Wednesday, July 18, 2012

Fw: RG2011... Fatwa pengharaman rokok

 




ye ke naikkan rokok utk kurangkan perokok atau nak untung?....sumber pendapatan sesebuah negara rokok, arak, judi, disko, dangdut, karoke, snooker dll....rokok member aku kata hobi kecik jika dibandingkan hobi racing, golf, mancing laut dlm, modified/makeup/racing motor dan kete, paintball, futsal, dan lain²....

asap rokok ada 4000 kimia.....semua jenis makanan ada kimia....carrot ada 4000 kimia....asap motor, kereta, lori, bas, kilang, asap sampah semua kimia lebih 30000 ke atas....makeup muka, shampoo, sabun dan aksesori wanita lagik byk kimia ( deadly chemical - dorang tak bagitau takot org tak beli ).....kilang nuclear lagi bahaya ada radio aktif....

aku sokong salina.....haramkan jek!!!.....ini dok jual dan import.....tuh yg dok beli....

mcm kete import.....patot haramkan jek SEMUA kete import....semua pakai proton ngan myvi jek....mmuuuahahahhahaaa





----- Forwarded Message -----
From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, July 17, 2012 8:59 PM
Subject: Re: RG2011... Fatwa pengharaman rokok

 
segala2 tentang rokok juga perlu diharamkan..dari mula sampailah jd sekotak rokok...
semuanya patot haram...mcm arak...dr mula proses buat arak sampailah minum arak...


From: Uda Firdaus Abd Rahim <udafirdaus@yahoo.com.my>
To:
Sent: Monday, July 16, 2012 3:07 AM
Subject: RG2011... Fatwa pengharaman rokok

 
 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).



Fatwa pengharaman rokok

Bismillahirrahmanirrahim....

Dah lama nak sentuh pasal rokok, tapi selalu tak berkesempatan. Baru-baru ni, ternampak kotak rokok teman sepejabat di atas meja beliau. Memang agak mengerikan utk dipertontonkan disini (takut nak tgk gmbr berdarah-darah).

Disebabkan abah bukanlah seorg perokok, jd kami kurang terdedah dgn bahaya rokok dan kurang peka dengan hukum sebenar mengenai rokok ini.

Para Ulama' juga pada awalnya mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum rokok. Ini kerana rokok mula wujud pada zaman ini dan tiada nas-nas khusus dalam al-quran yg menyatakan rokok itu haram. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cth ayat-ayat dalam al-Quran yg memberikan petunjuk secara menyeluruh dan menggunakan kebijaksanaan kita serta memohon petunjuk dari Allah tentang mana yang betul dan sebaliknya. Para cerdik pandai Islam telah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan mereka utk membentuk satu fatwa baru mengenai hukum merokok. Bersesuaian dgn firman ALLAH yang bermaksud:

"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Al-A'raf : 157)

Tetapi kini setelah kesan bahaya akibat merokok telah berjaya dibuktikan, ulama' telah bersepakat menfatwakan hukum merokok adalah HARAM kerana boleh mendatangkan kesan mudarat kepada perokok dan yg lebih teruk org disekelilinya.

Berikut adalah beberapa fatwa tentang hukum rokok yang boleh kita jadikan sebagai panduan.

1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah serta logik yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud),
"Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195)

Maknanya, janganlah kamu melakukan sesuatu yg menjadi sebab kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan. Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana yang kita ketahui. memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk peruntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari'at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Dan kita juga tahu merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan pengharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang soleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok berkepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang soleh. Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan.

2. Syeikh Muhammad bin Ibrahim

Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur'an menyatakan, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." (al-A'raf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.

3. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri perlu penyesuaian.

4. Ulamak Mesir, Syria, Saudi
Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi'i dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.

5. Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya 'Halal & Haram dalam Islam'. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.

6. SyariahOnline. com

Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.

Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk melanggar amanat itu dan merosak larangan.

Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.

Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat undang-undang untuk melarang rokok.

Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak tahu apa yang terbaik buat mereka.

Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.

Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh paling minima.

7. Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com

Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa berbual dan sebagainya. Akibatnya si perokok kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).

Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh sahaja.

Mengapa mereka menganggap demikian?
Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekadar makruh lantaran membuat mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.

8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)

MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hampir sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.


Secara ringkasnya, dapat kita ketahui pendapat para ulama' mengenai hukum rokok ini seperti berikut :

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa'izh al-Hanafi condong kepada hukum makruh.
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum merokok.

Wallahu'alam...

Tambahan info tentang Hukum Menghisap Rokok dari laman web e-fatwa JAKIM

Nota kaki:
[1] Himpunan fatwa HARAM merokok
[2] Fatwa Tentang Rokok




Merokok Dari Pandangan Islam

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.



Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:" Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri".
 
v. Para ulama' sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; " Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk".
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan"
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : "Pemborosan adalah haram". Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama' muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama'-ulama' semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat'ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama' terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma' Ulama', Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

" Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama'-ulama' fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan."

"Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya."
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment