Thursday, July 5, 2012

Re: RG2011... Fw: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru

bagi saya.. saya tak kisah BN naik ke.. PAS naik ke.. PKR naik ke... UMNO naik... semua ok.. 
Asalkan pemimpin kita beragama islam dan yg paling penting bukan Najib dan Rosmah..
tukarlah orang lain....... !!! 
 

 
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, July 4, 2012 11:48 PM
Subject: RG2011... Fw: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru

 

 

"RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya !

Pahangdaily.blogspot
 
Rakyat Malaysia seantero dunia kini tertanya-tanya dan musykil, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Datuk Seri Najib Razak atau pun Datin Seri Rosmah Mansor (foto)?. Ini berikutan, tersiarnya beberapa program TV termasuk siaran langsung rancangan tertentu di RTM dan TV3 mutakhir ini yang menyatakan dengan jelas Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Najib Razak. Senario ini sungguh memalukan, sama ada disengajakan atau tidak sengaja ia jelas mencemarkan nama baik Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya (Najib Razak).
 
Apa tidaknya, beliau yang baru saja diamanahkan menggantikan Sharizat Jalil untuk menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini seolah-olah sudah "turun pangkat" dan isterinya pula yang bergelar Perdana Menteri sekarang. Tidak hairanlah ramai pihak termasuk kontraktor projek-projek mega yang mengatakan dalam banyak keputusan besa tentang tender-tender kerajaan, pasti sokongan Rosmah Mansor diperlukan sebelum Najib menyokong atau meluluskan sesuatu projek berkenaan. Selama ini, mungkin ramai juga perasan yang Rosmah senantiasa berada di samping Najib walau ke mana dan apa jua program yang disertai oleh Presiden UMNO itu.
 
Ia berbeza sama sekali dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu baik Dr.Siti Hasmah (isteri Mahathir), Arwah Endon Mahmood dan Jeanne Abdullah (isteri Pak Lah). Apa sudah jadi dengan Rosmah agaknya?. Selepas melantik dirinya First Lady Of Malaysia (FLOM), kemudian menyediakan pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri dan kini merasakan seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri pula. Ramai rakyat Malaysia termasuk orang UMNO yang sedar perkara ini. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan menganggukkan kepala sahaja. Malah ada juga yang mengatakan, karier politik Najib akan hancur dek kerana Rosmah Mansor. Apapun, sama-sama kita nantikan kebenaran ini pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Bukti, salah satu siaran langsung di RTM yang memaparkan Rosmah itu PM
 


Ini pula rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang juga kata Rosmah PM

[Terkadang, bila dikaji dan difikirkan semula memang memalukan bila kita mempunyai seorang isteri Perdana Menteri seperti Rosmah Mansor ini. Kelibat beliau saling tak tumpah seperti Emelda Marcos di Filipina dulu. Kejatuhan empayar Marcos akibat kesombongan, keborosan, keangkuhan dan kejelekan isterinya yang amat dibenci oleh rakyat. Kini, apakah insiden yang sama akan berlaku pula dalam sejarah Malaysia. Tidak mungkin TV3 dan RTM begitu bodoh boleh melakukan kesalahan ejaan seperti itu.
 
Sebelum ini memang kita ketahui, segala rancangan TV yang melibatkan Najib Razak maka perlu ditunjukkan dulu kepada Rosmah untuk beliau pantau. Andai wajahnya tidak kelihatan pada majlis-majlis tersebut maka ia akan diarahkan buat semula. Inilah yang hebat diperkatakan di kalangan wartawan media arus perdana sekarang ini. Kini, apakah ejaan "Perdana Menteri" pada Rosmah itu disengajakan atau memang mengikut arahan Rosmah agaknya.
 
Jika ini keadaannya, ternyata rakyat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang "dayus" dan wajar dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika tidak ia akan menjadi lebih parah selepas ini. Oleh itu, marilah bersama lakukan perubahan dan jangan biarkan Rosmah terus bermaharajalela dengan kekuasaan yang ada pada suaminya itu pada masa akan datang. Bersama rakyat lakukan perubahan!].
 
 
----- Original Message -----
 
 
Subject: Perdana Menteri Malaysia Tampil Ayu Berbaju Kurung

RTM 1 semalam:


TV3 hari ini:


--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat®


No comments:

Post a Comment