Tuesday, July 17, 2012

Re: RG2011... Fw: Syabas Gagal Beri Khidmat Terbaik,

sama2 kita tgk..harapkan akan membawa perubahan yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat..


From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, July 17, 2012 9:19 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Syabas Gagal Beri Khidmat Terbaik,

bukan syabas je..byk syarikat2 kerajaan yg diswastakan zaman mahadir diambil alih oleh kerajaan semula..hanya kenyangkan kroni2 je..perkhidmatan xsebrapa pun..


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, July 16, 2012 8:42 AM
Subject: RG2011... Fw: Syabas Gagal Beri Khidmat Terbaik,

 


MB: Gagal Beri Khidmat Terbaik, Kerajaan Negeri Selangor Mahu Ambil Alih Urusan Air Dari Syabas

pahangdaily.blogspot
KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh 14 hari selepas didakwa tidak mampu memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna. Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto) berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan menghantar surat memohon persetujuan daripada kerajaan pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Pada Sabtu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan mengesahkan krisis bekalan air kini melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan kapasiti pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) tidak mampu menampung permintaan sejak kebelakangan ini. Keadaan ini telah menyebabkan tekanan air rendah sehingga menjejaskan bekalan air kepada kurang sejuta penduduk di sekitar kawasan Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Senario ini menyebabkan beberapa LRA beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya serta berhadapan tekanan untuk memenuhi permintaan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kira-kira 1.8 juta pengguna di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami krisis bekalan air sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor serta pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak siap menjelang 2014. Justeru itu, Ruslan meminta Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat segera berbincang bagi membina loji rawatan itu mengikut jadual ditetapkan.
Syabas ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat 1965 untuk menjalankan penswastaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan telah mengambil alih tanggungjawab Perbadanan Urus Air Selangor. Ia dilantik oleh kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan bagi mempertingkat dan menambah baik sistem dan perkhidmatan bekalan air di Selangor memandangkan pengurusan sebelumnya menghadapi kendalaan kewangan, pengurusan tidak efektif, standard mutu air yang rendah dan bekalan air terawat yang tidak konsisten. Syabas diberikan konsesi untuk mengurus, mengendali dan membekal air bersih bermutu bagi tempoh 30 tahun mulai 1 Jan 2005.
[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih pengurusan air dari pihak Syabas. Ini kerana pihak Syabas terlalu banyak bermain politik sehingga tidak tahu membezakan yang mana sepatutnya didahulukan. Tindakan Syabas sengaja mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Maka itulah banyak tindakan yang sepatutnya diselesaikan dengan baik sengaja disusahkan.
Tambahan pula Pengerusi Syabas itu sendiri ialah Tan Sri Rozali Ismail adalah merupakan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GEGF) yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Justeru, tidak hairanlah banyak tindakan Syabas lebih memihak kepada kerajaan UMNO BN. Maka, itu jika Kerajaan Negeri Selangor mahu krisis air di negeri itu diselamatkan sudah tiba masanya mereka ambil alih pengurusan air ini].
 

Isu catuan air di Selangor bukti 'penyiksaan' terhadap rakyat!

garamlada.blogspot
 
Kerajaan Umno/Bn akan menggunakan segala peluang walaupun terpaksa menyusahkan rakyat! Tembolok kroni mesti didahulukan walaupun terpaksa 'menyiksa' rakyat. Isu bekalan air di Selangor menjadi bukti nyata akan hal ini. 

Kalau baru-baru ini mereka tergamak menarik  balik PTPTN kepada para pelajar UNISEL dan kemudian selepas disergah kerajaan Selangor dan rakyat prihatin, mereka segera batalkan hasrat jahat  mereka itu, kini isu air pula menjadi senjata mereka. Mereka cuba membuat rakyat Selangor rasa tersiksa agar lantunan keresahan rakyat akan konon 'membidas' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Sebenarnya, jika Umno/Bn yang menguasai Kerajaan Pusat ikhlas terhadap nasib rakyat dalam isu air di Selangor mereka sepatutnya bukan bertindak secara jumud dan bebal malah sebaliknya perlu bersikap lebih demokratik terhadap hasrat dan pandangan kerajaan Selangor demi rakyat yang mereka kononnya prihatinkan!

Persoalannya apakah rakyat Selangor begitu pandir untuk memahami perangai jahat dan khianat Umno/Bn ini dalam isu air di Selangor?

Apakah Umno/Bn Pusat dan Selangor begitu selesa dengan permainan ini tanpa memikirkan bahawa senjata bakal makan tuan? 

Rakyat Selangor harus merasa bosan dan menyampah dengan perangai jahat dan hipokrit ini. Masalah air yang berlaku di Selangor adalah bukan sangat masalah AIR dan ketidakcukupannya tetapi ia lebih kepada masalah SYABAS kroni 'kesayangan' Umno/Bn!

Maka itu, Umno/Bn perlu diberi pengajaran sewajarnya dalam PRU ke 13 nanti agar Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk menyelesaikan segala kemelut yang sengaja diperpanjangkan! Cukuplah dibiarkan mereka membuli!!

Berita dipetik: Konon!!!!

Isu Air: MB Selangor Tidak Beri Kerjasama 

BANTING: Kegagalan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kejasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini pada Isnin.

Mohd Zin berkata kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyatan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Sumber:mstar




No comments:

Post a Comment