Monday, July 23, 2012

Re: RG2011... Elak ubah fikiran selagi yang dimahukan belum benar-benar terjadi

 

As salam,

Saya sebenarnya, tak nampak kenapa mesti pakcik tu malu untuk berpakaian uniform guard tu. Pekerjaan sebagai security guard bukanlah sesuatu pekerjaan hina atau berkelas rendah.

Sebenarnya, kita kena buang tabiat suka memandang hina seseorang berdasarkan taraf hidup, pekerjaan, pakaian, harta, pendidikan atau apa kekurangan lain sekalipun. Walaupun kita tidak pernah menghina sesiapa secara terang-terangan, di dalam hati pun JANGAN. Lebih2 lagi jika yang dilakukan oleh seseorang itu tidak langsung melanggar syarak.

Kita patut hairan kenapa kita sering kali memandang hina sesuatu sedangkan ia baik di sisi ALLAH. Tetapi, kita selalu tidak memandang hina/ keji sesuatu yang buruk di sisi ALLAH.

Perasaan "memandang hina" itu memang datang daripada ALLAH. Tetapi, kita kena tahu dimana tempat yang sesuai untuk menggunakannya dan sejauh mana kita perlu menzahirkannya.

Yang baik daripada ALLAH, yang buruk dari saya sendiri.
Maaf dan Salam Ramadhan



--- On Mon, 7/23/12, Zaid Mat San <zedmsan@yahoo.com> wrote:

From: Zaid Mat San <zedmsan@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Elak ubah fikiran selagi yang dimahukan belum benar-benar terjadi
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, July 23, 2012, 2:40 AM

 

Di negara barat, security guard tidaklah menjadi golongan kelas tiga seperti di Malaysia......


From: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
To: Daniena Hakimi <hdaniena@yahoo.com>
Sent: Wednesday, July 18, 2012 1:49 PM
Subject: RG2011... Elak ubah fikiran selagi yang dimahukan belum benar-benar terjadi

 
 
Sewaktu menaiki bas menuju ke bandar, saya terlihat seseorang.
 
Saya nampak seorang pakcik sekuruti guard (security guard) menaiki bas dengan beruniform lengkap. Dia nampak begitu yakin. Langsung tak ada riak gusar di mukanya, takut dikritik atau diketawakan kerana berpakaian sedemikian terutama oleh orang-orang muda.
 
Lama saya tenung dia, kemudian berfikir untuk saya membuat kesimpulan sendiri. Pakcik tu nampak amat bangga dengan kerjayanya sebagai seorang pengawal keselamatan. Sampai naik bas sekalipun dia masih mengenakan uniform kerjanya.
 
Dari apa yang saya nampak saya menafsirkan yang kita kena ada sikap bangga dengan apa yang kita lakukan barulah kita merasa ada cetusan motivasi dalaman untuk kita maju, tak kiralah apa jua jenis kerja kita lakukan. Dari rasa bangga tu, kita mampu menangkis umpatan, kejian, caci-makian dan kata-kata negatif dalam hati orang-orang yang kurang senang melihat kita nak maju.
 
Biarlah bangga kita, kita sendiri yang rasa, bukan kita tunjuk-tunjuk pada orang. Kesannya, motivasi kita sentiasa ada. Kita pergi ke tempat kerja ngan penuh semangat, penuh energetik dan penuh optimis yang kita boleh mencapai tahap cemerlang dalam kerjaya kita.
 
Apa yang kita selalu fikirkan,itulah yang akan jadi.
 
Apabila kita yakin kita boleh capai tahap cemerlang dalam kerjaya, maka itulah yang akan jadi. Syaratnya, jangan ubah-ubah fikiran tu selagi ia belum benar-benar terjadi.
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment