Friday, July 6, 2012

Re: {Disarmed} RG2011... Fw: Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Salam Sheikh,

Saya pernah kena pasal air ni. Terperanjat bila dapat bil sampai RM200 untuk rumah. 

Memang kena buat komplen. Mereka memang slow sikit lah dan kena follow-up barulah datang tengok.

Sambil-sambil tu saya cari mana-mana kebocoran, pam tandas dan kepala paip yang menitis, lalu repair atau ganti.

Memang ada kesan. Kini penggunaan air saya bawah RM50. Lega.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: mohd isdris ishak <isdris71@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, July 4, 2012 4:26 PM
Subject: Re: {Disarmed} RG2011... Fw: Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

awak kena dengan TNB saya pulak dengan pihak berkuasa air PBA pulau pinang.bila saya komplen,bil air saya rendah,bila saya lupa nak komplen bil air saya melambong......ererereeerrrree


From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, July 2, 2012 6:21 PM
Subject: Re: {Disarmed} RG2011... Fw: Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Salam alaik,

Saya sudah tukar kesemuanya barangan letrik dirumah saya kepada energy saving.

Banyak safe dan kos patah balik macam sebelum kenaikan. 

Malas nak bergaduh dengan TNB dan kroni-kroni kerajaan - IPP. Penat.

Lebih baik fikir untuk hidup masa depan dan hidup lepas mati.

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: Finance Dept <payment@smea.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, June 29, 2012 12:12 PM
Subject: RE: {Disarmed} RG2011... Fw: Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

 
Emm bagus gak erk perkiraan ni…saya suke. Cuma kalau piker balik memang ler xlogik sbb saya tinggal apartment tp bil anggaran elektrik mencecah sampai rm350 L
But for next month bila yg actual sampai, mostly I xperlu bayar dah sbb bayaran bil anggaran tu dah cover bil sebenar n penggunaan saya adalah lebih dari 400 units J.
 
Regards,
 
-ila-
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: 28//06/2012 11:46 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: {Disarmed} RG2011... Fw: Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari
 
 

 
 
Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari
 
selatanonline
Blog wannordinwanyaacob.blogspot.com

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....
Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
Posted by ahmadi
 

Rupanya Rakyat Malaysia Telah Di Tipu Oleh TNB

PDO
 
[Ramai sebenarnya tidak menyedari penipuan terancang yang dilakukan oleh TNB ini. Malah, ramai diantara kita memang tidak faham tentang blok-blok yang dikira oleh TNB pada bili masing-masing. Rupa-rupanya kerajaan telah mengarahkan TNB naikkan tarif elektrik tanpa kita sedari. Kini rakyat menanggung bebanan tersebut "rela dalam paksa". Oleh itu, semua pengguna elektrik diminta membawa bil-bil masing-masing ke pejabat TNB di kawasan anda untuk bertanya hal ini. Tanyalah bagi anda puas hati dan jangan sesekali benarkan mereka terus menipu kita, dek kerana kita begitu jahil dengan kaedah pengiraan pada bil tersebut Bertindak sekarang sebelum anda terus ditipu. Jangan biarkan kita diperalatkan sebegini lagi].
 

Najib sedut duit melalui 'bil elektrik' laa pulak...!!!

kedahlanie
 
Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari
 






No comments:

Post a Comment