Tuesday, July 24, 2012

Re: RG2011... " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN TIDAK TOLONG "

 

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku.

Saya pernah post satu artikel pengalaman saya hampir kena samun di sini. Pada pendapat saya lelaki India tersebut adalah anggota sendikit penjenayah yang menyamun dan merompak sesiapa sahaja di mana-mana. Saya tidak pasti, dalam kes ini, samada lelaki India tersebut rakyat Malaysia atau foreigner. Di negara kita ini, ramai foreigner yang melakukan kerja-kerja jenayah dan juga meminta sedekah. Kita dapat lihat ramai peminta sedekah di kedai-kedai makan, pasar ramadhan, pasar tani, dsb. Kalau bagitahu Menteri Pelancungan jawaban dari beliau mereka ini pelancung yang datang berbelanja di negara kita.

2012/7/23 mohd fairul ab. wahid <mofaawa@yahoo.com>
 

Saya dah mula Kurang Yakin Dengan Burger King. " NYAWA " KESELAMATAN " KAKITANGAN TIDAK TOLONG " kejadian berlaku di dalam permis Burger King @MRR2 di alamat Lot PT 8882 HS (D),Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mukim Ampang, 43100 Daerah Hulu Langat, Selangor.
 
Saya dengan isteri dan adik ipar berada di Burger King@MRR2, Kami bercadang hendak berbuka puasa di sana, Kami duduk di tingkat atas berhampiran tingkap cermin, sambil menanti masa untuk berbuka puasa.Pada pukul 7.05pm, 22hb Julai 2012, kami di datangi oleh seorang Lelaki berbangsa INDIA, Lelaki India membuat kacau di tingkat atas. Tetiba lelaki india tersebut meluru kepada kami dan menuduh kami mengganggu teman wanitanya. Masalahnya kami tidak mengenali pun lelaki tersebut dan tidak faham kenapa dia mengugut kami. Lelaki tersebut telah memaksa kami membuka wallet dan terus mengambil duit serta HP galaxy Note milik isteri yang berada di atas meja makan. Kami cuba pertahankan untuk mengambil blk duit dan HP yang dirampas lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut mengugut kami utk memukul kami dan mempanggil kumpulan mereka yg berada di luar premise burger King. Semasa kejadian tiada sesiapa yang datang membantu kami hanya cuba untuk menyelamat diri masing-masing termasuk pekerja burger king yang berada di tingkat atas yang sedang mencuci premise. Setelah merampas duit dan HP kami, lelaki tersebut telah meluru keluar dari premise dan berjanji akan datang semula untuk mengembalikan barang kami. Tetapi lelaki tersebut tidak datang semula. Saya cuba hubungi HP isteri dan dia angkat. Kami menyuruh lelaki tersebut datang ke burger king untuk pulangkan barang kami. Lelaki itu cakap sekiranya kami inginkan barang kami sila jumpa di Jalan Bandar. Kami tidak mahu mengambil risiko. Kami terus ke balai polis pandan indah untuk membuat laporan.
 
Mari ramai2 kte boikot BK @MRR2 Ampang



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment