Wednesday, July 18, 2012

Re: RG2011... EKSKLUSIF !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN HARAM MENIPU PENEROKA !!! WAJIB BACA !!!

 


Puiihhh...memberi segala kemudahan,bla la weii...jln dari bahau-felda raja alias,jln felda serting hilir 1-7,felda palong 1-16,felda tembangau n felda2 lain berlubang2.xpayah na bohong la,tu semua bwh pimpinan Bn.malas wa nak cite buruk2 lg pasal felda negeri lain,lu cari sndri tp xtau la lau lu BUTA...

Pada dia tu bukan fintah n dia nak kasitau yg tersirat dan sebenar2nya.maksudnya camni,dia ckp Bn bagi ganjaran n menampakkan mewah pd peneroka.pas2 peneroka xleh nak undi lain slain BN sbbnya tanah 10ekar@lebih dah kasi kat bn.lau undi lain,cmfirm la xdpt balik tanah tu.pandaikan Bn ni main saikologi pd peneroka yg pk nak kaya cepat,nasib la peneroka.mudah sgt percaya sedangkan terang2 isa samad pembelit yg jd peneraju felda global,padahal isu duit negeri sembilan dia rembat juta2 pun xselesai lg.mudah2an lau bn lingkup Pru ni,peneroka dpt la kesedaran n tanah2 mereka dpt la juga

Betul x shreddervirtuoso itu tujuan Bn?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Azizul Juan <azizul.juan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 18 Jul 2012 15:40:05 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... EKSKLUSIF !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN HARAM MENIPU PENEROKA !!! WAJIB BACA !!!

 

Wahai shrek. Ko anak Felda ke?  ke ko peneroka "moden"?
Boleh tak stop dari sebar FITNAH! Cukup2 lah buat dosa kering.

2012/7/17 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 

EKSKLUSIF !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN HARAM MENIPU PENEROKA !!! WAJIB BACA !!!


Himpunan Oren yang diadakan pada 14 Julai lalu bolehlah dianggap sebagai titik noktah perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka (ANAK).Dengan kehadiran hanya 10% dari jumlah sasaran 20,000 menunjukkan yang sokongan terhadap ANAK benar-benar di tahap kronik.Penganut-penganut PAS sendiri menyambut dingin Himpunan tersebut walaupun telah menerima arahan rasmi dari PAS Pusat untuk turun meramaikannya.Ini bermakna dalam 2,000 orang yang hadir,mungkin separuhnya adalah orang-orang PAS tegar yang sekadar ingin meramaikan majlis dan bukannya anak-anak peneroka.nampaknya,terbuktilah bahawa perjuangan ANAK adalah perjuangan syok sendiri Mazlan Aliman dan tidak langsung mewakili suara dan pendapat peneroka secara keseluruhan.Dengan ini,saranan saya blogger dari pro kerajaan yang sentiasa membongkar apa yang berlaku,sekiranya anda dari pakatan tolong beritahu ANAK,adalah wajar bagi ANAK untuk menghentikan serta merta segala usaha sia-sia, membuang masa lagi memalukan diri sendiri.Terimalah hakikat bahawa peneroka rata-ratanya menyokong dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Felda untuk menjaga kebajikan mereka dan juga sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk tidak akan sekali-kali menganiayai mereka.

Selama ini,Felda tidak pernah menipu peneroka,malah memberi segala kemudahan dan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka.Adalah tidak masuk akal bagi Felda untuk mengambil tindakan yang memberi kesan sebaliknya kepada peneroka setelah bersusah payah dan bertungkus lumus menguruskan pendapatan peneroka dan memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka berjaya.Oleh itu apa yang saya boleh katakan, tindakan ANAK cuba menghasut peneroka agar meragui Felda dan kerajaan tentulah sukar untuk diterima akal.Apatah lagi setelah ANAK dilihat sebagai agen PAS yang tujuan utamanya hanyalah untuk 'mengenakan' kerajaan dan bukannya berminat sangat untuk membantu peneroka. Mungkin kerana menyedari hakikat Himpunan Oren itu hanyalah 'gimmick' politik PAS untuk mencari publisiti dan mengaburi mata rakyat,akhirnya peneroka telah bertindak menolaknya mentah-mentah.

saya akan ulang semula apa FGVH.penyenaraian FGVH sebenarnya tidak langsung membawa apa-apa risiko kepada mereka dari segi kehilangan pemilikan tanah atau pengeluaran wang untuk membeli saham.Tidak seperti orang lain yang ingin terlibat dalam pelaburan saham yang perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko kerugian modal tersebut,peneroka Felda menerima saham secara percuma dan segala urusan pelaburan dilakukan oleh pihak yang pakar.Tiada risiko kehilangan pemilikan tanah dan modal juga bukan dari wang sendiri.saham FGVH pula adalah berisiko rendah memandangkan 75% dimiliki oleh institusi dan bukannya peruncitan.Institusi yang terlibat pula,selain Felda,adalah Tabung Haji,KWSP dan PNB yang mana diketahui sebagai kukuh dan tetap.saya tahu semua ini kerana saya pun anak peeroka dan kepada puak Pakatan tolong jangan menipu lagi rakyat.anda ingat semua peneroka tak tahu guna internet ker macam dulu ??? anda silap bro.keluarga saya kebanyakan dari peneroka dan ada juga yang dapat untung. apa yang saya boleh beritahu kepada anda wahai peneroka,anda perlu bijak dan berfikir panjang sebelum termakan hasutan pihak-pihak yang sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan peneroka 'gigit-kuku' menyesal dan kerugian,semata-mata kerana ingin memburuk dan menjatuhkan kerajaan.

Lebih elok jika peneroka mula mengambil tahu tentang selok belok pasaran saham untuk melindungi diri agar tidak mudah tertipu dan termakan hasutan sehingga menyebabkan kerugian atau penyesalan di kemudian hari.Lihatlah penyenaraian ini sebagai peluang terbaik untuk meningkatkan bukan sahaja taraf hidup, tetapi juga pengetahuan mengenai dunia saham, dunia korporat dan perniagaan di peringkat global.Sudah sampai masanya peneroka melihat keluar,menjelajah di luar perimeter Felda dan menyertai dunia yang serba canggih dan pantas di luar sana.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment