Tuesday, July 24, 2012

Re: RG2011... Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting

aku tak cemburu kalau kekayaan hasil judi......harap maklum

cuma sebagai sesama Islam, pemimpin yg macam nie perlu di
tegur....kalau tak makan saman, create awareness di kalangan pengundi
dan jangan undi lagi kalau hasil kekayaan dari judi yang memang
haram.....

On 24/07/2012, johari ghazali <johari_ghazali@yahoo.com> wrote:
> Betul tu...Allah berikan diaorang kekayaan...tak payahlah kita nak
> cemburu..kalau nak cemburu pun, mestilah jadikan cemburu itu sebagai
> pembakar semangat untuk kita memajukan diri kita..
>
>
> From: M_ Nasir Isma_il <m_nasir_i@hotmail.com>
> To: Group hu <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Sunday, July 22, 2012 10:12 AM
> Subject: RE: RG2011... Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting
>
>
>
> Lebih baik orang Melayu Islam kaya, kalau tak orang bangsa lain yang
> kaya..Sibuk cemburu dgn bangsa sendiri semua harta orang bangsa lain yg
> dapat. Sekurang-kurangnya ada orang Melayu yg hendak fikir pasal masalah dan
> cuba membantu orang Melayu. 10 org terkaya di Malaysia cuma sorang orang
> Melayu , Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary ada juga tubuhkan yayasan
> Al-Bukhary utk membantu orang Melayu. Hendak harapkan 9 yg lain
> kebanyakannya daripada bangsa Cina dan India agak kurang nampaklah. mereka
> ada bangsa mereka sendiri mereka hendak bantu.
>
>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> From: naim_222@yahoo.com
> Date: Thu, 19 Jul 2012 04:43:02 -0700
> Subject: Fw: RG2011... Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting
>
>
>
>
>
>
>
>
> suke sangat dan bangga tgk org melayu dan kroni kaya raya.....korang apa
> dapat??....wakakakakaa....
> tok nenek menteri besaq
> ayah ibu menteri dan penasihat mcm²
>
> pakcik makcik ceo sana sini
> anak² ceo itu ini begitu begini
> cucu cicit pon dah ada share
>
> seronot nyer idop camni
>
> pepatah org kaya mengatakan....kalao semua nak jadi kaya, siapa yg nak jadi
> tukang kutip sampah?....siapa yg nak naik motor?....siapa yg nak dok umah
> kecik??....betol jugak yer?....takper le kali nih biar org kaya pulak jadi
> susah....muehehahahaa....kita tukar....
>
>
> tapi bila pikir² balik....kaya di dunia bukan lama sgt pon....tak leh bawak
> masok kubur pon....ekekekekeke
>
>
> ----- Forwarded Message -----
> From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
> To:
> Sent: Wednesday, July 18, 2012 1:37 PM
> Subject: RG2011... Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting
>
>
>
>
>
>
> Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?
> Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands
> tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula
> mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan
> KL.
>
> Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang
> berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
>
> Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak
> buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
>
> Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli.
> Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
>
> Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar.
> Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim
> Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji
> Mohamed Noah sebagai Pengarah.
>
> Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000
> ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor.
> Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang
> buat.
>
> Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta
> merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak
> setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada
> Genting Highlands Berhad.
>
> Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik
> kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99
> tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu
> menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga
> kat Lim Goh Tong.
>
> Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah
> seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.
> Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah
> cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
>
> Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada
> Najib… tak tau nak kata la.
>
> Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi
> kuda tunggangan Lim Goh Tong?
>
> Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib
> jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak
> Hishamuddin).
>
> Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk
> mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian
> terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan
> kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
>
> Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di
> Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana
> Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan
> Selangor kepada Pak Mentua dia.
>
> Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang
> semua kena steamroll.
>
> Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat
> jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos
> 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu
> kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
>
> Najib Razak pewaris Genting
>
> Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands
> melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang
> saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
>
> Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif..
> menguruskan pusat judi.
>
> Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum
> tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi
> Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa
> kelaut.
>
> Profail:
>
> Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
>
> -Anak
> -Rahah
> -Suhaila
> -Fakhriah
> -Abu Rais
>
> -Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
> Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
>
> -Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
> Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
>
> Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
> Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
>
> Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini
> menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib
>
>
> Umno dan Genting Berhad
>
> Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada
> Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah
> Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
>
> Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan
> Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara,
> Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan
> bekas Pegawai Bank, Dato' Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting
> Berhad.
>
>
> Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia
>
> Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku
> ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh
> anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah
>
>
> Sumber lain ;
> My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong
>
> Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
> http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html
>
> Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
> http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/
>
> UMNO dan kegiatan judi
> http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0
>
> Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
> http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
>
> NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
> http://www.bernama.com/
>
> Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
> http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html
>
>
> Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri
> sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
>
>
>
>
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment