Wednesday, May 9, 2012

RG2011... Re: FW: Pemberian Durian Runtuh Kepada Peneroka Tidak Ikhlas

 

Buat apa duit banyak tuh (tak banyak pun) tapi akhirnya negara tergadai kepada Israel..habis harta Felda tergadai...jual dengan harga RM15K...jumlah tuh tak kata jutawan..durian runtuh tuh tak berbaloi dgn kehilangan hak akan datang..cucu cicit felda akan merempat.. yang paling best langsung tak ikhlas..duit tuh utk penyokong BN ..kah kah kah syarat apa tuh.. tanah dikerjakan sebab nawaitu untuk BN ker?  

2012/5/9 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
takkan dengki kot ko tak dapat. 15 ribu tu byk la kawan. nak harap kat ko? seposen pun tak nampak.

2012/5/9 <Sharom.Musa@akersolutions.com>



-----Original Message-----
From: Mus

Pemberian Durian Runtuh Kepada Peneroka Tidak Ikhlas

Hari ini Ha Najib Razak telah mengumumkan durian runtuh untuk 112,000 peneroka berupa wang sebanyak RM15,000 untuk satu kelurga. Pemberian durian runtuh itu secara berperingkat, RM5,000 untuk bapak, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 untuk anak-anak menelan belanja keseluruhannya RM1.689 billion. Sudah tentu kalau peneroka berkahwin dua atau tiga yang RM5,000 itu harus dibahagi.

Ha Najib Razak
Dalam pengumuman itu Najib tidak menjelaskan apakah wang itu merupakan nilai saham yang bakal diterima peneroka selepas Felda Golobal Vantures Holdings Berhad (FGVHB) diniagakan atau pun wang simpanan (rezab) Felda?

Serentak dengan itu juga kaki tangan Felda diberikan bonos dua bulan setengah gaji.  Tujuan pemberian itu untuk menarik perhatian para peneroka agar terus menyokong UBN yang kini dikatakan mulai kurang mendapat sokongan penerokam bahkan ada peneroka yang terang-terang menentang kerajaan.

Antara faktor kenapa peneroka marah ialah berikutan berapa tindak tanduk dan langkah dibuat oleh pengurus tidak memenuhi matlamat asal penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu dan juga banyak wang digunakan untuk perkara tidak memberi manfaat kepada peneroka.

Perlantikan Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda juga dan pertukaran pengurus atasan yang bermotifkan politik antara sebab faktor kemarahan peneroka.

Apabila sekali lagi peneroka diberikan wang sebanyak itu, ini menunjukkan pemberian wang sebagai pancing undi dibuat sebelum ini tidak menjamin peneroka mengundi BN lantaran itu ia perlu ditambah.

Serangan oposisi kepada kerajaan UBN kerana menyenaraikan FGVHB yang didakwa menganiaya dan merugikan peneroka mungkin menyebabkan kerajaan (Najib) terpasa mencari wang tambahan sebanyak itu. Sebelum ini cadangan Felda untuk menyenaraikan FGVHB telah menimbulkan kemarahan para peneroka kerana ia dianggap sebagai menjual harta dan kepentingan peneroka di dalam syarikat berkenaan.

Cadangan penyenaraian FGVHB itu juga katanya tanpa persetujuan peneroka keseluruhannya. Bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pengurusan Felda khasnya pengerusinya Mohd Isa Samad.

Kenapa dikatakan begitu, pemberian sebelum tidak berkesan, kerana kalau pemberian sebelum ini tidak menimbulkan persoalan untuk apa kerajaan memberi durian runtuh berkenaan? Sementara kalau penyenaraian FGVHB diuruskan secara betul dan tidak ada undang di sebalik batu, kenapa menyebabkan peneroka bangkit menentangnya?

Bacaan umum apabila peneroka membangkit beberapa isu dan menimbulkan kurang senang kepada Felda ini mencerminkan Felda berbuat sesuatu yang tidak mengikut matlamat asal penubuhan Felda.

Yang menjadi persoalan kini apakah dengan wang sebanyak RM15,000 untuk seisi rumah itu UBN dapat jaminan dari peneroka agar mengundi mereka?  Belum tentu lagi.

Najib jelas sekali tidak senang dan kecewa dengan sikap peneroka akhir-akhir ini yang tidak mudah untuk mendengar arahan kerajaan. Cara beliau bersikap bengis dan menyindir peneroka menunjukkan Najib diamuk rasa resah kehilangan kuasa. Kalau Najib adalah Najib sebelum ini, tidak mungkin dia menjadi bengis.

Semasa berucap mengumumkan pemberian durian runtuh itu Najib berkata wang sebanyak RM15,000 itu untuk peneroka yang jujur dan setia kepada BN. Katanya dia mahu tenguk muka para pengkritik penyenaraian FGVHB dan juga pembangkang, apakah mereka ambil atau tidak wang itu.

Cara Najib itu tidak ikhlas dan menjelaskan pemberian itu dibuat kerana kepentingan Umno dan dirinya sendiri dan bukan untuk kesejahtraan peneroka. Dengan memerhati sikap Najib itu sudah pasti kalau Najib tidak terdesak akan kalah dalam pilihan raya ke-13, dia tidak akan memberi durian runtuh berkenaan. Adalah wajar kalau peneroka tidak berterima kasih di atas pemberian itu kerana ia dibuat dengan adanya motif politik dan bukan secara jujur, bertanggungjawab dan ikhlas.


Note: To protect against computer viruses, e-mail programs may prevent sending or receiving certain types of file attachments.  Check your e-mail security settings to determine how attachments are handled.
This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this email and any attachments permanently from your system.






--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment