diorang.. kalau yang suka manis-manis memang inilah tempatnya. Tapi kalau yang suka pedas macam aku ni jangan lah risau sebab diorang ada sediakan cili, lada, serbuk lada sula kat atas meja.. kalau rasa tak cukup pedas boleh je tambah cili..

 

Sushi di Thailand. Warna-warnikan? rasanya pun sedap.. pandai juga kakak thai ni buat sushi…

 

Macam model tak?.. haha mungkin lepas ni boleh jadi model Floating Market tenggelam..

 

 

Uniknya minuman disini tidak menggunakan cawan. Pelanggan boleh memilih samaada nak letak air dalam buluh atau bekas tanah liat berbentuk doraemon dan hello kitty. Harga segelas air disini dari 20 baht hingga 25 baht. Dalam RM2.00 – RM2.50 je.. tapi sempoikan minum dalam buluh ni.. mana nak dapat kalau kat Malaysiakan?.. so lepas minum bolehlah bawa balik buluh dan bekas tanah liat tu sebagai cenderahati.

 

Sroootttt-srrrooootttt menghirup air kelapa dan air longan yang sedap sehingga menjilat-jilat.. Kat sini agak panas sikit.. aku sampai beli 3-4 jenis minuman.. sebab haus sangat.. beli air je dah sampai RM10 hengget.. belum masuk beli makanan lagikan.. so kalau nak datang sini pastikan perut korang kosong dan bawa duit lebih.. sebab bila dah datang jadi rambang mata.. semua benda nak makan..

 

Aneka juadah.. Pulut, Ketupat dan lain-lain..

Beginilah cara urusan pembelian dibuat. Pelanggan minta makanan, pekedai masak, pekedai letak makanan dalam tempurung kepala yang diubah suai menjadi tangan panjang.. pelanggan ambil makanan, pelanggan letak duit dalam tempurung kelapa, pekedai ambil duit, sekiranya ada baki duit, pekedai akan memulangkan pada pelanggan.. haha paham tak?.. :P So pelanggan hanya berdiri atas titi yang dibina khas supaya tak terjatuh dalam sungai.

 

Aneka juadah.. Semuanya dibuat kat atas sampan.. kebersihan makanan 50-50.. paham-paham sendirilah..

 

Teringin nak makan ais kream ni.. harganya 25 baht = RM2.50.. makan dalam mangkuk tanah liat berbentuk ayam. Ada macam-macam jenis mangkuk korang pilih je la nak yang bentuk apa.. kalau tak nak makan dalam mangkuk tanah liat ni boleh makan dalam kotak kertas je harganya 20 Baht = RM2.00. Rasa ais kreamnya sama je macam rasa ais kream Malaysia.. cuma ditambah sedikit kream dan coklat diatasnya.. total ok-ok lah..

 

 

Pelanggan yang datang boleh makan kat meja yang disediakan. Syukurlah kami datang awal dan dah cop awal-awal meja. Kalau datang lambat sure makan berdiri sebab meja yang disediakan sangatlah terhad. Lebih kurang jam 5-6 petang kawasan ni memang dah jadi macam pasar malam.. berduyun-duyun masyarakat Malaysia datang..

 

Puding beraneka warna.. harganya 30 Baht (RM3.00) boleh campur-campur.. rasanya.. ermmmm tekak aku tak boleh masuk.. rasa macam kacang hijau pun ada gak..

 

Unik.. ada jagung warna purple.. rasanya ada sedikit rasa kacang merah.. jagung ni asli ye bukan diletakkan pewarna dan sebagainya..

 

Dikawasan benteng terdapat bazzar yang menjual pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, baju, kasut dan macam-macam. Harganya sangatlah berpatutan dan murah. Pandai tawar menawar lagi best..

Baju kanak-kanak pun murah kat sini..

 

Malangnya pada hari tu, rakan aku kehilangan kamera kesayangannya disini. Puas kami cari merata satu floating market ni tapi dah tak jumpa. Jadi kami pun pergilah ke kaunter pilih lagu ni.. Kakak dalam gambar ni pada mulanya kami ingat dia reti cakap english. Puaslah kami speaking cap ayam kat dia menerangkan yang kamera kami hilang.. kemain lagi dia OK OK kan kita.. rupa-rupanya dia tak paham english haha.. lawak juga dah macam ayam bercakap dengan itik.. sampai kami buat lakonan macam mana kamera kami hilang barulah dia nak paham. So lepas dia dah paham kami minta dia buat hebahan cakap dalam bahasa thai kalau-kalau ada sesiapa terjumpa boleh pulangkan pada kami. Tapi orang cakap dah tak ada rezeki nak buat macam mana. benda dah nak hilang jadi kena terimalah dengan redha.. satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan di Floating Market ni sampai bila-bila.. :)

 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment